Lagi Pesta Mabuk-Mabuk Hanya Di Selangor

Tinggalkan komen

Lagi Pesta Mabuk-Mabuk Hanya Di Selangor

Waah!! Ada lagi rupanya pesta mabuk-mabuk kat Selangor ni rupanya…

Kali ni pesta mabuk beer pulak…

Oh ya, eXception hampir lupa… Ronnie Liu pernah mendakwa bahawa beer bukan minuman keras

Ya ke beer ni bukan minuman keras??

Maknanya beer ni serupa je la dengan air soda dalam tin tu ye?

Yang pastinya pemimpin PAS terutamanya Nasarudin Tantawi akan membutakan mata dan memekakkan telinga…

Pencacai PAS akan membuat tuli…

Bagaimana jika ianya dibuat kat negeri di bawah tadbiran Barisan Nasional…

Sudah tentu ianya akan dicanang sampai ke Israel sana…

Apapun… PAS kini sudah pandai ber TAKEBEER bersama Ronnie Liu…

Sumber:

“Okto Beer Fest” Acara Utama Dalam Kalender Pelancongan Selangor

Oktobeerfest @ Centro Mall

Advertisements

Syawal Ceria Dengan Promosi Air Kencing Setan Di Pulau Pinang

Tinggalkan komen

Syawal Ceria Dengan Promosi Air Kencing Setan Di Pulau Pinang

Sambutan Syawal di Pulau Pinang diceriakan dengan replika susunan botol arak yang disusun dengan tujuan untuk mempromosikan air kencing setan tersebut kepada umat Islam.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada Khalifah Umar Lim Guan Eng, kerana menjadi Khalifah pertama di dunia yang mempromosikan arak secara besar-besaran. Terima kasih juga kepada PAS yang berjaya mengangkat seorang kafir harbi sebagai Khalifah setaraf Khalifah Ummar Al-Khatab… Malah PAS tanpa malu-malu menjadikan Khalifah Umar Lim Guan Eng sebagai role model mereka… Alhamdulillah… Semoga ahli-ahli PAS yang sesat ini memperoleh ‘ganjaran’ setimpal dari Allah…

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera “Syawal Ceria”.

“Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.

“Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. – Bernama

Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Kasi Besar!!

Tinggalkan komen

Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Kasi Besar!!

Masihkah korang ingat… Pada tahun 2008, PAS mendabik dada mengatakan ‘Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak’?? Sampai sekarang dua bijik kilang arak kat Selangor masih gagal ditutup oleh PAS…

Tetapi tahukah korang… PAS telah memungkiri janjinya… Malah pada tahun 2010, Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad telah menawarkan tapak yang lebih besar untuk Kilang Carlsberg di Selangor.

Sila rujuk artikel eXception terdahulu… Di sini: Kilang Carlsberg Akan Dipindahkan Ke Lokasi Yang Lebih Luas : Khalid Samad

Hari ni menjelang PRU 13… Pencacai PAS masih dok berbunyi lagi pasal kilang arak… Walhal dulu pemimpin PAS juga berjanji hendak menutupnya… Semua nak disalahkan UMNO… Walaupun pemimpin mereka sendiri yang gagal menutup kilang arak, pun salah UMNO…

Tapi ketahuilah dalam dok sibuk pencacai PAS bercakap soal kilang arak… Mereka tentu tak sedar bahawa, Kerajaan Kelantan juga MELULUSKAN LESEN PENJUALAN ARAK.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.” – kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.

Semalam pula hangat diperkatakan bahawa terdapat promosi arak RM 99.99 untuk satu karton Carlsberg di The Store Taman Sri Petaling…

Seperti biasa, pencacai PAS pula mengambil kesempatan untuk menjilat buntut DAP dengan menyalahkan UMNO atas penjualan arak di The Store Taman Sri Petaling… Sedangkan Taman Sri Petaling berada di dalam Parlimen Seputeh… Siapa Ahli Parlimen Seputeh?? Bukankah Teresa Kok si Kaifeng Jews??


