Lawak Hari Ini: Papa Gomo Pengundi Hantu?

Tinggalkan komen

Rafizi Ramli Dakwa Papa Gomo Pengundi Hantu?

Ketua Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli bersungguh-sungguh menyerang blogger Papa Gomo dan memfitnah Papa Gomo adalah pengundi hantu hanya kerana terdapat dua daftar pemilih SPR individu yang mempunyai nama yang sama dengan nama sebenar Papa Gomo.

Bagaimanapun, keterujaan Rafizi Ramli mengundang kelucuan apabila beliau terlepas pandang bahawa kedua-dua individu tersebut mempunyai tarikh lahir yang berlainan. Kekantoian Rafizi Ramli menjadi bahan jenaka kalangan cybertrooper Barisan Nasional.

Halaman Facebook Isu Politik Semasa pula seperti biasa menyerang Rafizi Ramli bertubi-tubi sehingga pencacai-pencacai Pee Arr di dalam halaman tersebut menjadi sakit hati dan meroyan.

Selain itu Rafizi Ramli juga mengugut untuk menghalau wartawan yang hadir sidang media hari ini. Insiden tersebut berlaku apabila wartawan cuba bertanya, mengapa Anwar hanya menyaman Papa Gomo, tidak menyaman Datuk Trio. Jawapan diberi Rafizi berbelit-belit dan berputar-putar.

Sampai satu saat Rafizi enggan memberi peluang kepada wartawan bertanyakan soalan lagi dan cuba memanggil pengawal keselamatan untuk menghalau wartawan keluar dari sidang media.

Video di atas telah tersebar dan berlegar-legar di alam siber. Ramai yang telah menontonnya. Ramai yang memberikan reaksi menyampah dengan tindakan Rafizi itu.

Berkenaan dengan Papa Gomo pula, sebenarnya tarikh lahir Papa Gomo ialah 21/01/1978, bukan pada tahun 1983 seperti mana tercatat pada maklumat daftar pemilih. Rafizi sudah kena check mate. Tindakan melulunya itu membawa padah dan orang menyampah

Pegawai Khas Exco Ahli Politik Ditangkap Kerana Cuba Memberi Rasuah

Tinggalkan komen

Pegawai Khas Exco Ahli Politik Ditangkap Kerana Cuba Memberi Rasuah

PETALING JAYA – Pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga koordinator program kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap dalam satu serbuan operasi membanteras rasuah.

Lelaki berusia 50-an, dan dua yang lain telah ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap kes gangguan seksual.

Mereka dikatakan telah memberikan RM 30,000 kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual ke atas wanita tersebut.

Pengarah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Wanita yang merupakan seorang kerani, sebelum ini mengadu bahawa bekas majikannya melakukan gangguan seksual terhadap beliau.

Penjawat awam itu juga telah membawa perkara ini ke mahkamah beberapa bulan lalu.

Penjawat awam tersebut kemudian meminta bantuan dari kawannya yang merupakan setiausaha politik.

Satu sumber yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata bahawa wanita itu membuat laporan kepada SPRM dan operasi dilakukan pada lewat malam 3 Jan di sebuah restoran di Seberang Jaya.

Pada pertemuan dengan wanita itu, tiga daripada mereka didakwa memberi sejumlah wang supaya beliau berdiam diri.

Wanita itu telah dipaksa untuk menandatangani dokumen yang berjanji untuk tidak meneruskan kes tersebut di mahkamah.

“Mereka ditahan di tempat kejadian pada kira-kira 11:30 malam,” kata sumber itu.

Kesemua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Pegawai khas tersebut merupakan pemegang jawatan bahagian Permatang Pauh PKR dan kini merupakan penyelaras bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga mereka mungkin akan didakwa di mahkamah selepas SPRM selesai melakukan siasatan. – mStar Online

Kita tengok apa skrip Anwar lepas ni… Adakah dia akan menuduh ianya konspirasi UMNO pulak??
Sama-sama kita tunggu….

Mutu Pengadilan Perlawanan Separuh Akhir Amat Mengecewakan

Tinggalkan komen

Mutu Pengadilan Perlawanan Separuh Akhir Amat Mengecewakan

Amat mengecewakan dengan mutu pengadilan dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki di Bangkok semalam. Ramai kalangan rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas di kaca tv mahupun di stadium yang mana pengadil dari Korea Selatan kerap melakukan tindakan yang menimbulkan kontroversi yang dikaitkan dengan rasuah.

