Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Tinggalkan komen

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Bila membaca tajuk di atas sahaja tentu ada kalangan kita yang tertanya-tanya… Benarkah dakwaan di atas?? Adakah ianya fitnah atau satu kebenaran?? Jika sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran singkat (simpleton) akan terus percaya dengan berita disampaikan tanpa berdolak-dalik lagi…

Mainan persepsi boleh memerangkap mindset kita untuk mempercayai cerita atau maklumat yang cuba disampaikan… Oleh itu sekiranya tahap pemikiran yang singkat, akan terus mempercayai apa yang disampaikan tanpa dakwa dan dakwi lagi…

Sebagai contoh, tajuk yang eXception letak di atas adalah satu contoh persepsi untuk menggambarkan sisi negatif pemimpin. Bagi mereka yang berfikiran singkat, mereka tidak akan perasan dengan dua tanda soal dihujung tajuk. Tanda soal dihujung tajuk menggambarkan ianya satu persoalan… bukan satu kenyataan… Ianya mahu mengajak pembaca memikirkan adakah ianya benar atau salah…

Jika cybertrooper sebelah PR, sudah cukup bagi mereka mempermainkan minda pembaca hanya dengan meletakkan gambar kanak-kanak di atas yang sedang memegang wang di bawah tajuk seperti di atas… Maka terpulanglah kepada pembaca hendak percaya atau tidak… Tanggungjawab cybertrooper PR ini cuma mahu memainkan persepsi negatif terhadap pemimpin…

Bermacam cara boleh digunakan untuk memainkan persepsi… Termasuklah gambar di bawah ini…

Gambar paling atas adalah gambar kanak-kanak yang menjadi antara penerima zakat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak. Majlis penyampaian zakat ini diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Zakat berkenaan dibayar oleh pelbagai pihak untuk diagihkan kepada asnaf di Parlimen Pekan, antaranya Bank Rakyat membayar RM 600,000 manakala Amanah Raya Berhad dan Uda Holdings masing-masing RM200,000.

Penyumbang zakat lain ialah Affin Islamic Bank dan Lembaga Tabung Haji, masing-masing RM100,000. Manakala Yayasan Basmi Kemiskinan RM50,000 dan diikuti pembayar individu lain termasuk Datuk Seri Najib sendiri.

Sumber: Zakat wujudkan masyarakat adil

Kerenah Birokrasi Punca Murtad?

Tinggalkan komen

Kerenah Birokrasi Dalam Pemberian Bantuan Punca Murtad?


Kes murtad Lina Joy – siapakah dalangnya? Orang kafir!!

Isu murtad bukan satu isu baru, malah ianya sudah berlarutan sejak sekian lama… Malah ada kalangan saudara baru yang memeluk Islam kemudian berpaling semula ke pegangan asal…

Apakah puncanya? Siapakah badan yang bertanggungjawab membantu mereka? Dimanakah badan yang sepatutnya membimbing dan membantu mereka?

Sebenarnya banyak kisah disebalik isu murtad ini. Kebanyakan yang murtad adalah kalangan mereka yang hidup susah dan merempat. Mereka tidak mempunyai tempat bergantung. Maka sudah menjadi tanggungjawab baitulmal membantu mereka… Mengapa baitulmal agak liat menghulurkan bantuan? Adakah duit yang diamanahkan kepada baitulmal itu milik baitulmal?


Birokrasi tak berkesudahan

Antara keluhan yang sering kedengaran ialah kerenah birokrasi dalam baitulmal. Malah ada kalangan pegawai dalam baitulmal yang banyak kerenah dan keberatan untuk membantu, seolah-olah asnaf tersebut satu beban bagi mereka. Mereka anggap tugas yang sepatutnya mereka sandang sebagai beban dan enggan melayani asnaf-asnaf yang memohon bantuan. Malah ada kedengaran cerita yang pegawai baitulmal ini cukup berkira dalam pemberian bantuan. Jika asnaf tersebut memiliki telefon bimbit, peti ais, televisyen… mereka sudah menganggap ianya tanda kemewahan dan asnaf tersebut tidak layak mendapat bantuan…

Pada tahun 2010, Pusat Pungutan Zakat MAIWP membuat kutipan sebanyak RM 275.6 Juta manakala PPZ Selangor pula membuat kutipan sebanyak RM 336.8 Juta. Setiap tahun mereka mengumumkan kutipan yang dicatat, tetapi kemanakah wang tersebut? Mengapa masih ramai asnaf-asnaf tidak dibantu? Mengapakah prosedur baitulmal begitu ketat, seolah-olah kita mahu membuat pinjaman dari bank… Walhal ianya bukan duit baitulmal, cuma baitulmal sebagai pemegang amanah sahaja untuk mengagihkan wang zakat tersebut kepada asnaf…

Cuba kita fikir, pernahkah baitulmal mengiklankan di surat khabar tentang cara memohon bantuan dari mereka? Tidak ada… Pernahkah ada pegawai baitulmal datang ke rumah-rumah membuat bancian? Tidak ada… Jadi apakah sebenarnya tugas mereka? Adakah hanya masuk kerja, punch card, duduk menghadap komputer, kemudian sampai waktu balik, pulang ke rumah?


Duduk dalam pejabat berhawa dingin, bersenang-lenang

Jika kita tanya kepada orang ramai tentang lokasi pejabat baitulmal, adakah mereka boleh membantu menunjukkan arah? Sudah pasti ada yang tidak tahu di mana letaknya pejabat baitulmal. Tidak seperti bank yang mempunyai banyak cawangan di merata-rata tempat. Sedangkan pejabat baitulmal sendiri susah nak mencarinya. Jadi bagaimana asnaf hendak meminta bantuan?

Jadi di sini, kepada pegawai baitulmal yang bertanggungjawab. Di akhirat kelak anda semua bakal ditanya, kemanakah wang zakat tersebut diagihkan… Sebab ianya tanggungjawab anda untuk mengagih-agihkan wang zakat tersebut. Anda hanya tahu duduk bersandar di atas kerusi di dalam bilik berhawa dingin tanpa berusaha untuk mencari dan membantu asnaf. Kemudian jika ada snaf ingin memohon bantuan, anda enggan melayan… Jika sikap ini ditunjukkan, maka ANDA SEMUA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB ATAS BILANGAN UMAT ISLAM YANG MURTAD!!

Pautan lain berkaitan:
Pujukan gereja
Kerenah Birokrasi, Dimanakah Silapnya?
Wahai Warga Baitulmal dan Pusat Zakat, Bangunlah!!
Kutipan Zakat Selangor 2010 Berjumlah 336.8 Juta