Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Tinggalkan komen

Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM 3000.00 sebulan, permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 sudah mula dibuka sejak semalam (1 November 2012). Bagi pemohon yang pernah memohon pada tahun lepas, anda tidak perlu lagi mengisi borang, kecuali sekiranya anda ingin mengemaskini permohonan anda disebabkan kematian ketua keluarga, perceraian atau hal yang lain.

Borang rasmi Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 boleh dimuat turun di sini: Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Sekiranya terasa malas nak memegang pen, dan menghantar borang ke LHDN… Tak perlu susahkan diri anda… Boleh isi secara online di sini: Permohonan Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

Isi rumah yang layak (RM500):

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan
    jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang
    sama).
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953
    dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250):

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun
    dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
    bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Advertisements

Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati

Tinggalkan komen

Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati

Berikut adalah antara intipati pembentangan belanjawan 2013 yang sedang berlangsung petang ini… Intipati belanjawan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tema belanjawan 2013 pada tahun ini ialah, ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’

Peruntukan untuk Bajet 2013 ialah RM 251.6 bilion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM 201.9 bilion & Peruntukan Pembangunan ialah RM 49.7 bilion.

Kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggar pada RM208.6 bilion untuk tahun 2013 berbanding RM 207.2 bilion pada tahun 2012.

Mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit kerajaan akan terus berkurangan kepada 4% bagi tahun 2013 berbanding 4.5% bagi tahun 2012 .

Bagi merangsang pelaburan, kerajaan akan perhebat pelaksanaan 12 Bidang Utama Negara (NKEA)

Kerajaan akan perkenalkan semula insentif pengambil alihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan.

Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM 1 bilion akan dikendalikan oleh SME Bank

RM30 juta diperuntuk bg Pelan Induk PKS (2012-2020), melibatkan 32 inisiatif termasuk 6 prgm berimpak tinggi.

Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta utk pembiayaan modal kerja PKS yg usahakan pengeluaran produk halal

Krjn cadang Skim Perlindungan Insurans Berkelompok utk penjaja & peniaga kecil yg berdaftar dengan Suruhanjaya Sykt Msia. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 & krjn akan biaya skim ini dgn peruntukan RM16 juta setahun

Perbadanan Nasional Bhd akan memperkenalkan prgm “Business In Transformation” menggunakan model “licensing” atau “franchising”. PNS akan beri pinjaman RM25,000 bg “licensee” & RM500,000 kpd “licensor” dlm usaha memodenkan perniagaan penjaja & peniaga kecil

Krjn perkenal insentif cukai bg menggalakkan pengusaha swasta dlm pembangunan industri minyak & gas termasuk:

1) pengecualian cukai pendapatan 100% utk 10 tahun
2) pengecualian cukai pegangan
3) pengecualian duti setem

Hasil insentif krjn tlh menampakkan pelbagai projek pelaburan minyak & gas bernilai US$20 bln dimulakan. Ini termasuk 4 projek iaitu Petronas Refinery & Petrochemical Integrated Development (RAPID); Terminal Simpanan Minyak & Gas di Johor, Loji Regasifikasi di Melaka; dan terminal minyak serta gas di Sipitang, Sabah.

Insentif cukai bg prgm Global Incentive for Trading (GIFT) utk jadikan Msia sbg hab dagangan komoditi antarabangsa. Sehubungan permintaan global gas asli cecair, GIFT ditambah baik dgn pengecualian cukai pndptn 100% utk 3 thn pertama operasi.

Dagangan komoditi yg diluluskan akan diperluaskan kpd lain-lain komoditi spt pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas & kimia

Bagi merancakkan sector pelancongan, Program Tahun Melawat Msia 2013/2014 mensasarkan 26.8 juta pelancong

4 kawasan jelapang padi baru akan ditambah dgn keluasan 19 ribu hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan. Jelapang baru ini ini dijangka akan menghasilkan 104 ribu tan metric & penyertaan 12,237 pesawah.

