PAS Selangor cuba membodek DAP

5 Komen

Ini aku petik dari akhbar HaprakDaily…


PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa.

Cheh!! Inilah kerjanya orang mempunyai mentaliti gred E (seperti yang dikatakan Garamanis). Taunya dok salahkan orang lain… Kalau ikhlas nak bendungkan maksiat, kenapa tak tarik balik je lesen tersebut? La ni tengok makin galak lak diorang bukak rumah urut haram.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Macamlah PAS serius sangat nak tanganinya. Kalo dah tahu Khir Toyo tak boleh harap. PAS Selangor boleh pakai ke? Taunya salahkan orang lain, pastu membodek DAP. Kalo berani aku cabar PAS Selangor, tarik balik semua lesen SPA dan pusat hiburan haram tersebut. Jangan jadi macam anjing yang tau menyalak siang dan malam, tapi sayang dah diikat kat tiang rumah oleh bosnya (DAP).

Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

Justeru, PAS negeri Selangor berpendapat dakwaan Khir itu tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan.

“Penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya,” tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menegaskan Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

“Khir Toyo boleh mengelabui mata rakyat tetapi bukan kepada kami rakyat Selangor,” tegasnya.

Habis tu bagaimana dengan kes penyelewengan Exco DAP tu? Tak nak ulas ke? Aku pasti PAS Selangor takkan berani ulas punya pasal penyelewengan Exco DAP tu. Isu Banglo tu dah basi la PAS. Semua dah tahu nilai banglo tak sampai puluhan juta. PAS bodoh sangat dengar berita palsu. Sampai sekarang ianya senyap.

Bagaimana dengan ini:

Bagaimanapula dengan ini:

Jawablah… Jangan tau tuduh je…

Oh ya, bagaimana dengan bekas ADUN Melur, yang mana bekas isterinya membuat tuntutan sebanyak RM 3 Juta? Malah bekas ADUN tersebut juga mempunyai rumah banglo mewah. Tak nak ulas ke? Aku gerenti takkan berani punya. BALKIS itu persatuan berdaftar, maka pengerusi persatuan berhak membubarkan persatuan dan menyalurkan duit persatuan ke persatuan lain dengan persetujuan semua ahli. Orang lain tak berhak campur tangan urusan BALKIS. Aku tahu sebab aku pernah pergi kursus pendaftar pertubuhan. BALKIS tak melanggar peraturan pun. Malah sumber kewangan BALKIS bukan dari kerajaan Selangor, tetapi hasil dari sumbangan. Apabila ianya merupakan satu sumbangan, maka persatuan tsb berhak menguruskan kewangan tersebut mengikut cara mereka atau menyalurkannya ke persatuan lain.

Syarat-syarat dan kelayakan bagi menjawat jawatan Exco Negeri Selangor

1 Komen


1. Wajib menjadi ADUN DAP, HINDRAF dan PKR, PAS? Bo layan….
2. Boleh bercakap berpusing-pusing, macam gasing daa…
3. Merampas hak-hak rakyat atas nama demokrasi.
4. Menyokong dan membenarkan aktiviti liwat, gay, homoseks dan yang sewaktu dengannya.
5. Menyokong dan membenarkan sebrang aktiviti haram dan salah di sisi undang-undang seperti merusuh, membuat perhimpunan haram, membuat provokasi dan yang sewaktu dengannya.
6. Mencabar dan merendah-rendahkan martabat orang Islam Malaysia.
7. Menyokong perlaksanaan ladang babi terbesar.
8. Dan yang paling penting…. MENYOKONG, BERSEKONGKOL KUMPULAN-KUMPULAN KONGSI GELAP.

Bila EXCO Iktiraf Gangster
RPK bantu gangster Ronnie Liu lawan BK Tan