Tegakkan Keadilan Untuk Allahyarham Mohd Salleh Hamdan

Tinggalkan komen

Keadilan Untuk Anggota Tentera Yang Terkorban Dalam Nahas Membabitkan Kereta Tian Chua

Komunis gila bernama Tiang Chuak ni akan mengambil kesempatan atas apa sahaja isu yang menguntungkannya termasuklah isu Adik Aminul Rasyid. Kes ini akan diperbesar-besarkan biar satu dunia tahu kononnya Polis Di Raja Malaysia kejam.

Tetapi tidakkah korang sedar yang Tiang Chuak cukup licik dan bijak. Kemalangan yang membabitkan kenderaannya dia tidak mahu diperbesar-besarkan. Tetapi kes Aminul Rasyid lagi dia mahu menghebohkannya biar satu pelusuk dunia tahu…

Oleh itu aku atas dasar tanggungjawab untuk menegakkan keadilan untuk Allahyarham Mohd Salleh Hamdan, iaitu anggota tentera yang terkorban dilanggar kereta Tiang Chuak. Jika Tiang Chuak berusaha menegakkan keadilan untuk Adik Aminul Rasyid, sekarang marilah sama-sama kita tegakkan keadilan untuk Allahyarham Mohd Salleh Hamdan dan kita pastikan Tiang Chuak serta pemandunya di bawa ke muka pengadilan…

Berikut aku selitkan sedikit tragedi yang berlaku pada bulan Mac yang lepas…


Tentera terbunuh berlanggar dengan kereta Tian Chua

Seorang anggota tentera terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta yang dinaiki ahli parlimen Batu, Tian Chua di KM49, Jalan Johor Baru-Mersing dekat Hutan Lipur Pantai, dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua polis daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamad Sebot berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika anggota tentera berkenaan Mohd Salleh Hamdan, 22, dari Kem Iskandar, Mersing dalam perjalanan ke Kota Tinggi, manakala Tin Chua pula menuju ke arah Mersing selepas menghadiri satu majlis di Kota Tinggi.

Pemandu kereta yang dinaiki Tian Chua – Zaharuddin Ayob, 45 – dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam lorong sebelahnya dan berlanggar dengan motosikal tersebut, katanya

Zaharuddin dan Tian Chua tidak cedera.

Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Mersing, turut terlanggar motosikal Mohd Sallah tetapi penunggangnya, Mohd Zairi Mansor, 29, hanya cedera ringan

Bernama

Dalam pada itu Tiang Chuak mati-mati (kalo mati lagi baik) mengatakan mangsa memotong kenderaan lain kemudian bertembung dengan keretanya. Tindakan Tiang Chuak seolah-olah cuba menafikan kesilapan pemandunya memotong di garisan berkembar, kemudian meletakkan beban kesalahannya terhadap mangsa. mentanglah mangsa sudah meninggal dunia, senang-senang dia bebankan kesalahan tersebut kepada mangsa.

Malam kejadian, Tiang Chuak tergesa-gesa menuju ke Mersing kerana mahu segera menghadiri ceramah politik di sana. Apa lagi, nak tabur fitnah dan mengapikan emosi orang la kerjanya. Tetapi Allah Maha Berkuasa, nak dijadikan cerita ketika kenderaan yang dinaiki Tiang Chuak sedang memotong dua buah kereta di garisan berkembar. Dua buah motorsikal yang ditunggangi oleh mangsa dan seorang lagi pemuda bernama Mohd Zairy Bin Mansor yang datang dari arah Mersing kebetulan melalui jalan tersebut. Kemudian motor mangsa gagal mengelak kenderaan yang dinaiki Tiang Chuak yang masuk ke lorong bertentangan kemudian melanggar kenderaan yang dinaiki cina komunis ini. Manakala mangsa kedua, Mohd Zairy Bin Mansor pula cedera setelah gagal mengelak motor mangsa yang kemalangan.

