Wee Choo Keong Hentam PAS. Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja Tak Mampu Membalas.

2 Komen

Pas patut malu besar nikmati hasil aktiviti haram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo’lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo’lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa ‘hasil haram’ yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

“Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

“Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka,” katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo’lo.

Susulan tindakan Khalid dan Lo’lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik ‘dua alam’ Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

“Perangainya sekarang membuktikan pendirian ‘cakap tak serupa bikin’. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi ‘suci dalam debu’, lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian),” tegasnya.

Terima Kasih: Utusan Malaysia

Tahniah kepada Wee Choo Keong, kerana berjaya membuatkan Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja gagal menjawab pendedahan yang dibuat oleh beliau. Mereka berdua hanya mampu membantah dengan mengatakan kenyataan Wee Choo Keong mengelirukan akan tetapi bantahan tersebut ditolak YDP Dewan Rakyat.

Akhirnya Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja hanya menelan air liur kerana tak dapat menentang pendedahan tak terduga oleh Wee Choo Keong. Pesanan aku buat Dr Lo’ Lo’, jangan berlagak jaguh jika tak tahu fakta. Satu lagi, tolong hormati wakil lain membentangkan usul, jangan mencelah dan membantah. Akhirnya jerat memakan diri… Anda tak mampu menangkis hujah-hujah Wee Choo Keong atau menafikannya…

Itulah sikap PAS, kuman seberang laut nampak jelas. Gajah kat depan mata buat-buat tak nampak… Kesalahan orang segera dicari hingga ke lubang cacing. Kesalahan sendiri sampai dah membusuk jadi pekung bernanah masih tak peduli… Takkan tunggu orang tegur baru nak berubah?

Advertisements

GEMPAR!! WEE CHOO KEONG DALAM KEADAAN TERANCAM

Tinggalkan komen


WEE CHOO KEONG DALAM KEADAAN TERANCAM!!! PIHAK YANG TERLIBAT DALAM KEMATIAN TEOH SETIAUSAHA SULIT ADUN DAP KEMUNGKINAN SEDANG MENYASARKAN SERANGAN TERHADAP YB WANGSA MAJU INI. IANYA BERKAITAN DENGAN PENDEDAHAN WUJUDNYA AKTIVITI JENAYAH TERANCANG DI DALAM ORGANISASI DAP.

SETELAH KEMATIAN TEOH YANG MANA MERUPAKAN SAKSI UTAMA DALAM KES SIASATAN SPRM INI KEMUNGKINAN BESAR MEREKA YANG TERLIBAT DALAM KEMATIAN TEOH SEDANG BERUSAHA UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT WEE CHOO KEONG BAGI MENUTUP MULUT YB INI.

ORGANISASI JENAYAH TERANCANG DAP INI NAMPAKNYA AKAN MENGHAPUSKAN SESIAPA SAHAJA YANG CUBA MENGANCAM ORGANISASI MEREKA INI.

KAWALAN KESELAMATAN TERHADAP YB WEE CHOO KEONG NAMPAKNYA PERLU DI PERTINGKATKAN. MEMANDANGKAN YB WEE CHOO KEONG MERUPAKAN PENGADU UTAMA DALAM KEGIATAN KES JENAYAH YANG DI DALANGI ADUN-ADUN DAP INI.

SESUNGGUHNYA JENAYAH MEMBAWA PADAH.
ADAKAH NASIB YB WEE CHOO KEONG AKAN SAMA DENGAN SAKSI SPRM YANG MATI???

YB WEE CHOO KEONG PERLU TAMPIL SEGERA DALAM MEMBANTU PIHAK POLIS BAGI MENGENAL PASTI JENAYAH TERANCANG DAN MEREKA YANG TERLIBAT DALAM ORGANISASI JENAYAH TERANCANG DAP INI.

BANTUAN YB WEE CHOO KEONG DALAM MENYALURKAN MAKLUMAT AKAN ORGANISASI JENAYAH TERANCANG DAP PADA PIHAK POLIS AMAT DI HARGAI.

Petikan dari blog: GOMO

Nampak gayanya Wee Choo Keong bakal jadi mangsa kedua permainan politik pemimpin DAP, selepas Teo Beng Hock. Harap pihak Polis segera ambil tindakan melindungi saksi. Jangan pula nanti pisang berbuah dua kali… Harap juga Wee Choo Keong bekerjasama dengan Polis dengan membekalkan maklumat-maklumat penting berkenaan kes penyelewengan wang rakyat Selangor.