Bantah Cukai Pada Kad Tambah Nilai Prabayar Yang Dikenakan Telco

eXception cukup tidak berpuas hati dengan Telco Malaysia tak kiralah Celcom ke, Digi ke, Maxis ke, hape ke… Yang mengenakan cukai pada setiap kad tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar yang bermula 15 September ini… Telco di Malaysia ini seolah-olah berlagak seperti Ah Long memaksa pelanggan membayar cukai tersebut walhal perkhidmatan yang disediakan tak ubah seperti sampah…

eXception tak kisah jika Telco hendak kenakan cukai, sekiranya perkhidmatan memuaskan hati. Ini tidak, adakalanya talian sibuk, malah ada sesetengah kawasan tidak mendapat liputan… Terutama sekali di kawasan pedalaman… SKMM pula tak ubah seperti KDN yang hanya tahu memberi amaran… Jika dulu SKMM memberi amaran kepada Astro supaya tidak menaikkan harga pakej, tetapi langsung tidak diendahkan oleh Astro… Malah SKMM diperbudak-budakkan oleh Astro dengan menaikkan harga pakej siaran. Yang menghairankan eXception, SKMM langsung tidak berani bertindak ke atas Astro hatta menjegilkan bijik matanya…

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Telco juga perlu membayar cukai kepada kerajaan. Tetapi SKMM juga sepatutnya memastikan Telco ini memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berjaya memuaskan hati pelanggan sebelum mengenakan cukai sesuka hati. Jika perkhidmatan yang diberikan tahap tong sampah, mahukah kita membayarnya lebih? Telco boleh mengelak dari mengenakan caj tambahan daripada pelanggan dengan mengambil 6% dari hasil keuntungan jualan kad prabayar yang dijual pada harga asal. Tetapi Telco enggan menanggung sedikit cukai dari keuntungan diperolehi kerana takut rugi.

Bukan sahaja perkhidmatan telefon mudah alih, malah perkhidmatan internet juga gagal memuaskan hati pelanggan. Jika kelajuan sepatutnya diberi ialah 300 kbps, tetapi yang pelanggan dapat cuma 100 kbps… Banyak aduan serta rungutan pelanggan ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan… Sedikit pun tidak berbekas… Sedikit pun tidak meninggalkan kudis bagi mereka… Mereka tidak hairan kerana pelanggan mereka ramai… 1 pergi 100 yang datang…

Di sini eXception ingin merayu kepada SKMM supaya membatalkan niat Telco ini mengenakan cukai pada kad tambah nilai prabayar dan pada pek permulaan prabayar, jika perkhidmatan yang mereka berikan sekarang masih belum berjaya memuaskan hati pelanggan mereka. Tak kira Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile sekalipun… Biar gah mana pun iklan mereka, sampai ke ceruk rimba mana sekalipun liputan yang mereka dakwa dalam iklan tetapi hakikatnya tiada… Semuanya hanya propa sahaja… Kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, eXception merayu agar semua Telco membatalkan niat mereka mengenakan cukai kepada pelanggan selagi perkhidmatan yang mereka berikan masih gagal memuaskan hati kami. Kepada Menteri Telekomunikasi, tolonglah bertindak… Janganlah jadi bacul…

Yang Kaya Bertambah Kaya Hasil Memeras Duit Orang Miskin…