Hukum Boleh Berubah-Ubah Ikut Nafsu Pemimpin PAS??

Tinggalkan komen

Hukum Boleh Berubah-Ubah Ikut Nafsu Pemimpin PAS??

KOTA BHARU 7 Ogos – Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.

“Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku. Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang.

Kah kah kah kah… Pemimpin PAS sudah lalok… Lalok sebab kemaruk undi kafir…

Hukum boleh ubah-ubah ikut selera dan nafsu serakah pemimpin PAS…

Patutlah hukum hudud versi PAS berbeza dengan hukum hudud Al-Quran…

Patutlah dalam hudud PAS menakrifkan mendatangi wanita selain isterinya melalui jalan belakang sebagai liwat…

PAS sudah jadi parti tunggang-langgang… Hukum Islam boleh kasi tukar-tukar macam sesumpah…

Advertisements

Apabila PKR menyuarakan tentang ketidakadilan, apakah keadilan terhadap Saiful harus dinafikan?

17 Komen

Sebat Kartika hampiri syariah: PKR

Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam – mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.

Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.

Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.

Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.

Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.

Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.

Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:

Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.

Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.

Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.

Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.

Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) “mendekati” hukuman Islam.

Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.

Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.

Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.

Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ma’idah: 38-39)

Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:

– Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.
– Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
– Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.

Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:

– Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
– Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.
– Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
– Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
– Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.

Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR
-Malaysiakini

Dr Muhammad Nur Manuty, diharap anda dapat menasihatkan kepada Anwar Bin Ibrahim alias Al-Juburi alias Wal-Liwati alias Pengkhianat Negara. Apakah bentuk keadilan yang Anwar Ibrahim tegakkan sekarang? Di sini aku senaraikan prinsip keadilan yang Anwar agung-agungkan sekarang.

1) Mengelak tuduhan liwat dari Saiful dengan cuba menggugurkan kes
2) Memuji-muji mahkamah, SPR dan SPRM jika menyebelahi pihak mereka, tetapi mengutuk dan mencaci jika tidak memihak.
3) Memuji-muji Raja-Raja Melayu jika menyebelahi kepentingan mereka, tetapi mengutuk serta mencaci jika sebaliknya.
4) Memuji-muji Ulama jika menyebelahi fatwa mereka, tetapi mengutuk serta mencaci jika menentangnya.
5) Memuji-muji tindakan PDRM jika menghalang orang-orang UMNO melakukan perhimpunan tanpa permit, tetapi mengutuk PDRM jika PDRM menghalang mereka melakukannya.
6) Langsung tidak memuji kejayaan PDRM membenteras jenayah, tetapi mengangkat dan memuja penjenayah.

Jika inilah prinsip keadilan yang dipegang oleh Anwar Ibrahim. Maka tidaklah layak Parti Keadilan Rakyat mengulas soal KEADILAN!!!

Dr Muhammad Nur Manuty, tuduhan liwat terhadap Anwar BUKAN FITNAH!!! Tapi ianya KEBENARAN!! Hanya mereka yang bersalah takut akan kebenaran… Terimalah hakikat bahawa pemimpin yang anda agung-agungkan ini sebenarnya tak lebih sekadar sampah.

Nik Aziz menghalalkan perempuan tak tutup aurat dirogol?

Tinggalkan komen

Aku agak terkejut bila mendengar rakaman ini. Benarkah Nik Aziz menghalalkan agar perempuan atau wanita yang tidak menutup aurat agar dirogol? MasyaAllah… Inikah kata-kata yang sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ulamak? Ataupun Nik Aziz hanyalah seorang Ular Mak? Ulamak tak mengeluarkan fatwa yang pelik-pelik dan berbelit-belik macam ular, tapi ular mak sudah pastinya begitu. Silalah dengar dan nilai sendiri.

Ulamak jenis apakah ini?

Tinggalkan komen


Sumber: http://kedahtertipu.blogspot.com
Terima Kasih Kepada: Pak Ngah Santan

Pak Ngah nak kongsi sikit penulisan seorang hamba Allah yang Pak Ngah jumpa di satu forum di internet.

Rasulullah SAW di dalam beberapa hadisnya ada menyebut bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-Hadis sanggup mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil. Mereka itu adalah ulamak yang sesat dan menyeleweng.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat, “apakah amal perbuatan yang paling utama?” Baginda menjawab, “Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan.” Sahabat berkenaan bertanya lagi, “manusia yang bagaimana yang paling buruk?” Baginda menjawab, “ulama yang selalu membuat kerosakan.” (Hadis Riwayat Jamaah).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad.” (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: “mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?” Dia menjawab: “Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beberapa peringatan berkenaan menunjukkan wujudnya ulama yang tidak menepati ciri-ciri ulama. Apa yang penting ialah ilmu dan penghayatannya serta niat seseorang. Ulama yang berhati bersih, jujur, teguh pendiriannya dan mengutamakan Allah serta RasulNya tetap berpegang teguh pada prinsip dan amanah. Mereka memahami bahawa Allah melaknat mereka jika taraf ulama yang ada pada diri mereka diselewengkan.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka.” (al-Baqarah-159)

Ulama yang menunjukkan sikap jujur, bersih dan ikhlas demi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam, mereka inilah yang termasuk dalam golongan yang disebut sebagai “Ulama warasatul anbiyaa”.

Bagaimanapun, ulama yang mengingkari perjanjian dengan Allah serta mempunyai niat untuk kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ilmunya yang tinggi perlulah kembali ke pangkal jalan. Mereka perlu menghayati sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya.” (Hadis Riwayat Dailami )

Pak Ngah harap mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulamak kenalah sentiasa menginsafi diri bagi mengelakkan mereka tergolong di kalangan Ulamak Jahat. Lebih-lebih lagi bagi ulamak yang terlibat dengan politik dan menjadi pemimpin sesebuah negeri. Jangan dok ingat nak himpun kekayaan sewaktu ada kuasa menjadi pemimpin sesuatu negeri kot nanti tersilap langkah. Biasalah bila dah jadi ahli politik ni kenalah bohong sikit-sikit walaupun tak banyak, kekadang tu terpengatruh juga dengan hasutan hawa nafsu yang ingin menjadi kaya. Jadikan lah Rasulullah SAW sebagai idola jangan kita terpedaya dengan hasutan iblis, syaitan dan hawa nafsu.

Allah hu’alam bissawab.

eXception: So membaca artikel di atas, kita dah dapat bayangkan Rasulullah dah tahu terdapat golongan ulamak seperti ini di dunia nanti. So fikirlah sendiri. Para penyokong PAS janganlah terlalu taksub dengan kewarakan yang pura-pura pemimpin anda.