Kelantan Bakal Membina Stesen Angkasa Lepas Di Bulan??

Tinggalkan komen

Kelantan Bakal Membina Stesen Angkasa Lepas Di Bulan??

Bila orang kata pilihan raya bulan 3, Pas Kelantan umum nak buat stadium islam…..
Bila orang kata pilihan raya bulan 6, Husam umum nak bina lebuh raya prepaid…..
Bila orang kata pilihan raya bulan 11, Husam umum pula nak bullet train…..Tidak mustahil bila orang kata pula pilihan raya awal tahun depan, Husam akan umum pula nak bina stesen angkasa lepas…kah…kah….kah….kah…kah…..Bina stesen angkasa lepas untuk tinjau balak dan lombong-lombong apa yang ada di angkasa lepas ???” – kata, rbfonline.net

Mari kita lihat projek-projek hasil daripada idea Husam.
Projek yang pertama ialah Jihad Ternak, disebabkan sunnah Rasulullah maka program menternak kambing jamnapari pun dilancarkan. Majlis pelancarannya dibuat di Perdana Resort dan pada program itu ditunjukkan baka kambing beserta dengan kandang pasang siap.Namun kesudahannya amat menyayat hati, pemimpin Pas bergaduh dengan rakan kongsinya, Datuk Amin Pepet sehingga berlaku kes tembak dan jihad ternak terus hilang ditelan zaman.

Projek yang kedua ialah Koridor Depu. Projek ini dilancarkan pada tahun 2007 ketika Kerajaan Pusat sedang sibuk melancarkan prgram koridor ekonomi di seluruh negara.Sebaik sahaja dilancarkan, hampir di seluruh pelusok negeri ini penuh dengan billboard Kelantan Koridor Depu tetapi sekarang senyap begitu sahaja.Mungkin Haji Zaidi, orang kanan Husam boleh jawab kenapa sampai sekarang masih berlonggok lagi benih depu yang dibawa masuk dari negara jiran di satu kawasan di Salor.

Projek yang ketiga ialah stadium. Idea untuk membina stadium baru ini ketika Kelantan sedang hebat dalam Liga Bola Sepak Negara. Kelantan juara adalah disebabkan pengurusannya hebat. Pengurusan adalah dari idea orang UMNO, Tan Sri Annuar Musa.Maka dengan itu, Pas perlu mengambil kesempatan dalam kegilaan bola ini dengan mengumumkan pembinaan stadium baru di kawasan sempadan antara Ketereh dan Kok Lanas.Cadangannya pembinaan bermula Mac, kemudian ditangguh kepada Ogos dan sekarang September, tidak ada sebatang tiang pun dicacak di lokasi itu.Ini contoh kegilaan Husam. Kegilaan ini dinamakan kegilaan sebabak-sebabak. Bila ada babak baru maka muncullah idea baru. Dan dengan itu Husam akan dikenang sampai bila-bila kerana mempunyai idea yang hebat biarpun tidak pernah dilaksanakan.

Selepas, program Jihad Ternak, Koridor Depu, pembinaan stadium, lebuh raya rakyat dan terbaru, keretapi laju maka tidak mustahil stesen angkasa lepas dibina di negeri ini.Mungkin selepas ini Husam akan mengumumkan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan Rusia untuk membeli Soyuz.Maka dengan cerita keretapi laju dan stesen angkasa bersama dengan Soyuz maka diharapkan kita mengenali siapa Husam Musa. Idealis yang maha hebat di Kelantan, penulis hanya tersenyum. ~Wan Jijah

Masih ada lagi yang percaya dengan janji-janji manis Husam Musang Berbulu Ayam ni?? Bab berlakon memang pandai… Bab menabur janji memang pandai… Tapi bab melaksanakan… Bermacam-macam alasan… Pusing sana… Pusing sini… Lepas tu salahkan Kerajaan Persekutuan pula… Mereka yang berjanji macam-macam tapi bila gagal melaksanakan mereka salahkan orang lain… Cukup mudah… Itu belum lagi perintah Malaysia… Agaknya bila perintah Malaysia, macam-macam lagi la kita boleh nampak…

Sedangkan masalah air bersih kat Kelantan masih tidak ada jalan penyelesaian, mahu buat projek lain pula… Jadi kepada Rakyat Kelantan, masih korang percaya dengan janji melangit Kerajaan PAS Kelantan ni?? Ayuh!! Kita ubah!! Tukar kerajaan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti… Kita test sepenggal ok??

Sumber: Anti Semua Salah UMNO – ASSU

Kopi O Percuma Untuk Rakyat Kelantan. Terima Kasih Pok Nik.

Tinggalkan komen

Kopi O Percuma Untuk Rakyat Kelantan. Terima Kasih Pok Nik.

