Kalau KFC tu tahu lah Maya, sehingga menjilat jari. Tapi dengan KJFC susah juga Maya nak bagi tag line sebab apa yang nak dijilat Maya belum kenal pasti lagi. Yang Maya tahu KJFC ni ialah Kelab Penyokong Khairy dalam FB.

KFC – Sehingga menjilat jari

Entah berapa banyak support group untuk Khairy dalam FB. Dia ni gila glamour ke? Tahu la Maya dia ni Ketua Pemuda UMNO. Tapi Maya ada kemusykilan, bagaimana si KJ ni menang?

Maklumlah Maya ni bukannya orang UMNO. Pernah juga tergerak hati nak join UMNO Puteri tapi borang kena tolak pada peringkat cawangan lagi. Ada la Maya dengar cerita terdapat individu tertentu yang jealous rupanya.


KJFC – Jangan pulak cuba nak menjilat si Khairy!!!

Cerita pasal KJ Support Group, mungkin juga Khairy rasa bahawa dirinya tidak cukup famous lagi sehingga dikerah angkatan penjilat untuk melancarkan kempen dalam FB? Pasal jilat ni Maya hanya suka jilat jari bila makan ayam KFC, diulangi, ayam KFC bukan KJFC.

Pendapat Maya pula, kenapa pulak nak kecoh pasal cari sokongan dalam FB, bukannya boleh gerenti menang pilihan raya nanti. Jika diri itu telahpun dinobatkan sebagai liabiliti buatlah sampai sepuluh Support Group ianya tidak akan mengubah persepsi.

Maya kesian dengan para pendokong Khairy berpenat lelah mencari penyokong untuk KJFC.

Maya rasa lebih baik jika si Khairy panggil semua penyokong di seluruh pelusuk negeri dan belanja makan KFC, perut kenyang maka suka lah hati.

Petikan dari blog: Maya Khairi

Hu hu hu good work Maya… Memang patut pun nko ‘bogelkan’ KJ ni, aku pun menyampah dgn dia dan pencacai-pencacai dia…