Peta Parlimen Seputeh

Arak tidak sampai boleh merosak akidah! – MSO

Tinggalkan komen

Mohd Sayuti Omar Mengatakan Arak Tidak Menjejaskan Akidah?

Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!

Berikutan isu lawatan Khalid Gereja ke Kilang Carlsberg pada bulan yang lalu dan cadangan memindahkan operasi kilang tersebut ke tapak yang lebih luas, aku telah terbaca satu artikel dalam blog MSO (Mohd Sayuti Omar) yang sedaya upaya cuba mengampu Khalid Gereja dengan mengatakan ‘Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!’.

Aku cukup tak bersetuju dengan pendapat MSO ni mengatakan arak tidak merosakkan akidah… Mungkin MSO tak pernah baca Al-Quran mengapa Allah mengharamkan khamar (arak) dari diminum oleh umat Islam. Allah mengharamkan arak apabila umat Islam mula lalai dalam mengerjakan syariat dan kewajipan terhadap Nya akibat mabuk.

Banyak kes kerosakan akidah yang terjadi akibat arak, antaranya bunuh, rogol, pukul dan anak-anak muda berpesta seks selepas mabuk-mabuk… Bukankah ini merosakkan akidah? Adakah ini MSO masih mengatakan satu perkara yang NORMAL??

Kepada MSO, teruskanlah mengampu, walaupun tindakan pemimpin PAS sampai mahu menjual Agama Islam sekalipun dipandang mulia oleh kamu…

Fitnah Melampau Terhadap Datuk Seri Najib

1 Komen

Perang Fitnah Memfitnah Kini Bermula Di Kalangan Anjing DAP

Ini merupakan salah satu cubaan memfitnah Datuk Seri Najib kononnya beliau memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dengan duit dari Sports Toto, siap taruk logo Sport Toto lg…

Inilah dia pekung sebenar anjing-anjing DAP. Nak bagi kenyataan tu nampak betul, dia letak logo Sport Toto kat background bagi menampak kononnya betul Sport Toto yang bagi sumbangan. Nak menipu pun tak beragak…

Apapun aku malas nak sentuh isu ni lebih-lebih pasal korang tau je la anjing kan… Kalo dia bising lagi, korang suntik je dengan pelali berdos tinggi atau korang kerat-kerat bangkainya pastu bakar sampai rentung…

Apapun berhubung dengan isu di zaman dua PM sebelum ini iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah yang mana Genting World Bhd memberikan sumbangan untuk Rumah Bakti dan PEMADAM. Kalangan anjing-anjing ni mengatakan itu hasil judi.

Tidakkah anjing-anjing kurap ni tahu bahawa Genting World Bhd bukan hanya setakat mempunyai kasino sahaja. Malah mempunyai hotel mewah serta taman tema yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Kalo diikutkan keuntungan yang diperolehi dari Taman Tema adalah jauh lebih tinggi kerana setiap hari ada sahaja pelancong yang datang ke sana. Bukan semua datang untuk berjudi bai…

Apa. Korang ingat PM kita ni boleh main terima-terima mcm tu sahaja cek? Mesti kena tahu sumber mana. Sebab Genting World juga mempunyai pegangan saham. Jadi bila otak tu dah kuning dan berkarat. Tengok gambar sahaja dah boleh timbul fitnah tanpa kajian mendalam. Inilah bangsa melayu yang haprak… Taunya dok tabur fitnah siang dan malam. Sampai siap dibayar RM 4 juta untuk menabur fitnah… dasat tu 4 Juta… Aku tulis blog ni pun tak pernah dapat sponsor satu sen pun… Semua bergantung kepada poket sendiri.

