Edisi Mengenali Shinigami Murtad…

Tinggalkan komen

Edisi Mengenali Shinigami Murtad…

Ha ha ha ha… Hari ni eXception nak ajak pembaca blog ini mengenali watak rekaan dalam anime Bleach, iaitu Shinigami… Apa itu Shinigami?? Shinigami merupakan watak Soul Reaper dalam anime ini yang berpakaian jubah hitam dan mempunyai sebilah pedang samurai atau katana yang dinamakan zanpaktou (soul slayer)…

Seseorang shinigami berpangkat ketua atau kapten pasukan mempunyai tiga peringkat perubahan kuasa iaitu pertama peringkat biasa… Di mana katana atau zanpaktou berada dalam keadaan biasa atau normal. Kedua peringkat shikai yang mana zanpaktou berada dalam mod shikai yang mana akan mengalami perubahan fizikal dan kuasa. Keempat mod bankai, yang mana mod kuasa yang kebiasaannya mampu dikeluarkan oleh seseorang ketua pasukan.


Mod biasa


Mod Shikai


Mod bankai

Tapi itu di dunia anime la… Kat Malaysia ada jugak shinigami… Tapi boleh dikategorikan shinigami murtad la… Sebab dia takde kuasa untuk keluarkan shikai atau bankai, tetapi kuasa cikai ada la kot…


Mod Cikai

Advertisements

Manusia… Manusia… Takde Beban Batu Digalas…

Ulasan Dimatikan pada Manusia… Manusia… Takde Beban Batu Digalas…

Serang JPM Pakai Pedang Samurai?? Hang Gila Ke Hape??

PUTRAJAYA 9 Jun – Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSAN


Hang gila ke hape?? Ke isim?? Hang nak pi serang JPM pakai pedang samurai, memang la hang cari penyakit… Bodo punya umat… Hang nak serang JPM sekalipun bawak le kereta kebal ke… Jet pejuang ke… Apache ke… Ni pakai pedang samurai jer… So…. Stupid laa…

Buat masa ni tak tahu lagi keadaan lelaki yang kena tembak tu… Ada yang kata dah KIOK… Ada yang kata cedera dan dirawat di hospital… Tapi yang pasti, kalau mati pun bukan MATI SYAHID… Pasal hang serang jabatan kerajaan… Yang kerja kat sana kakitangan awam… Kalau ada kakitangan awam yang cedera atau mati nanti, siapa yang akan dipersalahkan?? UMNO jugak!!??

Kepada pencacai taksub PAS… Len kali kalo nak serang bangunan kerajaan ke, hangpa pikir lima nam ploh kali no… Bukan apa… niat nak kejar MATI SYAHID… takut nanti MATI KATAK…

Gempar!! Puak Occupy Dataran Merdeka Sudah Berkhemah Di Putrajaya??

Tinggalkan komen

Putrajaya Ditawan Puak Occupy Dataran Merdeka!!??


Gambar khemah puak occupy di Dataran Merdeka tak lama dulu

Memang menggemparkan… Mereka berkhemah di merata-rata tempat… Ada yang berkhemah di sebelah Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, ada yang berkhemah di sebelah Jambatan Seri Wawasan dan ada juga yang berkhemah di Presint 4 berhampiran dengan Jabatan Peguam Negara…

Lihat sahaja khemah-khemah yang didirikan ini… Memang banyak… Seolah-olah kehadiran mereka langsung tidak dipedulikan oleh penguatkuasa PjC (Perbadanan Putrajaya)… Tidak ada tindakan diambil seperti yang dilakukan oleh DBKL… Malah tidak ada tindakan keras dari anggota Polis… Mengapa??

Rileksss… Sabar wahai sahabat-sahabatku sekelian… Jangan pula kamu terburu-buru menyerang mereka… Heh heh heh heh heh… Mereka tidak bersalah wahai sahabatku…

Yang berkhemah ini bukanlah puak-puak occupy seperti tajuk di atas… Saja bikin GEMPAK… Heh heh heh heh… Ini semua adalah adik-adik kita yang datang dari seluruh negara untuk menyertai perkhemahan Jambori Pengakap sempena Himpunan Jutaaan Belia 2012 di Putrajaya…

Lihatlah… Inilah semangat anak muda yang kita patut banggakan… Berkhemah dengan niat yang betul… Bukan berkhemah macam puak occupy Dataran Merdeka tu… Sambil occupy sambil wat projek dalam khemah… Dah la tu niat pun tak betul… Apapun, eXception tabik kepada adik-adik scout yang sanggup berjauhan dari keluarga tercinta untuk menjayakan aktiviti perkhemahan ini… Tahniah adik-adikku sekelian… Semoga adik-adikku menjadi insan yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara apabila dewasa nanti… InsyaAllah…

Jentera Pilihanraya PAS Menyerang Putrajaya…

10 Komen

Jentera Pilihanraya PAS Menyerang Putrajaya Dikala UMNO Putrajaya Ke Stadium Titiwangsa

eXception tidak dapat hadir ke pelancaran Jentera Pilihanraya UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan disebabkan ada komitmen lain…

Seorang rakan yang merupakan Pemuda UMNO Putrajaya menghubungi eXception memaklumkan bahawa terdapat laporan Jentera Pilihanraya PAS berada di Presint 9, Putrajaya membuat kempen…

eXception segera bergegas ke sana… Sempat mengambil beberapa gambar kandid aktiviti Jentera Pilihanraya PAS di Putrajaya…


Ahli PAS ini kelihatan mengedar risalah dari kereta ke kereta…


Jelas logo PAS di belakang jaket yang dipakai ahli PAS ini…


Sibuk mengedarkan poster sampai tak sedar perbuatan dirakam…


Jentera Pilihanraya PAS berkumpul di medan selera Presint 9, menganggu orang sedang makan…


Kelihatan Jentera Pilihanraya PAS sibuk mengedarkan risalah dan akhbar Harakah…


Ramai yang dok berkumpul depan medan selera…


Kelihatan beberapa ahli PAS sibuk dok usung bendera PAS ke hulu dan ke hilir…


Inilah aktiviti kempen mereka… Usung bendera ke hulu dan ke hilir…


Skodeng bini orang ke bang…??


Kanak-kanak diheret sama ke kancah politik sempit…

Di bawah ini ialah antara risalah yang diedarkan…

Humm… I wonder… masa bila pula PAS perjuangkan melayu… Bukankah dulu PAS kata perjuangkan bangsa ni ASSOBIYAH???