Dafuq!! Tiga Penari Tarian Tiang Didenda RM 25 Sahaja??

SEREMBAN – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

eXception tak pasti apa sudah jadi dengan sistem mahkamah di Malaysia… Mengapa kesalahan dua orang Islam ini dirujuk ke mahkamah sivil?? Tidak di mahkamah syariah… Ini disebabkan terdapat unsur kemaksiatan di dalam kes ini… Undang-undang perlu digubal supaya kes-kes dari mahkamah sivil yang melibatkan maksiat, judi, khurafat yang melibatkan orang yang beragama Islam… Segera dipindahkan ke mahkamah syariah…

eXception faham dengan bidang kuasa mahkamah sivil adalah menyeluruh tidak mengira Islam atau tidak… Jika penari tarian tiang tersebut bukan beragama Islam dan didenda RM 25, eXception tidaklah endah sangat… Tapi jika melibatkan orang Islam… Ianya sesuatu yang memalukan… Apatah lagi hakim yang menjatuhkan hukuman ialah orang Islam sendiri…

Nampaknya undang-undang hudud, qisas dan taqzir sememangnya wajar dilaksanakan di Malaysia jika perkara ini masih berlaku lagi… Fungsi mahkamah syariah dilihat hanya terhad untuk hal berkaitan maksiat dan perceraian sahaja…

Advertisements