Pengadil Lee Min Hu dikecam dengan hebat oleh rakyat Malaysia di dalam media sosial, tak kira di dalam Facebook, Twitter, mahupun blog… Tindakan yang berat sebelah itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pasukan Thailand…

Seperti kita sedia maklum, Thailand antara negara yang mengalami masalah rasuah yang tertinggi berbanding Malaysia… Maka tak hairanlah jika pengadil pun mereka sanggup suap sampai kenyang…

Mungkin selepas perlawanan, 3 Siam Doll sudah menanti di dalam bilik hotel pengadil tersebut… Atau mungkin juga 3 beg bimbit penuh berisi wang sudah menanti di dalam bilik hotel… Siapa tahu??

Banyak kad kuning dan merah dilayangkan kepada pemain Malaysia. Walaupun jelas kekasaran berpunca dari pemain Thailand…

Jika beginilah mutu sukan di Thailand yang hanya bergantung harap kepada pengadil yang dirasuah, sampai bila pun sukan di Thailand takkan maju…

Diharapkan FAM segera melaporkan perkara ini kepada FIFA supaya pengadil tersebut segera dipecat.

Apapun bagi eXception… Biar kalah secara bermaruah… Dari menang kerana rasuah…

Mungkin di bawah cara yang sesuai mengajar pengadil yang rasuah ni…

Dengar cerita Lee Min Hu ni pernah banyak melakukan kontroversi betul ke??

Cerita Benar Lee Min Hu ??, Pengadil Malaysia vs Thailand #HarimauMalaya #AFFSuzuki

Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Kepada Kroni Anwar??

Tinggalkan komen

Tanah Yayasan Selangor Diguna Pakai Secara Paksaan Oleh Kroni Anwar??

Selepas menggadaikan Tanah Yayasan Selangor di Klang… Kali ini tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey yang sebelum ini diusahakan oleh pengusaha kelapa sawit secara pajakan selama 25 tahun, pula menjadi mangsa. Syarikat Agro Segar Sdn Bhd dan Alaf Gigih Sdn Bhd ditamatkan kontrak, kerana kononnya beranggapan pulangan bulanan tidak menepati kehendak Yayasan Selangor.

Hujung tahun 2011, Yayasan Selangor diarahkan oleh Ketua Punaisihat Selangor untuk berbincang tentang cadangan syarikat Trilink Construction Sdn Bhd yang mempunyai hubungan yang erat dengan Ketua Punaisihat Selangor, untuk memajukan tanah milik Yayasan Selangor itu. Yayasan Selangor telah dipaksa meluluskannya tanpa banyak soal, disebabkan Yayasan Selangor adalah GLC milik Selangor.

Pemberian tender kepada kroni dan tidak telus kepada Syarikat Trilink Sdn Bhd adalah merupakan salah satu unsur rasuah dan kronisme dalam Kerajaan Selangor yang selama ini giat menuduh UMNO mengamalkan rasuah dan kronisme.

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Tinggalkan komen

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Bila membaca tajuk di atas sahaja tentu ada kalangan kita yang tertanya-tanya… Benarkah dakwaan di atas?? Adakah ianya fitnah atau satu kebenaran?? Jika sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran singkat (simpleton) akan terus percaya dengan berita disampaikan tanpa berdolak-dalik lagi…

Mainan persepsi boleh memerangkap mindset kita untuk mempercayai cerita atau maklumat yang cuba disampaikan… Oleh itu sekiranya tahap pemikiran yang singkat, akan terus mempercayai apa yang disampaikan tanpa dakwa dan dakwi lagi…

Sebagai contoh, tajuk yang eXception letak di atas adalah satu contoh persepsi untuk menggambarkan sisi negatif pemimpin. Bagi mereka yang berfikiran singkat, mereka tidak akan perasan dengan dua tanda soal dihujung tajuk. Tanda soal dihujung tajuk menggambarkan ianya satu persoalan… bukan satu kenyataan… Ianya mahu mengajak pembaca memikirkan adakah ianya benar atau salah…