Tiang Chuak, kelihatan cuak apabila terlibat dengan kemalangan tersebut yang jelas kesalahan pada pihaknya kerana memotong garisan berkembar. Tiang Chuak langsung tidak membantu mangsa yang sedang bertarung nyawa, malah niat nak menghantar mangsa ke hospital sekelumit pun takde. Dalam otaknya asyik POLITIK… POLITIK… POLITIK… Tak habis-habis dengan politik…

Kemudian Tiang Chuak berjanji dengan keluarga mangsa untuk melawat. Tapi HARAMMM!! Inikah pemimpin berjiwa rakyat? Bukan, ini pemimpin berjiwa pentingkan politik sahaja… Tiang Chuak adalah salah seorang YB dari Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia… Jika kesilapan pada dirinya, dia akan lemparkan kesalahan kepada orang lain… Beginikan gaya seorang pemimpin? Rujuk berita ini (Suara Keldaian): Tian Chua Kemalangan Di Kota Tinggi

Di sini aku upload sekali salinan laporan Polis berkaitan kemalangan. Masing-masing saksi yang terlibat dengan kemalangan tersebut mengatakan kereta yang dinaiki Tiang Chuak dipandu dengan melulu.

Di atas merupakan kenyataan saksi pertama, Mohd Zairy Bin Mansor menyatakan semasa dia sedang menunggang motorsikalnya, JEV 7639, dia melihat kereta Mercedes Tiang Chuak memotong sebuah kereta lain sebelum melanggar anggota tentera tersebut, ketika jaraknya dengan tempat kemalangan adalah kira-kira 25 meter sahaja.

Saksi kedua Muhammad Nazirul bin Mohd Rosli mmebuat laporan bahawa semasa sedang memandu di KM 49.0 Johor Bahru-Mersing, dia terlihat sebuah kereta Mercedes warna silver, nombor pendaftaran WHR 727 telah memotongnya dari arah belakang dan dalam masa yang sama sebuah motorsikal yang datang dari arah bertentangan terpaksa membrek secara tiba-tiba untuk mengelak kereta Mercedes tersebut.

Beliau juga melihat penunggang motorsikal tersebut melambung ke tengah jalan. Menurut saksi ini, semasa dia memegang anggota tentera tersebut, dia masih sedar dan meminta air untuk minum. Tangan kanan mangsa juga hilang.

Tapi Tiang Chuak dalam laporannya pula menyatakan semasa dia melalui KM 49.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, tiba-tiba dia terlihat cahaya lampu kenderaan {motorsikal) dari arah bertentangan menuju kearah keretanya lalu melanggar bahagian depan sebelah kanan keretanya.

Apabila dia keluar daripada kereta dia dapati :

i. keretanya rosak
ii. cermin besar di hadapan pecah
iii. bumper depan sebelah kanan pecah
iv. mudguard pecah
v. pintu kanan kemek
vi. cermin sisi sebelah kanan pecah.

Dia tak tengokpun mangsa yang terbaring di tepi jalan yang dah hilang tangan kanannya. Inikah sikap seorang Ahli Palimen? Langsung takde hati perut.

Dia lebih ambil berat pasal keretanya tapi nyawa anggota tentera tersebut tidak dipedulikan. Sekarang pula nak sibuk-sibuk kumpulkan orang untuk demonstrasikan adik Amrulrasyid.

Apakah begitu rendah sekali moral dan perikemanusiaan Tiang Chuak yang sanggup sensasikan kematian seorang anak muda untuk tujuan politik padahal Tiang Chuak tidak pernah sekali pun melawati keluarga anggota tentera yang telah putus tangan dan mati dilanggar kereta Mercedesnya? Ada dia menziarahi anggota tentera semasa pengkebumiannya?

Lebih senang bagi Tiang Chuak untuk memburukkan nama Polis pada ketika orang merasa marah atas kematian seorang anak muda. Adik Aminul Rasyid sudah menjadi mangsa tembakan. Apakah sekarang adik Aminul Rasyid akan menjadi mangsa mainan politik pembangkang pula?

Anggota tentera yang putus tangan itu pula sudah dilupakan oleh Tiang Chuak.

Ibu Aminulrasyid sudah mengeluarkan kenyataan usah disensasikan dan dipolitikkan kematian anaknya. Kini kenapa sudah ambil Kapal Sink sebagai loyar dan terikut2 sidang akhbar pembangkang?

Advertisements

Muhamad Azamuddin Omar Berbohong?

8 Komen

Muhamad Azamuddin Omar Berbohong?


Muhamad Azamuddin Omar menunjukkan kecederaan yang tak seberapa yang kononnya dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis. Logikkah?

SHAH ALAM: Seminggu selepas kejadian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis, rakannya semalam tampil membuat penjelasan dan menceritakan detik cemas yang dilalui sebelum Allahyarham terbunuh.

