Hina Nabi: Zizan Dah Minta Maaf. Pok Nik Bila Lagi?

Tinggalkan komen

Tok Garu Hina Rasulullah Mengatakan Rasulullah Budak Kampung Biasa Dan Hina Keturunan Baginda

Zizan Raja Lawak sudah pun meminta maaf atas dialog yang menimbulkan kontreversi yang didakwa menghina Rasulullah… Baguslah jika Zizan meminta maaf… Walaupun ianya salah bukan Zizan sepenuhnya tetapi penulis skrip, tetapi Zizan mengambil inisiatif menjernihkan keadaan… Tahniah Zizan atau lebih dikenali sebagai Mail Lambung…

Kita lupakan seketika perihal Zizan ini, bagaimana dengan perihal seorang tua nyanyuk ini pula? Bila dia nak meminta maaf sebab menghina Rasulullah dan keturunan Baginda? Ke mana perginya blogger pembangkang yang dok menyalak pasal Zizan hina Rasul tapi senyap bila Pok Nik hina Rasul? Cuba saksikan video di bawah…

Di dalam wikipedia… Sayyid (bahasa Arab: سيد‎ ​) (jamak : Sadah) adalah gelar kehormatan yang diberikan kepada orang-orang yang merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW melalui cucu beliau, Hasan bin Ali dan Husain bin Ali, yang merupakan anak dari anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Fatimah az-Zahra dan menantunya Ali bin Abi Thalib. Keturunan wanita mendapatkan gelar berupa Sayyidah, Alawiyah, Syarifah atau Sharifah.

Beberapa kalangan muslim juga menggunakan gelar sayyid untuk orang-orang yang masih keturunan Abu Thalib, paman Nabi Muhammad, yaitu Abbas, serta Ja’far, Aqil dan Thalib.

Sekiranya Pok Nik nak menghentam Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali. Jangan dibabitkan dengan keturunan Syed. Menghina keturunan Syed bermakna menghina seluruh keturunan Rasulullah di seluruh dunia… Malah bermakna menghina Rasulullah sendiri…

Kepada blogger-blogger hanjing (pembangkang), terutama sekali Milo Suam, eXception mencabar korang semua siarkan kutukan terhadap Pok Nik kerana menghina Rasulullah dan keluarga Baginda… Jangan jadi bacul!!

Rujukan: Wikipedia

Advertisements

Penangguhan kes liwat Anwar jejaskan kredibiliti mahkamah – Syed Ali

Tinggalkan komen

Petikan dari blog: UMNO Bhgn Cheras

MUNGKINKAH ada dalang atau tali-barut Anwar Ibrahim di pejabat Peguam Negara ?

Itulah tanda tanya orang ramai apabila perbicaraan kes liwat Anwar yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta pagi ini telah ditangguhkan pada 15 Julai depan.

Rahsia penangguhan kes tersebut mungkin juga sudah bocor kepada penyokong Anwar apabila tidak ramai yang hadhir di perkarangan Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) merancang menghimpunkan 5,000 orang penyokong mereka dengan berpakaian baju T berwarna hitam sebagai tanda simpati kepada Anwar.

“Mungkin ada tali-barut Anwar yang sudah sebarkan maklumat mengenai penangguhan tersebut,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee apabila diminta mengulas isu tersebut.

Dalam reaksi spontannya beliau berkata, ini semua cubaan untuk melengah-lengahkan kes liwat Anwar dan secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti mahkamah.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada dalang di pejabat Peguam Negara yang awal-awal lagi sudah membocorkan maklumat tersebut menyebabkan penyokong Anwar tidak ramai yang hadir.

Katanya, hari ini peguambela Suleiman Abdullah sambung cuti sakit menyebabkan kes tersebut ditangguhkan dan tidak mustahil selepas ini Anwar pula yang akan cuti sakit.

“Semuanya adalah perancangan Anwar untuk melambat-lambatkan proses perbicaraan sehingga menjejaskan kredibiliti mahkamah,” jelasnya.

Menurut Syed Ali lagi, peguambela yang mewakili Anwar difahamkan akan menfailkan notis supaya pendakwaan kes tidak diletakkan di bawah Peguam Negara, Ghani Patail.

Rabu depan mahkamah difahamkan akan memutuskan permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen kes dan selepas itu barulah kes pertuduhan sebenar (liwat) akan dimulakan.

“Ini hanya akan memakan masa dan dalam tempoh itu, tidak mustahil Anwar akan cari helah lain lagi,” tambahnya.

Menurut beliau, Anwar amat licik permainan politiknya dan beliau menggunakan taktik psikologi supaya kesnya cair di mahkamah sehingga orang ramai termasuk pihak yang mendakwa menjadi bosan.

“Apabila sudah bosan, kes itu tidak lagi menjadi perhatian umum dan Anwar berasa lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali menggesa supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dilucutkan serta merta sehingga kes pertuduhan liwatnya selesai.

Beliau mendakwa, kewibawaan Dewan Rakyat turut tercemar kerana mempunyai Ketua Pembangkang yang masih berdepan dengan masalah undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mencabar wakil rakyat pembangkang mengemukakan usul supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangakang diserahkan kepada mereka yang tidak berdepan dengan masalah di mahkamah.

“Pembangkang masih ada Haji Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang termasuk Ibrahim Ali, mereka boleh dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen,” ujarnya.

Berkemungkinan kata-kata beliau itu ada kebenarannya juga. Kerajaan perlu siasat sedalam-dalamnya