Nik Aziz saran lepas jawatan


KOTA BHARU 14 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.

Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru mereka.

Jelas beliau, Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada beliau masih diperlukan atau tidak.

“Undi ini amanah. Amanah yang diberikan oleh rakyat. Apabila kita melompat parti, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat.

“Kalau 10,000 orang undi kita, erti 10,000 undi atas kepala. Kita jangan lompat begitu dan kalau tak mahu letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil. Ini erti kita pandai-pandai mengkhianati amanah pengundi terhadap kita,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

-Utusan Malaysia

Mua ha ha ha… Sekali lagi atok tua yang sudah nyanyuk ni mula merepek-repek… Bila ada ADUN atau AP Pakatan Jahanam keluar meninggalkan parti jahanam itu, maka orang tua ini mula cakap merapik-rapik. Aku rasa lagi merapik dari citer Niyang Rapik…

Cuba kalo ada ADUN atau AP dari BN nak keluar parti dan menyertai Pakatan Jahanam? Sudah tentu atok tua ni takkan persoalkan tentang amanah malah mengalu-alukan serta memberi pujian demi pujian yang melangit… Malah jika boleh atok tua ni akan menganggap ADUN dan AP BN yang keluar parti ini sebagai dewa atau dewi turun dari langit…

Apapun Nick Ajiszz, hentikanlah… Sepatutnya kamu yang letak jawatan… Beri peluang kepada orang yang lebih muda menerajui Kelantan… Bak kata pepatah, rumah kata pergi berambus la lu… Kubur lak kata, mari laa… mari laa…

Advertisements