Menghargai sumbangan nelayan, krjn telah beri elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan & insentif 10-20 sen/kilo bg hasil tangkapan

DS Najib berkata pasaran modal negara kembang pesat walaupun ada ketidaktentuan dalam ekonomi global

Msia menerajui terbitan sukuk dgn menyumbang 71% drpd jumlah terbitan sukuk global bg 7 bulan pertama 2012

Terbitan sukuk tunggal terbesar di dunia ialah PLUS Bhd yg bernilai RM30.6 bln

SC akan perkenalkan Graduate Representative Program dgn kerjasama sektor swasta bg melatih graduan memenuhi keperluan industri

Krjn cadang amanah perniagaan (business trust) diberi layanan cukai sama seperti syarikat

Pengecualian duti setem & cukai keuntungan harta di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan

Bg merancakkan lagi akses syarikat ke pasaran modal, tambahan peruntukan modal Danajamin Nasional Bhd RM400 juta dlm 2 tahun

RM100 juta utk Yayasan Pasaran Modal bg pembangunan modal insan bg industri sekuriti di bawah kawal selia SC

Tun Razak Exchange (TRX) dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa & menawarkan 40,000 peluang pekerjaan.

Pengecualian cukai pendapatan bg tempoh 10 tahun kpd syarikat berstatus TRX.

Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee & pengecualian cukai bg pemaju hartanah.

Yayasan Wakaf Malaysia akan diberi tanggungjawab utk rangka pelan induk Wakaf Korporat

Pembiayaan dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bg usahawan kecil & sederhana

Bg Bajet 2013, krjn sediakan peruntukan RM350 juta dr TEKUN di mana RM50 juta utk masyarakat India

Bajet 2013 memperuntuk RM38.7 bln kpd Kementerian Pelajaran ataupun 15% drpd seluruh peruntukan.

Peruntukan tambahan RM500juta bg meningkatkan kemahiran guru dlm pengajaran subjek teras (Bahasa Melayu, Inggeris, Sains, Matermatik)

Pencen minimum dinaikkan kpd RM820 utk pesara kerajaann yg berkhidmat sekurang-kurangnya 25 thn, melibatkan 50,371 pesara

Kerajaan cadangkan pengurangan caj pemprosesan pasport utk warga emas. Juga diluaskan kpd kanak2 12 thn ke bawah

Tambahan RM1 bln kpd Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah

RM1.2 bln untuk pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN

Geran pelancaran RM10,000 kpd penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Swasta

Potongan cukai dua kali ke atas majikan yg sediakan elaun/subsidi kepada pekerja & penyelengaraan kemudahan taska

Peruntukan RM6 bln di bawah Insentif Pembiayaan Swasta (PFI2) utk laksana projek & prgm demi memastikan kesejahteraan rakyat

Utk mengurangkan kadar jenayah, tambahan perjawatan baru polis.

Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan

Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan

Penglibatan pihak swasta & komuniti dlm mewujudkan persekitaran selamat dan aman

Geran RM10,000 kpd persatuan penduduk berdaftar utk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan & mempertingkatkan peranan rukun negara

Galakkan Elaun Modal Dipercepatkan kpd syarikat yg membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan

JPA sedang menjalankan kajian komprehensif untuk menambahbaik laluan kerjaya warga PDRM

Utk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota. Selain itu, kedudukan kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah juga akan dilaksanakan.

Tambahan peruntukan RM20 juta kpd Yayasan Bantuan Guaman

Perluasan 6 UTC di seuruh negara bg sediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di satu pusat integrasi

Perluasan 5 RTC & mini RTC di seluruh negara bg sediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di satu pusat integrasi

Krjn akan laksanakan projek pembangunan luar bandar & mengurangkan jurang pembangunan

Peruntukan RM19.3 bilion untuk perkhidmatan kesihatan.

Peruntukan RM50 juta bagi menyokong dwi peranan wanita.

Peruntukan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, KAR1SMA.

Peruntukan RM738 juta bagi pembangunan belia dan sukan.

Pertandingan Lautan Biru 1M4U dilancar.

Pakej khas telefon pintar 3G untuk golongan belia. Rebat RM200 diberikan.

RM6 juta peruntukan untuk pentadbiran dan kegiatan karyawan Malaysia

Pemberian diskaun 50 peratus kadar tambang komuter diperluaskan kepada semua yang berpendapatan RM3,000 ringgit ke bawah.

Pembinaan 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa akan manfaatkan 220,000 penduduk

Melaksanakan projek bekalan air akan manfaatkan 24,000 rumah & penyambungan bekalan elektrik akan manfaatkan 19,000 rumah

Melaksanaan Prgm Desa Lestari akan melibatkan 29 kampung & manfaat 38,000 penduduk

Peruntukan RM1.9 bilion ringgit bagi membina rumah dibawah program PR1MA.

Rumah mesra rakyat, SPNB akan bina 21,000 buah rumah.

Skim Rumah Pertamaku, had pendapatan dinaikkan kepada RM 5 ribu.

