Ostad PAS Bocorkan Soalan Dalam Kubur??

Tinggalkan komen

Ostad PAS Bocor Soalan Dalam Kubur?? Biar Betul!!

Wahhh!! Dasat la ostad PAS ni… Mungkin dia pernah mati dan kena tanam… Lepas tu hidup balik… Kalau tak, tak mungkin dia tahu soalan bocor dalam kubur??

Hanya orang yang sudah mati sahaja akan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nankir di dalam kubur… Ini bermakna… Ostad PAS ini ialah………

ZOMBA!!!

Advertisements

Nama Je Ustaz, Tapi Kuat Fitnah

Tinggalkan komen

Ustaz Khawarij PAS Kuat Fitnah. Macam Tok Garu Dia Jugak

Aku terbaca artikel yang ditulis di dalam blog Pisau: Ustaz Khawarij PAS Pembohong Fitnah, berkenaan artikel fitnah di di dalam blog Ustaz Saiful Bahri, totok khawarij PAS yang kuat memfitnah kerajaan dengan mengatakan berlaku kenaikan harga minyak bulan September yang lepas.

Aku tak hairan sangat, walaupun bergelar USTAZ tapi mulut memang tahap longkang tak tersumbat… Busuk!! Sepatutnya orang yang bergelar ustaz ni menunjukkan teladan yang baik, menasihati orang lain supaya tidak membuat fitnah… Tapi totok PAS ni… Walaupun ada title Ustaz, dia menggunakan title tersebut untuk menyebarkan fitnah… Sila baca artikel di dalam blog khawarij PAS ni: Minyak naik lagi! BN pencekik dalam senyap. Kita ada hanya 2 pilihan!

Ini adalah antara kenyataan di dalam blog khawarij PAS ni:


Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Semua tahu bahawa kenaikan harga minyak telah diumumkan pada Julai yang lepas. Tetapi khawarij PAS ni mengambil kesempatan menyebarkan fitnah mengatakan kenaikan harga minyak berlaku dalam senyap semasa isu pembunuhan Datuk Sosilawati sedang hangat di perkatakan.

Aku percaya, fitnah ni disebarkan supaya rakyat mengalihkan perhatian dari isu pembunuhan Datuk Sosilawati kepada isu kenaikan harga minyak yang kononnya berlaku pada bulan Ramadhan lepas…

Banyak komen yang mengutuk kenyataan fitnah yang dibuat oleh khawarij PAS ni langsung tidak dijawab bagi menjelaskan cerita yang disampaikan itu adalah benar… Nampak sangat khawarij PAS ni suka baling batu sembunyi tangan…

Ulamak jenis apakah ini?

Tinggalkan komen


Sumber: http://kedahtertipu.blogspot.com
Terima Kasih Kepada: Pak Ngah Santan

Pak Ngah nak kongsi sikit penulisan seorang hamba Allah yang Pak Ngah jumpa di satu forum di internet.

Rasulullah SAW di dalam beberapa hadisnya ada menyebut bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-Hadis sanggup mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil. Mereka itu adalah ulamak yang sesat dan menyeleweng.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat, “apakah amal perbuatan yang paling utama?” Baginda menjawab, “Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan.” Sahabat berkenaan bertanya lagi, “manusia yang bagaimana yang paling buruk?” Baginda menjawab, “ulama yang selalu membuat kerosakan.” (Hadis Riwayat Jamaah).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad.” (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: “mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?” Dia menjawab: “Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beberapa peringatan berkenaan menunjukkan wujudnya ulama yang tidak menepati ciri-ciri ulama. Apa yang penting ialah ilmu dan penghayatannya serta niat seseorang. Ulama yang berhati bersih, jujur, teguh pendiriannya dan mengutamakan Allah serta RasulNya tetap berpegang teguh pada prinsip dan amanah. Mereka memahami bahawa Allah melaknat mereka jika taraf ulama yang ada pada diri mereka diselewengkan.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka.” (al-Baqarah-159)

Ulama yang menunjukkan sikap jujur, bersih dan ikhlas demi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam, mereka inilah yang termasuk dalam golongan yang disebut sebagai “Ulama warasatul anbiyaa”.

Bagaimanapun, ulama yang mengingkari perjanjian dengan Allah serta mempunyai niat untuk kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ilmunya yang tinggi perlulah kembali ke pangkal jalan. Mereka perlu menghayati sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya.” (Hadis Riwayat Dailami )

Pak Ngah harap mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulamak kenalah sentiasa menginsafi diri bagi mengelakkan mereka tergolong di kalangan Ulamak Jahat. Lebih-lebih lagi bagi ulamak yang terlibat dengan politik dan menjadi pemimpin sesebuah negeri. Jangan dok ingat nak himpun kekayaan sewaktu ada kuasa menjadi pemimpin sesuatu negeri kot nanti tersilap langkah. Biasalah bila dah jadi ahli politik ni kenalah bohong sikit-sikit walaupun tak banyak, kekadang tu terpengatruh juga dengan hasutan hawa nafsu yang ingin menjadi kaya. Jadikan lah Rasulullah SAW sebagai idola jangan kita terpedaya dengan hasutan iblis, syaitan dan hawa nafsu.

Allah hu’alam bissawab.

eXception: So membaca artikel di atas, kita dah dapat bayangkan Rasulullah dah tahu terdapat golongan ulamak seperti ini di dunia nanti. So fikirlah sendiri. Para penyokong PAS janganlah terlalu taksub dengan kewarakan yang pura-pura pemimpin anda.