Perhimpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah

Ayuh sahabat-sahabat sekelian kita turun ke Stadium Shah Alam hari ini untuk menyertai HIMPUN… Tak perlu korang takut, sebab perhimpunan ini merupakan perhimpunan aman… Dijamin bebas dari halangan pihak Polis… Tetapi tak tau la kot kerajaan negeri arahkan Polis menghalang pulak…

Kita tinggalkan sementara perbezaan fahaman politik kat rumah… Korang hadir ke stadium bukan kerana UMNO… Bukan kerana PAS… Bukan kerana PKR… Bukan kerana DAP… Ehhh… DAP Islam kerr?? Korang semua hadir adalah sebagai UMAT ISLAM yang berjuang mahu menyelamatkan aqidah umat Islam yang lain…

Bagi yang meminggirkan perhimpunan HALAL ini, eXception tak boleh nak kata apa sebab korang memang suka benda yang haram macam khinzir, arak dan BERSIH… Apapun eXception doakan supaya umat Islam yang enggan menyertai HIMPUN atas dasar politik sempit atau atas kerana tunduk kepada kafirin… Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati anda untuk menyertai HIMPUN… Tak perlu takut kepada kafirin… Terutama sekali dengan DAP yang jelas menentang HIMPUN tetapi menyokong BERSIH…

Kepada yang mengatakan bahawa HIMPUN ini anjuran UMNO, ternyata anda silap… Jika benar ianya anjuran UMNO, kami sudah pasti mengadakan HIMPUN ini di Stadium Bukit Jalil yang lebih besar dan luas… Atau di PWTC yang selesa dan berhawa dingin… Tetapi ianya dianjurkan oleh UMAT ISLAM yang sayangkan Agama dan Umatnya…