Mohd Sayuti Omar Mengatakan Arak Tidak Menjejaskan Akidah?

Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!

Berikutan isu lawatan Khalid Gereja ke Kilang Carlsberg pada bulan yang lalu dan cadangan memindahkan operasi kilang tersebut ke tapak yang lebih luas, aku telah terbaca satu artikel dalam blog MSO (Mohd Sayuti Omar) yang sedaya upaya cuba mengampu Khalid Gereja dengan mengatakan ‘Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!’.

Aku cukup tak bersetuju dengan pendapat MSO ni mengatakan arak tidak merosakkan akidah… Mungkin MSO tak pernah baca Al-Quran mengapa Allah mengharamkan khamar (arak) dari diminum oleh umat Islam. Allah mengharamkan arak apabila umat Islam mula lalai dalam mengerjakan syariat dan kewajipan terhadap Nya akibat mabuk.

Banyak kes kerosakan akidah yang terjadi akibat arak, antaranya bunuh, rogol, pukul dan anak-anak muda berpesta seks selepas mabuk-mabuk… Bukankah ini merosakkan akidah? Adakah ini MSO masih mengatakan satu perkara yang NORMAL??

Kepada MSO, teruskanlah mengampu, walaupun tindakan pemimpin PAS sampai mahu menjual Agama Islam sekalipun dipandang mulia oleh kamu…

Advertisements