Peruntukan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

BR1M 2.0, bantuan tunai RM500 kpd isirumah berpendapatan kurang drpd RM3,000 dan sebanyak RM 250 diberi kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2 ribu sebulan kebawah

Kerajaan kurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen. Kerajaan masih tanggung subsidi sebanyak 34 sen dgn perbelanjaan RM278 juta

Peruntukan RM1.5 bilion untuk stabilkan harga minyak di pasaran.

57 buah kedai KR1M ditambah di Sabah dan Sarawak.

Pencarum KWSP boleh mengeluarkan Akaun 2, untuk menampung kekurangan kos tambang haji.

RM88 juta prgm pembangunan ekonomi masyarakat orang asli

Pembekalan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak

Penurunan 1 mata peratusan, bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi 2,500 hingga 50 ribu ringgit.

Rebat tunai RM10 ribu kepada pengusaha bas sekolah. Juga kadar faedah pinjaman 2 peratus.

Mengurangkan kos pembelajaran pelajar, RM2.6 bilion diperuntukkan.

Pemberian RM100 ringgit sebagai bantuan persekolahan diteruskan, baucer buku juga diteruskan, meningkat RM250 ringgit.

Penubuhan 100 Pusat Internet 1Malaysia.

Pemberian bonus satu bulan setengah gaji untuk kakitangan awam. Dibayar tiga kali. Setengah bulan sudah diberi sebelum Hari Raya, setengah bulan akan diberi pada bulan Disember dan setengah bulan lagi pada bulan Januari 2013.

Pemberian insentif RM 500 untuk pesara.

Felda akan bangun 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, baiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran

Kadar cukai pendapatan diturun satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000

Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau ditambah RM2.0 bln lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjut sehingga 31 Dis 2015

Sebanyak RM50 juta diperuntuk bagi tempoh empat tahun bagi persiapan program ‘Road to Rio’ menjelang Sukan Olimpik di Brazil pada 2016

Kerajaan sekali lagi beri RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah untuk ringan beban keluarga berpendapatan rendah dan sederhana

Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah

RM1.2 bilion diperuntuk bagi pendidikan prasekolah

Bakal2 haji yang mencarum dalam KWSP boleh keluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 untuk tampung kos kerja haji

Kerajaan akan terus menyediakan subsidi bersasar iaitu diberikan kepada mereka yang layak sahaja

Elaun bertugas anggota biasa dan pegawai pasukan simpanan angkatan tentera dinaik RM6 dan RM7.80 sejam dari RM4 dan RM5.80 sejam sebelum ini

Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan terima bayaran insentif khas RM200 sebulan bermula 1 Januari depan

Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek

Diskaun 50% ke atas tambang penumpang & kenderaan komersil angkut barang feri Sarawak-Labuan-Sabah

Nota: Tidak semua intipati belanjawan yang dibentangkan sempat eXception masukkan… Kita nantikan akhbar perdana pagi esok… Yang pasti… esok akhbar Utusan Malaysia paling laku dan cepat habis… Ha ha ha ha ha!! Apapun… Terima kasih Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Hj Najib Razak…

Kerajaan BN Meminggirkan Sekolah Agama Rakyat?

Tinggalkan komen

Benarkah Dakwaan Kerajaan Barisan Nasional Meminggirkan Sekolah Agama Rakyat Dari Menerima Peruntukan?

Banyak kedengaran fitnah-fitnah yang dijaja oleh puak yang kononnya memperjuangkan Islam kononnya Kerajaan BN meminggir SAR dari menerima peruntukan… Semua fitnah hanya main ikut sedap mulut dan ikut sedap hati agar orang yang membaca marahkan Kerajaan Barisan Nasional…

Fitnah sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak PAS ni, ibarat makan nasik, sehari tak fitnah rasa tak lengkap hidup… Di sini eXception tunjukkan antara muka-muka yang kerjanya dok tabur fitnah… Lepas tu bila fitnah tersebut dipangkah dan ditunjukkan bukti, tukang fitnah terus spin cerita lain… Kemudian memutar belitkan kenyataan eXception… Macam lahanat perangai…

Nama budak ni dalam Facebook ialah Afif Cakka… Budak ni eXception tengok tak berapa pakar sangat dalam bab memfitnah ni… Sebab apa yang difitnahnya mudah sahaja dipangkah balik dengan fakta yang benar…

Inilah perangai sebenar juak-juak PAS… Mereka akan sedaya upaya cuba spin satu-satu kenyataan untuk divert issue… Mereka juga sedaya upaya mempertahankan fitnah yang mereka lemparkan dengan apa cara sekalipun… Supaya ianya nampak benar…

Berikut adalah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional tak pernah meminggirkan SAR…

Tiada batasan politik salur bantuan kepada SAR

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

SAR dapat peruntukan RM95j

Bajet 2012:Yuran Pendidikan Di Sekolah Rendah Dan Menengah Kerajaan Dimansuhkan

Dalam Bajet 2012 juga ada peruntukan untuk semua sekolah:

Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion.

