Sumbangan RM 2 Juta Untuk Sekolah Pondok Terlalu Besar??

Tinggalkan komen

Sumbangan RM 2 Juta Untuk Sekolah Pondok Terlalu Besar??

Ramai pencacai PAS mencemuh tindakan kerajaan memberi sumbangan sebanyak RM 2 Juta untuk sekolah pondok di Kelantan…

Mereka meroyan bagai nak gila… Apa taknya bila RM 2 Juta diberi kepada sekolah pondok… Malah lebih menyakitkan hati mereka, ialah sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan… Pernahkah PAS membantu sekolah pondok?? Pernahkah??

Nilai 2 juta bukan hendak dihabiskan dalam masa 1 bulan. Tetapi nilai tersebut boleh menampung kos untuk menaikkan taraf sekolah pondok tersebut. Malah nilai tersebut juga boleh membantu memberikan kediaman yang lebih selesa untuk pelajar.

Selain itu kos 2 juta tu juga dapat menampung perbelanjaan pengurusan sekolah pondok tersebut untuk terus memberikan khidmat mendidik anak bangsa sendiri. Terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan sekolah pondok tersebut untuk menggunakan sumbangan yang diberi ke jalan yang baik untuk sekolah pondok dan kebajikan pelajar.

Pencacai PAS tak habis-habis dengan dengki dan iri hati. Tahulah mereka sakit hati apabila RM 2 juta tersebut tak diberi kepada mereka… Sekurang-kurangnya jika diberi kepada mereka dapatlah mereka bergaya dengan kereta baru di pagi raya… Sekurang-kurangnya dapatlah mereka merasa bini baru di hari raya… Sekurang-kurangnya dapatlah mereka beli rumah banglo baru untuk hari raya… Ha ha ha ha ha ha ha!!

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Tinggalkan komen

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Bila membaca tajuk di atas sahaja tentu ada kalangan kita yang tertanya-tanya… Benarkah dakwaan di atas?? Adakah ianya fitnah atau satu kebenaran?? Jika sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran singkat (simpleton) akan terus percaya dengan berita disampaikan tanpa berdolak-dalik lagi…

Mainan persepsi boleh memerangkap mindset kita untuk mempercayai cerita atau maklumat yang cuba disampaikan… Oleh itu sekiranya tahap pemikiran yang singkat, akan terus mempercayai apa yang disampaikan tanpa dakwa dan dakwi lagi…

Sebagai contoh, tajuk yang eXception letak di atas adalah satu contoh persepsi untuk menggambarkan sisi negatif pemimpin. Bagi mereka yang berfikiran singkat, mereka tidak akan perasan dengan dua tanda soal dihujung tajuk. Tanda soal dihujung tajuk menggambarkan ianya satu persoalan… bukan satu kenyataan… Ianya mahu mengajak pembaca memikirkan adakah ianya benar atau salah…

Jika cybertrooper sebelah PR, sudah cukup bagi mereka mempermainkan minda pembaca hanya dengan meletakkan gambar kanak-kanak di atas yang sedang memegang wang di bawah tajuk seperti di atas… Maka terpulanglah kepada pembaca hendak percaya atau tidak… Tanggungjawab cybertrooper PR ini cuma mahu memainkan persepsi negatif terhadap pemimpin…

Bermacam cara boleh digunakan untuk memainkan persepsi… Termasuklah gambar di bawah ini…

Gambar paling atas adalah gambar kanak-kanak yang menjadi antara penerima zakat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak. Majlis penyampaian zakat ini diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Zakat berkenaan dibayar oleh pelbagai pihak untuk diagihkan kepada asnaf di Parlimen Pekan, antaranya Bank Rakyat membayar RM 600,000 manakala Amanah Raya Berhad dan Uda Holdings masing-masing RM200,000.

Penyumbang zakat lain ialah Affin Islamic Bank dan Lembaga Tabung Haji, masing-masing RM100,000. Manakala Yayasan Basmi Kemiskinan RM50,000 dan diikuti pembayar individu lain termasuk Datuk Seri Najib sendiri.

Sumber: Zakat wujudkan masyarakat adil