Apapun isu ni timbul selepas pendedahan bahawa Khalifah Father Joseph Lim Guan Eng memberi sumbangan kepada menggunakan duit judi. Maka anjing-anjing DAP ni dibayar untuk menabur pula fitnah…

Aku akui kerajaan BN ada mengutip hasil cukai dari premis judi, tapi kewangan tersebut tidak dicampur aduk dari sumber yang kutipan cukai lain yang takde kena mengena dengan judi dan arak. Sumber kutipan tersebut disalurkan kepada pembangunan fizikal sebagai contoh pembinaan jalanraya, kemudahan awam, serta lain-lain prasarana yang mana tidak melibatkan agama seperti masjid, surau serta rumah kebajikan Islam.

Tapi kenapa anjing-anjing ni tak mahu menyalak kat Tok Garu mereka? Jelas kelihatan Tok Garu memegang kayu billiard. Ini bukan gambar super impose… Tapi gambar asli. Bukankah billiard dan snuker adalah berunsur judi? Atau apabila Tok Garu pegang kayu billiard tu unsur judi tu takde? Judi tu jadi halal ke?

Inilah anjing-anjing DAP. Mereka taunya dok menyalak siang dan malam. Tapi buat-buat tak nampak pulak Tok Garu mereka main billiard. Atau ada masih yang nak pertahankan bahawa Tok Garu tak main billiard tetapi hanya pegang sahaja. Pegang ke main ke, tetap subahat jugak nama tu. So apa korang nak putar lagi?

Apapun jika sebarang cadangan nak hapuskan premis judi, aku orang pertama akan setuju… Walaupun premis ini banyak memberi manfaat kepada kantung kerajaan, tetapi akibat tidak terkawal, maka ramai orang Islam turut tumpang sekaki…

Gempar!!! Ustaz Azizan Dah Jadi Taukeh Arak!!?

1 Komen

TakeBeer!! Ustaz Azizan Jadi Tokey Arak!!

Sediakan GPS anda agar tidak tersalah tempat. Kami bagi bukti tepat dan jitu.

Lokasi anak syarikat kerajaan PAS yang menjual arak sebagai salah satu punca pendapatan adalah di:

5*24’17” Utara
100*35’00” Timur

Hanya ada satu tempat saja dengan koordinat tersebut di atas muka bumi ini, tak boleh silap.

Syarikat ini kemudian menyalurkan keuntungan kepada Ustaz Azizan melalui parent company syarikat ini, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Jadi jangan hairan jika elaun raya saja, Ustaz Azizan Rangkul RM20,000.

Tukang salur ialah CEO syarikat ini, iaitu Muhammad Sobri Osman (Cucu Saudara Ustaz Azizan).

Tukang mengarah ialah Pegawai Khas Kepada MB (Hal Ehwal GLC) iaitu Yusrain Zakri Adnan (Menantu MB yang juga AJK Pemuda PAS Kedah).

Oh ya, sebelum kami terlupa, dibawah ini, kami petik kenyataan Setiausaha Agung PAS pada 20 April 2010 untuk memberi sedikit cabaran kepada pembelit hukum:

“Umno, yang menerajui kerajaan pusat, yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding Datuk Zaid Ibrahim yang sudah bertaubat atas perbuatannya” Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Dan disini juga boleh kita rujuk pendirian PAS tentang arak dan hasil arak. Itu tentang cukai dari hasil arak, kalau sendiri jadi tauke arak, faham-faham sendiri la noo.

Terima Kasih: Kedah Times

Aku tak pasti samaada kenyataan Kedah Times ini betul atau tak. Tapi memang mengejutkan… Pemimpin PAS yang juga Menteri Besar Kedah mempunyai keuntungan dengan kilang arak? Ini merupakan satu berita yang menarik… Jika sebelum ini mereka cukup marah apabila mengetahui anak Tun Dr Mahathir mempunyai pegangan saham dalam syarikat yang mempunyai link dengan kilang arak.

P/S: Setelah dirisk-risik, rupa-rupanya lokasi gambar di atas adalah: Kulim Golf & Country Resort, terletak di Kulim, Kedah…

TEGAKKAN KEADILAN UNTUK MOHD BAKRI!!