Najib berkata bagi Kementerian Pelajaran,
peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9
bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah
terdiri daripada
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Kenyataan DS Najib dalam Bajet 2012, semua jenis sekolah akan dapat peruntukan… Cuma DS Najib tidak highlight Sekolah Agama Rakyat. Ianya tidak bermakna SAR dipinggirkan… Sedangkan dalam Bajet 2011 sudah ada peruntukan untuk SAR…

Soalnya sekarang… Bagaimanakah PAS membelanjakan peruntukan yang diberikan Kerajaan BN untuk SAR… Adakah benar-benar untuk pembangunan SAR atau untuk ini?

Atau ini?

Kepada Afif Cakka, teruskanlah menyebarkan fitnah… Anda merupakan role model cyber trooper PAS yang sememangnya kaki fitnah…

Keluarga Pahlawan Tok Janggut Dipinggirkan Kerajaan PAS Kelantan

Tinggalkan komen

PAS Kelantan Dok Sibuk Tadah Derma Untuk Poket Sendiri. Keluarga Pahlawan Tok Janggut Pula Dipinggirkan

PASIR PUTEH: Cicit saudara pejuang kemerdekaan, Tok Janggut kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Darang Buaya, Gaal, dekat sini, akibat angin ahmar sejak dua tahun lalu tanpa mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Selain menderita sakit lumpuh separuh badan, Sulaiman Ismail, 80, dihimpit kemiskinan dan perlu memakai lampin pakai buang selepas isterinya, Halimah Muda, 74, semakin uzur untuk menguruskannya.

Walaupun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, dua anak saudara yang dipelihara sejak kecil, Wan Yusof Wan Ahmad, 24, dan Noriza Mamat, 39, membantu Halimah dalam menguruskan Sulaiman.

Selain Sulaiman, abangnya, Hassan, 85, kini terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal.

Sulaiman berkata, dia dan Hassan tidak mahu dilabelkan sebagai ‘penumpang populariti’ datuk saudara mereka kerana arwah ayah mereka, Ismail, antara cucu saudara paling disayangi Tok Janggut.

Katanya, sepanjang hayat ayahnya, ramai individu, pengkaji sejarah termasuk pihak muzium datang berkunjung ke rumahnya bagi mengkaji perihal kehidupan Tok Janggut, selain turut menjanjikan pelbagai bantuan.

“Namun sehingga kini tiada bantuan dihulurkan, menyebabkan hidup kami berdua ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

“Dulu ketika masih gagah, saya menoreh getah bagi menyara kehidupan keluarga, namun sejak menderita sakit dua tahun lalu, saya tidak mampu melakukan kerja itu, menyebabkan kami bergantung hidup pada Noriza yang kini bekerja sebagai pembantu asrama sekolah,” katanya.

Menurutnya, RM300 diperlukan bagi membeli lampin dan juga ubat namun masih tidak mencukupi berikutan kenaikan harga barangan, menyebabkan dia terpaksa menggadaikan barangan kemas isterinya.

“Pernah ada individu menawarkan untuk membeli sebilah keris pusaka milik Tok Janggut dengan harga mencecah puluhan ribuan ringgit, namun saya enggan menjualnya kerana diamanahkan arwah ayah supaya terus menjaganya sebaik mungkin.

“Keris bermata lurus sepanjang 0.3 meter dengan berat 800 gram itu pernah digunakan Tok Janggut ketika menentang askar Inggeris, di mana sarungnya diperbuat daripada kayu Semeru Tunggal manakala hulunya dihasilkan daripada kima, iaitu sejenis spesies siput laut,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di makam Tok Janggut di hilir Pasir Pekan, Tumpat mendapati hanya dua papan tanda arah iaitu di jalan utama dan jalan masuk ke makam diletakkan oleh pihak berwajib hinggakan pengunjung, terutama dari luar Kelantan, sering tersesat jalan.