Jika cybertrooper sebelah PR, sudah cukup bagi mereka mempermainkan minda pembaca hanya dengan meletakkan gambar kanak-kanak di atas yang sedang memegang wang di bawah tajuk seperti di atas… Maka terpulanglah kepada pembaca hendak percaya atau tidak… Tanggungjawab cybertrooper PR ini cuma mahu memainkan persepsi negatif terhadap pemimpin…

Bermacam cara boleh digunakan untuk memainkan persepsi… Termasuklah gambar di bawah ini…

Gambar paling atas adalah gambar kanak-kanak yang menjadi antara penerima zakat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak. Majlis penyampaian zakat ini diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Zakat berkenaan dibayar oleh pelbagai pihak untuk diagihkan kepada asnaf di Parlimen Pekan, antaranya Bank Rakyat membayar RM 600,000 manakala Amanah Raya Berhad dan Uda Holdings masing-masing RM200,000.

Penyumbang zakat lain ialah Affin Islamic Bank dan Lembaga Tabung Haji, masing-masing RM100,000. Manakala Yayasan Basmi Kemiskinan RM50,000 dan diikuti pembayar individu lain termasuk Datuk Seri Najib sendiri.

Sumber: Zakat wujudkan masyarakat adil

Usul Isu Scorpene Oleh Ahli Parlimen Bodoh Ditolak…

2 Komen

Bukti Air Liur Ditolak Mentah-Mentah Oleh Speaker Dewan Rakyat

Sekali lagi Ahli Parlimen Lembah Pantai menunjukkan kedunguan dan kebangangan yang tidak ada taranya lagi di dalam Parlimen yang membuat usul untuk membentangkan isu Scorpene yang hanya bersandarkan bukti AIR LIUR…

Apa yang pasti Ahli Parlimen Lembah Pantai cuba untuk mempertahankan usulnya, walaupun hanya bersandarkan bukti AIR LIUR tidak seperti kes BAPAKNYA yang mempunyai sandaran bukti AIR MANI… Tapi Pakatan Rakyat sendiri yang MENOLAK BUKTI AIR MANI atas alasan AIR MANI tidak boleh bertahan lama… Kah kah kah kah…

Speaker Dewan Rakyat terpaksa menolak usul yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen bangang itu disebabkan tiada sandaran bukti yang nyata dan jelas seperti dokumen-dokumen berkaitan dan hanya bersandarkan bukti air liur, itupun dari peguam SUARAM, sebuah NGO yang menjadi TALI BARUT PR sejak azali lagi…

Apapun, alasan penolakan usul tersebut sengaja tidak dilaporkan di dalam Malaysiakini dek kerana takut terkantoi pulak apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menunjukkan sikap bangangnya di dalam Parlimen.

Perlu diingat… BUKTI ‘AIR LIUR’ (bukti yang hanya bersandarkan dari cakap-cakap) tidak boleh diterima pakai di dalam mana-mana mahkamah… Hatta di bawa ke The Hague sekalipun, usul tersebut terpaksa di tong sampahkan… Tetapi bukti AIR MANI (bukti yang bersandarkan fizikal dan kandungan DNA air mani yang diperolehi dari tilam, cadar, seluar, tisu, kondom… Tak kira samaada dari hasil persetubuhan yang nyata atau melancap) boleh dijadikan bahan bukti YANG NYATA… Tetapi… Itulah sikap Pakatan Rakyat… Mereka lebih suka bukti yang bersifat KABUR… Supaya mereka boleh MENGABURI pemikiran rakyat Malaysia…

Jika benar, kes Scorpene ini akan dibicarakan di Perancis, sudah tentu sejak dari awal lagi Datuk Seri Najib akan disapina. Tapi sehingga ke hari ini… Tidak ada satu akhbar Perancis yang melaporkan isu ini…

Kepada Rakyat Malaysia sekelian… Pada PRU 13 nanti, pilihlah calon Ahli Parlimen yang berwibawa dan bijak… Jangan pilih calon Ahli Parlimen yang hanya BIJAK MEMAINKAN SESUATU ISU TANPA BUKTI YANG KUKUH… Tapi secara fizikalnya bersifat BODOH… Ahli Parlimen sebegini merupakan dari HASIL YANG GAGAL… Jika BAPAKNYA BOREK… MAKA TAK HAIRAN JIKA ANAKNYA RINTIK…