Muhamad Azamuddin Omar, 15, yang menaiki Proton Iswara dipandu Allahyarham pada hari kejadian awal pagi, 26 April lalu, menjelaskan peristiwa itu bermula selepas kereta Aminulrasyid bergesel dengan sebuah kereta berhampiran restoran di Seksyen 7 di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 11.

Berikutan kejadian itu, katanya, beberapa penunggang motosikal mengejar mereka menyebabkan Aminulrasyid terpaksa memecut kerana ketakutan.

Muhamad Azamuddin berkata, Aminulrasyid juga tidak mahu terbabit dengan sebarang masalah kerana Allahyarham memandu kereta kakaknya tanpa kebenaran dan mahu pulang terus ke rumah.

“Saya tidak menyangka Aminulrasyid boleh memandu kereta sehingga dia menjemput saya untuk keluar minum di sebuah restoran berhampiran rumah kami, kira-kira jam 12 malam itu.

“Kami kemudian ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan yang motosikalnya rosak,” katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid di sini. Pelajar itu bagaimanapun hanya menjawab beberapa soalan sebelum beredar dengan diiringi beberapa lelaki dan seorang wanita dikenali, Monaliza Mokhtar, yang mendakwa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah.

Muhamad Azamuddin berkata, kumpulan penunggang itu mengejar mereka sehingga di Bulatan Kayangan, Seksyen 12, apabila sebuah motosikal terlanggar belakang kereta berkenaan sebelum penunggangnya terjatuh.

Katanya, Aminulrasyid bagaimanapun terus memecut kerana takut dan apabila sampai di Kompleks PKNS, kereta dipandu Allahyarham memotong sebuah kereta peronda polis yang kemudian bertindak mengejar mereka.

Muhamad Azamuddin berkata, walaupun diarah berhenti, Aminulrasyid terus memecut dan setiba di simpang berhampiran sebuah stesen minyak di Seksyen 11, dia terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari tayar kereta itu pancit.

Katanya, polis kemudian melepaskan satu lagi tembakan yang mengenai belakang kepala Aminulrasyid selepas Allahyarham masih enggan memberhentikan keretanya.

“Tubuhnya terus rebah di riba saya, manakala kereta terus bergerak kerana kaki Aminulrasyid masih menekan pedal minyak sehingga ia terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah,” katanya.

Muhamad Azamuddin mendakwa, sebaik kereta itu berhenti, dia keluar dari kenderaan untuk menyerah diri tetapi diterajang serta dibelasah oleh lebih lima anggota polis, selain diacu dengan senjata.

“Saya bagaimanapun dapat lari dengan melalui sebuah sekolah berhampiran untuk pulang ke rumah,” katanya yang turut menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya di tangan kanan dan beberapa bahagian tubuh lain.

Muhamad Azamuddin berkata, laporan polis mengenai kejadian itu hanya dibuatnya pada malam hari kejadian.

“Petang itu, saya melihat berita di televisyen melaporkan saya dan Aminulrasyid adalah suspek yang terbabit dengan kes samun. Saya rasa tidak puas hati kerana laporan itu tidak benar. Oleh itu, saya membuat laporan polis untuk menjelaskannya,” katanya.

Sumber: Berita Harian


Aku agak ragu-ragu dengan kenyataan Muhamad Azamuddin Omar yang menyatakan dirinya dibelasah oleh Polis. Punca keraguan aku bersebab bukan main hentam keromo…

Di sini aku catatkan keraguan aku terhadap kenyataan Muhamad Azamuddin Omar yang melampaui logik akal…

1) Muhamad Azamuddin Omar menyatakan dia dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis, persoalannya, bagaimana dia boleh melarikan diri?

2) Muhamad Azamuddin Omar juga menunjukkan kononnya kecederaan akibat dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis yang pastinya kecederaan ringan. Jika dia dibelasah oleh Polis dan ditendang oleh Polis, sudah pastinya Muhamad Azamuddin Omar sudah terlantar di hospital dan terpaksa makan melalui tiub. Lebih 5 orang anggota Polis belasah tetapi masih boleh survive dan boleh bercakap? Pelik…

3) Bertambah pelik, Muhamad Azamuddin Omar menyatakan anggota Polis telah mengacukan pistol. Tetapi bagaimana dia boleh melarikan diri? Sedangkan jika kita diacukan pistol pun dah rasa macam nak terkencing… Bodoh sangat ke Polis tu biarkan Muhamad Azamuddin Omar melarikan diri?

Mungkinkah ada dalang di sebalik kenyataan Muhamad Azamuddin Omar itu? Siapa dalangnya??