Kedudukan makam dari jalan utama dianggarkan sejauh 1.2 kilometer dan pengunjung perlu mendapat petunjuk jalan daripada penduduk kampung jika tidak mahu kenderaan kehabisan minyak.

Jika sebelum ini makam Tok Janggut terbiar hingga kawasan sekitarnya dipenuhi semak, namun ia kelihatan terpelihara sejak pihak muzium membina pagar serta meletakkan batu hiasan di sekelilingnya.

Mengikut fakta sejarah, Tok Janggut atau nama sebenarnya, Mat Hassan Munas dilahirkan di Kampung Saring, Jeram sebelum dibesarkan di Istana Raja Jeram oleh ayahnya yang juga Panglima Tengku Seri Maharaja Jeram.

Tok Janggut mempelajari ilmu pendekar daripada Datuk Mingkong Bujur Legeh manakala didikan agama daripada Panglima Munas sendiri.

Semangat menentang penjajah mendapat sokongan cicit pengasas kerajaan Kelantan iaitu Tengku Besar Jeram.

Kehadiran sekumpulan pejuang dari Pahang yang menjadi buruan Inggeris pada 1890-an sebelum bersembunyi di Jeram turut menyemarakkan semangatnya menentang penjajah.

Antara paling sensitif ialah pengenaan cukai kepala RM1 seorang setahun, pokok buah-buahan tiga sen setahun, kelapa tiga sen setandan dan sireh lima sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram diambil alih seorang pegawai tadbir British dari luar Kelantan dikenali sebagai Latiff bagi menggantikan Tengku Besar.

Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai terlalu lambat sehingga berlarutan tiga hari menyebabkan Tok Janggut enggan membayar cukai sebelum Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai Sarjan Sulaiman atau Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib bagi menemui Tok Janggut pada 29 April 1915.

Dalam pertemuan itu, pergelutan berlaku yang menyaksikan Che Wan terbunuh, menyebabkan Tok Janggut dan pengikut setianya semakin bersemangat untuk ‘menyerang’ Latiff di Pasir Puteh.

Namun, Latiff meloloskan diri ke Kota Bharu sebelum bantuan ketenteraan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dihantar ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.

Pertempuran sengit berlaku di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh pada 25 Mei 1915 menyaksikan kebangkitan Tok Janggut, menyebabkan Sultan Kelantan pada masa itu merasai dirinya terancam, selain menganggap pejuang kemerdekaan itu sebagai penderhaka.

Bagaimanapun, Tok Janggut menemui ajal dalam pertempuran di Kampung Pupuh sebelum mayatnya dibawa ke Kota Bharu menggunakan kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Selepas digantung secara tergantung daripada kaki ke bawah selama beberapa hari di depan istana di Padang Bank atau Padang Merdeka, mayat Tok Janggut akhirnya dikebumikan di hilir Pasir Pekan.

Sumber: Harian Metro


Aduhai… Kasihan sungguh dengan nasib keluarga Pahlawan Tok Janggut (Allahyarham Haji Mohd Hassan) yang dipinggirkan Kerajaan Kelantan tanpa sebarang bantuan… Apa lagi ketika ini PAS sedang giat mengutip derma dari rakyat untuk PRU nanti yang dikatakan sebagai derma jihad…

Tapi apakan daya… PAS lebih mengangkat komunis sebagai wira dan pejuang menentang penjajah berbanding Pahlawan Tok Janggut… Mungkin jika yang terlantar merempat ialah keluarga Chin Peng, Mat Indera atau Rashid Maidin, sudah pasti PAS Kelantan akan bantu dengan segera…

Kepada Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia… eXception merayu agar Datuk Seri dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga Pahlawan Tok Janggut. Tak perlulah sampai menunggu keluarga Pahlawan Tok Janggut ini merayu-rayu di kaca tv memohon simpati… Sepatutnya Kerajaan Malaysia membantu keluarga Pahlawan Tok Janggut ini… Berapa sangatlah bantuan yang diberikan kepada keluarga Pahlawan Tok Janggut ini… Tidaklah sampai jutaan ringgit, cukuplah sekadar diberikan bantuan rawatan sewajarnya terhadap cicit saudara Pahlawan Tok Janggut serta bantuan kepada keluarga yang kesempitan dengan sewajarnya…

Jika Kerajaan Malaysia mampu menghantar bantuan kemanusiaan ke Somalia, mengapa di Kelantan yang jaraknya lebih dekat dari Somalia tidak boleh? Di harap, bantuan sewajarnya segera diberikan. Sedikit-sebanyak kita menghargai perjuangan Pahlawan Tok Janggut menentang penjajahan…

Kerenah Birokrasi Punca Murtad?

