Umno makin rimas, kalut dengan kekuatan Pakatan Rakyat

Haprakahdaily
2009-08-10 20:34:39

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) – Umno kini mula kalut dan rimas dengan sokongan padu yang diterima oleh Pakatan Rakyat.

Siri kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum ke-12 dan diikuti dengan pilihan rtaya kecil ternyata membuatkan Umno kini tidak senang duduk.

“Gelagat Umno sekarang ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya dipenuhi tahi,”kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Kerana itu katanya, mereka cuba sedaya upaya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu seperti arak, Jeff Oii, Anwar pengkhianat dan lain-lain.

Beliau berkata, ini menunjukkan Umno dalam keadaan terdesak kerana rakyat tidak memberi kepercayaan kepadanya lagi.

“Apa yang merisau Umno hari ini kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang begitu kuat daripada rakyat.

“Dalam beberapa indikator rakyat dapat lihat contohnya dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia ini rakyat tidak memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini. – mks. _


Inilah berita lawak untuk hari ini. Sebenarnya berita ini sekadar mahu menutup kelemahan PAS sahaja yang semakin terdesak kerana mula hilang kepercayaan oleh rakyat.
Malah kelemahan PAS juga terserlah apabila membisu dengan isu rampasan arak oleh Ronnie Liu.

PAS melalui akhbar penipunya yang mereka katakan telus cuba mengencing rakyat. PAS sedaya upaya cuba berbohong. Mereka mengatakan Harakah sahaja yang telus, akhbar seperti Utusan tidak telus. Hakikatnya Harakah tidak berani mengeluarkan cerita mengenai pergolakan dalam parti itu sendiri.