Menteri Besar Kelate merangkap Mursyidul HamPAS merangkap Tok Garu merangkap Wali Selipar… Hari ini ingin melakukan kebajikan dengan mengagihkan kopi o percuma kepada rakyatnya…

Kopi O percuma itu akan diagihkan melalui air paip di rumah masing-masing… Rakyat Kelantan hanya perlu tadah dan menikmatinya…

Rasanya mungkin agak pahit sedikit sebab berselut dan berkarat, tetapi jika dicampur dengan gula atau susu… Ianya pasti berasa enak sekali…

Apapun mari kita saksikan video flip-flop berkenaan masalah air kat Kelantan ni…

Waaahhhh!! Betul ke kerajaan pusat sekat peruntukan kat Kelantan??

Hummm… Bagaimana dengan maklumat di bawah ini??

Sekiranya korang ragu-ragu dengan maklumat di atas ini…

Korang boleh hubungi sendiri Jabatan Audit Negara

Jangan lupa tanyakan sekali berapa banyakkah hasil derma setiap ceramah PAS yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara…

Jika Jabatan Audit kata ianya tidak diaudit, korang faham-faham sahajalah mana duit tu pergi…

He he he he he he he…

Artikel Berkaitan:

Berita Yang Harakah Sembunyikan Sampai Bila-Bila!!

Cuba Korang Teka… Apa Benda Ni??

Tinggalkan komen

Cuba Korang Teka… Apa Benda Ni??

eXception tak tahulah menatang apa kebendenya ni…

Nak kata rendang… Tak macam gaya rendang…

Nak kata kari… Tak gaya macam kari…

Nak kata kuah kacang… Lagi la tak nampak gaya macam kuah kacang…

Cuba korang teka… Apa kebendenya ni??

Haaaaa…. Kalo korang nak tahu…

Inilah hasil dari kerajaan berkebajingan PAS Kelantan…

Ini namanya selut…

Inilah yang terhasil pada penapis air selepas 11 hari membersihkan air paip di Kelantan…

Menarik bukan??

Di sini eXception ingin membuat cabaran terbuka kepada mana-mana pencacai PAS…

Cabarannya ialah…

Korang makan selut ni sampai licin…

Bukti!! Kelantan Bukan Negeri Mundur!!

2 Komen

Bukti Kelantan Bukanlah Negeri Yang Mundur

Ramai kalangan blogger pro BN mendakwa Kelantan adalah negeri yang termundur di Malaysia… Pembangunan lembab… Serba-serbi lembab…

eXception mahu membetulkan pendapat ini… Kelantan bukanlah negeri yang mundur… Buktinya… Lihatlah…

Tesco Kota Bharu
Tesco Kota Bharu salah satu bukti Kelantan bukan negeri mundur…

KB Mall
KB Mall juga merupakan salah satu bukti menunjukkan kemajuan Kelantan…

KB Sentral
KB Sentral merupakan mercu tanda baru Kelantan…

Itu sahaja ke?? Ada lagi… Banyak lagi!!

Antaranya… Air karat di Kelantan…

Kemudian…

Pelacuran di Kelantan…

Lepas tu…

Lebuhraya Rakyat…

Kata lebuhraya percuma… Takde tol… Tapi kenapa masih menadah tangan mintak derma dari rakyat??

Tidakkah rakyat Kelantan sedar MUSLIHAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN??

Tidakkah rakyat Kelantan sedar kemampuan KERJAAAN NEGERI KELANTAN??

Kemanakah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri??


Kata lebuhraya rakyat… tapi masih tadah tangan mintak duit rakyat?


Nama pemaju Baldah Toyyibah, nama kontraktor Menta Construction… Tapi…


Bila nak derma, atas akaun nama syarikat yang mempunyai sejarah kes mahkamah… Mengapakah??


Mana perginya peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaaan Persekutuan?? Mengapa masih menadah tangan kat rakyat??


Lebuhraya percuma HANYA RETORIK!!

Hakikatnya… Kemajuan Kelantan hanya nampak pada bangunan serta premis perniagaan sahaja… Itu sahaja yang mampu dibanggakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan…

Hanya orang BAHALOL mengukur KEMAJUAN berdasarkan premis perniagaan yang tumbuh ibarat cendawan sedangkan kemudahan prasarana rakyat seperti air paip terabai…

Malah… Nak bina lebuhraya pun tadah tong derma…

Maksiat pula semakin menjadi-jadi…

Inikah Kerajaan Berkebajikan atau lebih molek jika disebut…

KERAJAAN BERKEBANJINGAN…

Kesimpulannya… Kelantan adalah negeri yang SANGAT MUNDUR…

Apa nak jadi?? Bila dipersoalkan… Yang mereka pakat cakap…

SEMUA SALAH UMNO… TAKDIRR….

Panas!! Pendedahan Penyelewangan AKSB Didedahkan??

Tinggalkan komen


Panas!! Pendedahan Penyelewangan AKSB Didedahkan??


Memang panas!! AKSB tak habis-habis dengan skandal… Jika dulu skandal isu air berkarat… Kali ini isu apa pula?? Dikatakan surat di bawah ini ditulis oleh kakiktangan AKSB dan ditujukan kepada MB Kelantan, Tok Garu Nik Aziz…

eXception tak pasti kesahihan dokumen di atas… Tetapi jika benar… Mengapa Nik Aziz mendiamkan diri?? Adakah Allah sudah ampunkan dosa mereka yang bertanggungjawab??