1 Komen

KEADILAN UNTUK MOHD BAKRI. JANGAN BIARKAN YB MABUK DILEPASKAN


ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 09/02/2010

SHAH ALAM 8 Feb. – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cedera parah selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan/Persiaran Institut Seksyen 7 di sini itu, mangsa Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, cedera parah di kepala.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Shah Alam, Deputi Supritendan Roslan Abdullah berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha SRE telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata, Swee Lim yang memandu kenderaan jenis Nissan X-trail pula tidak mengalami kecederaan serius dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

“Kejadian ini kini disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan,” kata beliau ketika dihubungi malam ini.

Menurut Roslan, pihaknya belum mendapatkan keterangan daripada mangsa kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 11/02/2010

UiTM bantu ibu bapa penuntut koma dalam nahas

KLANG 11 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi jaminan akan membantu menampung kos perbelanjaan ibu bapa kepada penuntut institusi pengajian tinggi itu, yang koma selepas terbabit dalam kemalangan di Seksyen 7 di sini Ahad lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bantuan berkenaan membabitkan kos tempat tinggal, makanan, minuman dan kenderaan sepanjang ibu bapa kepada Mohd. Bakri Mohd. Bazli berada di sini bagi menemani anak mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

UiTM juga akan menanggung kos rawatan Mohd. Bakri yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah, katanya kepada pemberita selepas melawat penuntut itu di HTAR di sini hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Nasuddin Othman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam Ahad lalu, Mohd. Bakri, 23, cedera parah di kepala setelah terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Sementara itu, bapa Mohd. Bakri, Mohd. Bazli Che Ali, seorang peniaga kedai kopi dari Kelantan, berkata, anaknya sudah sedar, namun masih tidak mengenali orang yang melawatnya serta berada dalam keadaan lemah.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia menunjukkan reaksi positif dan yakin dia akan kembali pulih.

“Mohd. Bakri anak sulung kami daripada tujuh beradik dan merupakan harapan keluarga, saya sedih tetapi menerima ketentuan ini kerana sesiapapun boleh terlibat dengan kemalangan,” katanya dalam keadaan masih terkejut dengan insiden yang menimpa anaknya itu. – Bernama


Nasib Mohd Bakri masih tidak diketahui. Beliau masih lagi berada di wad ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah dalam keadaan koma. Manakala ADUN Sekinchan, Ng Suwey Lim (mmg pembawa suwey) pula masih lagi belum didakwa. Mungkin kerana Polis perlu mengambil keterangan dari mangsa, tetapi keadaan mangsa yang koma menghalang keterangan di ambil. Apapun blog Darul Ehsan Today turut mendakwa bahawa Ng Suwey Lim memandu dalam keadaan mabuk.

Apapun jika benar sepeti yang didakwa oleh GAP di dalam blognya Gerakan Anti PKR, bahawa ada pelajar UiTM yang merakamkan kejadian tersebut. Aku di sini dengan rasa rendah diri merayu kepada pelajar UiTM tersebut agar memberi rakaman tersebut kepada GAP melalui emel: gapkembali@yahoo.com

Anda tidak perlu takut jika anda menghantarnya secara senyap-senyap. Ini kerana rakaman yang anda ambil boleh dijadikan bahan bukti. Adakah anda tidak rasa kasihan dengan nasib rakan anda itu yang terlantar tidak bermaya? Tidakkah anda kasihan dengan keluarga Mohd Bakri? Adakah anda langsung tidak mempunyai secebis perikemanusiaan? Fikirkanlah, jika ianya terjadi pada diri anda sendiri, tidakkah keluarga anda juga bersedih?

Jadi bantulah keluarga Mohd Bakri. Kami tidak meminta wang ringgit dari anda. Cuma berharap rakaman tersebut boleh dijadikan bukti mendakwa mereka yang bersalah. Kasihani rakan anda. Kasihani keluarga rakan anda.

Lagi kisah berkaitan:

ADUN Mabuk Langgar Pelajar Melayu
Ng Sue Lim Buat Laporan Bohong, Mabuk dan Mengaku Kawan Baik Khir Toyo

Older Entries