Tinggalkan komen

Kerenah Birokrasi Dalam Pemberian Bantuan Punca Murtad?


Kes murtad Lina Joy – siapakah dalangnya? Orang kafir!!

Isu murtad bukan satu isu baru, malah ianya sudah berlarutan sejak sekian lama… Malah ada kalangan saudara baru yang memeluk Islam kemudian berpaling semula ke pegangan asal…

Apakah puncanya? Siapakah badan yang bertanggungjawab membantu mereka? Dimanakah badan yang sepatutnya membimbing dan membantu mereka?

Sebenarnya banyak kisah disebalik isu murtad ini. Kebanyakan yang murtad adalah kalangan mereka yang hidup susah dan merempat. Mereka tidak mempunyai tempat bergantung. Maka sudah menjadi tanggungjawab baitulmal membantu mereka… Mengapa baitulmal agak liat menghulurkan bantuan? Adakah duit yang diamanahkan kepada baitulmal itu milik baitulmal?


Birokrasi tak berkesudahan

Antara keluhan yang sering kedengaran ialah kerenah birokrasi dalam baitulmal. Malah ada kalangan pegawai dalam baitulmal yang banyak kerenah dan keberatan untuk membantu, seolah-olah asnaf tersebut satu beban bagi mereka. Mereka anggap tugas yang sepatutnya mereka sandang sebagai beban dan enggan melayani asnaf-asnaf yang memohon bantuan. Malah ada kedengaran cerita yang pegawai baitulmal ini cukup berkira dalam pemberian bantuan. Jika asnaf tersebut memiliki telefon bimbit, peti ais, televisyen… mereka sudah menganggap ianya tanda kemewahan dan asnaf tersebut tidak layak mendapat bantuan…

Pada tahun 2010, Pusat Pungutan Zakat MAIWP membuat kutipan sebanyak RM 275.6 Juta manakala PPZ Selangor pula membuat kutipan sebanyak RM 336.8 Juta. Setiap tahun mereka mengumumkan kutipan yang dicatat, tetapi kemanakah wang tersebut? Mengapa masih ramai asnaf-asnaf tidak dibantu? Mengapakah prosedur baitulmal begitu ketat, seolah-olah kita mahu membuat pinjaman dari bank… Walhal ianya bukan duit baitulmal, cuma baitulmal sebagai pemegang amanah sahaja untuk mengagihkan wang zakat tersebut kepada asnaf…

Cuba kita fikir, pernahkah baitulmal mengiklankan di surat khabar tentang cara memohon bantuan dari mereka? Tidak ada… Pernahkah ada pegawai baitulmal datang ke rumah-rumah membuat bancian? Tidak ada… Jadi apakah sebenarnya tugas mereka? Adakah hanya masuk kerja, punch card, duduk menghadap komputer, kemudian sampai waktu balik, pulang ke rumah?


Duduk dalam pejabat berhawa dingin, bersenang-lenang

Jika kita tanya kepada orang ramai tentang lokasi pejabat baitulmal, adakah mereka boleh membantu menunjukkan arah? Sudah pasti ada yang tidak tahu di mana letaknya pejabat baitulmal. Tidak seperti bank yang mempunyai banyak cawangan di merata-rata tempat. Sedangkan pejabat baitulmal sendiri susah nak mencarinya. Jadi bagaimana asnaf hendak meminta bantuan?

Jadi di sini, kepada pegawai baitulmal yang bertanggungjawab. Di akhirat kelak anda semua bakal ditanya, kemanakah wang zakat tersebut diagihkan… Sebab ianya tanggungjawab anda untuk mengagih-agihkan wang zakat tersebut. Anda hanya tahu duduk bersandar di atas kerusi di dalam bilik berhawa dingin tanpa berusaha untuk mencari dan membantu asnaf. Kemudian jika ada snaf ingin memohon bantuan, anda enggan melayan… Jika sikap ini ditunjukkan, maka ANDA SEMUA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB ATAS BILANGAN UMAT ISLAM YANG MURTAD!!

Pautan lain berkaitan:
Pujukan gereja
Kerenah Birokrasi, Dimanakah Silapnya?
Wahai Warga Baitulmal dan Pusat Zakat, Bangunlah!!
Kutipan Zakat Selangor 2010 Berjumlah 336.8 Juta