Lagi Pengundi Hantu Dikesan Dalam Daftar Pemilih SPR

Tinggalkan komen

Lagi Pengundi Hantu Dikesan Dalam Daftar Pemilih SPR

Lagi pengundi hantu telah dikesan di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya hari ini. Nama pengundi hantu tersebut mempunyai persamaan dengan nama seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat, iaitu Rafizi Ramli. Mohon SPR segera siasat hal ini.


Rafizi Ramli pengundi hantu?





Sila periksa maklumat di atas menggunakan portal SPR: SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Lawak Hari Ini: Papa Gomo Pengundi Hantu?

Tinggalkan komen

Rafizi Ramli Dakwa Papa Gomo Pengundi Hantu?

Ketua Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli bersungguh-sungguh menyerang blogger Papa Gomo dan memfitnah Papa Gomo adalah pengundi hantu hanya kerana terdapat dua daftar pemilih SPR individu yang mempunyai nama yang sama dengan nama sebenar Papa Gomo.

Bagaimanapun, keterujaan Rafizi Ramli mengundang kelucuan apabila beliau terlepas pandang bahawa kedua-dua individu tersebut mempunyai tarikh lahir yang berlainan. Kekantoian Rafizi Ramli menjadi bahan jenaka kalangan cybertrooper Barisan Nasional.

Halaman Facebook Isu Politik Semasa pula seperti biasa menyerang Rafizi Ramli bertubi-tubi sehingga pencacai-pencacai Pee Arr di dalam halaman tersebut menjadi sakit hati dan meroyan.

Selain itu Rafizi Ramli juga mengugut untuk menghalau wartawan yang hadir sidang media hari ini. Insiden tersebut berlaku apabila wartawan cuba bertanya, mengapa Anwar hanya menyaman Papa Gomo, tidak menyaman Datuk Trio. Jawapan diberi Rafizi berbelit-belit dan berputar-putar.

Sampai satu saat Rafizi enggan memberi peluang kepada wartawan bertanyakan soalan lagi dan cuba memanggil pengawal keselamatan untuk menghalau wartawan keluar dari sidang media.

Video di atas telah tersebar dan berlegar-legar di alam siber. Ramai yang telah menontonnya. Ramai yang memberikan reaksi menyampah dengan tindakan Rafizi itu.

Berkenaan dengan Papa Gomo pula, sebenarnya tarikh lahir Papa Gomo ialah 21/01/1978, bukan pada tahun 1983 seperti mana tercatat pada maklumat daftar pemilih. Rafizi sudah kena check mate. Tindakan melulunya itu membawa padah dan orang menyampah

Sultan Kiram Bakal Menjadi Sos Tiram. Komando Malaysia Intip Kiram?

Tinggalkan komen

Sultan Kiram Bakal Menjadi Sos Tiram. Komando Malaysia Intip Kiram?

Dua jam lalu, kegemparan berlaku di seluruh Filipina, apabila seorang budak lelaki menunjukkan sekeping syiling lima puluh sen Malaysia yang masih baru, yang telah diberikan oleh seorang lelaki berbadan tegap menaiki kereta berwarna hitam dan telah merakamkan gambar-gambar rumah Kiram dari jarak dekat.

Siapakah lelaki tersebut, menjadi persoalan kepada para penyokong Jamalul Kiram III namun cerita tentang komando-komando Malaysia yang telah pernah berjaya memasuki Kompleks Pertahanan Udara Singapura di Bukit Batok dan melekatkan setem pada setiap peluru berpandu negara seberang itu suatu ketika dahulu, pastinya perlu diingati dan dihayati. –
THE FLYING KICK

Nasib kau lah Kiram… Esok atau lusa komando Malaysia gempur rumah kau, aku takut kau jadi lunyai macam sos tiram je nanti.

P.I Balasundram Meninggal Dunia Membawa Rahsia Ke Alam Kubur

Tinggalkan komen

P.I Balasundram Meninggal Dunia Membawa Rahsia Ke Alam Kubur

KUALA LUMPUR – Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Mendiang yang pernah menimbulkan kontroversi berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu dilaporkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Sebuah portal berita tempatan dalam laporannya hari ini memaklumkan PI Bala mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu.

Dia dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah pakatan pembangkang di Kota Bharu, Kelantan.

Mendiang bagaimanapun mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Dia kemudian bergegas ke klinik untuk mendapatkan bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

Portal berita itu turut melaporkan Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa semasa dihubungi memaklumkan penyiasat persendirian itu sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu. – mynewshub.my

Musnahlah harapan Anwar mahu mempergunakan lagi Balasundram dalam siri fitnahnya terhadap Datuk Seri Najib. Allah Maha Kuasa. Pelaburan Anwar lebur begitu sahaja. Kini Bala sudah mati, Deepak sahaja masih hidup lagi. Akan tetapi kata-kata Deepak sudah tidak boleh dipakai lagi.

Deepak seorang opportunist yang mengambil kesempatan yang diberikan Anwar tanpa menyedari dia sedang mencipta perangkap sendiri. Bukan perangkap kepada Datuk Seri Najib. Video kenyataan awal yang menafikan kaitan dan penglibatan Datuk Seri Najib dengan Altantuya sudah tersebar. Tetapi masih dengan muka tembok tak tahu malu menjaja fitnah.

Aku tunggu bila pula ajal menjemput keling penjual karpet ni…

Apapun, Bala pergi membawa segala rahsia konspirasi Anwar ke dalam kubur…

Anwar pakat gigit jari bila Bala mati…

P/S: Khabarnya Bala kena makan sumpah, sebab bersumpah dengan kitab suci hindu…

PM Mengadap YDP Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen?

Tinggalkan komen

PM Mengadap YDP Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen?

Pagi tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat memasuki perkarangan Istana Negara, di Jalan Duta. Teka-teki kunjungan Perdana Menteri mengadap Yang Di Pertuan Agong memohon pembubaran parlimen mungkin benar. Tetapi mungkin juga kunjungan Perdana Menteri mengadap Yang Di Pertuan Agong adalah berhubung dengan insiden di Lahad Datu. Kemungkinan yang berlegar dalam fikiran aku…

Kemungkinan besar Datuk Seri Najib mohon perkenan tarikh pembubaran Parlimen. Malah mungkin juga dalam kesempatan itu Datuk Seri Najib mohon perkenan Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera Malaysia, supaya Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sepenuhnya soal keselamatan di Lahad Datu apabila pembubaran Parlimen dilakukan.

Ini kerana apabila Parlimen terbubar, kabinet juga secara automatik digantung dan peranan semua menteri kabinet juga digantung sehingga kerajaan baru dibentuk selepas PRU 13 nanti. Oleh itu, sebelum pembubaran dilakukan, Perdana Menteri mahu menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Panglima Angkatan Tentera, disamping membantu Polis DiRaja Malaysia melaksanakan tugas.

Maka selepas ini ATM akan sepenuhnya menyelia dan melaksanakan Ops Daulat di Sabah. Apapun ini hanya kemungkinan. Apa yang terlintas dalam kepala otak aku sahaja. Kebenaran akan terserlah nanti. Kita tunggu pengumuman rasmi Datuk Seri Najib.

Antara Mereka Yang Gugur Mempertahankan Kedaulatan Negara

Tinggalkan komen

Antara Mereka Yang Gugur Mempertahankan Kedaulatan Negara

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Al-Fatihah… (Untuk mereka yang beragama Islam)

Sumber: Polis Di Raja Malaysia