Bermesra Dengan Bini Sendiri Kini Menjadi Satu Dosa?

Tinggalkan komen

Bermesra Dengan Bini Sendiri Kini Menjadi Satu Dosa?

Jika dulu Datuk Noh Omar yang menari dengan isteri sendiri menjadi satu dosa yang tak terampun…

Kini meriba bini sendiri pula menjadi satu kesalahan dan dosa yang tak terampun…

Itulah mentaliti pencacai DAP dari parti PAS…

Apabila mempersoalkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud meriba isterinya sendiri…

Tetapi apa boleh buat…

Sudah menjadi dasar di kalangan ahli PAS dan PKR umumnya, yang HALAL menjadi HARAM… Yang HARAM menjadi HALAL…

Maka tak hairanlah jika ada kalangan pemimpin PAS dan PKR yang melakukan perbuatan mungkar dipuja dan dijulang bagaikan wira…



Manakala jika kalangan pemimpin Islam dalam BN sendiri melakukan perkara yang tidak menyalahi agama, tetapi dihentam hebat bagai ianya satu dosa yang tidak terampun…

Inilah dasar perangai khawarij… Mereka akan menghalalkan apa sahaja perkara yang menguntungkan mileage politik mereka… Tak kira ianya HARAM atau melanggar akidah sekalipun…

Artikel Berkaitan:

Fatwa Baru PR: Haram Menari Dengan Bini Sendiri…

Al Kisah… Dunia Sudah Tunggang Terbalik… Believe It!!

Advertisements

Kekantoian Fitnah Paling Melucukan!!

Tinggalkan komen

Kekantoian Fitnah Paling Melucukan!!

Pencacai Pakatan Anak Haram Jadah dok mainkan isu dalam gambar di bawah…

Kononnya meja anak yatim sebelum berbuka dan semasa berbuka sama sahaja… Kosong…

Tapi yang parianya pencacai Pakatan Anak Haram Jadah ni…

Apsal suasana semasa anak yatim tu berbuka terang benderang??

Kat luar tengok hari cerah lagi…

Masih siang lagi…

Tu berbuka ikut waktu mana plak tu??

Uganda?? Kenya?? Sri Lanka?? Pakistan??

Ha ha ha ha ha!! Kekantoian fitnah paling kelakar di abad ini…

Kot nak fitnah pun beragak la TOLOL!!

Kah kah kah kah kah!! Cuba lagi ya, Kim Jung Woo!!

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

1 Komen

Panas!! MyVi Dijual Di Israel??

Mohd Sayuti Omar tak habis-habis dengan fitnah… Bulan Ramadhan pun nak fitnah… Tengoklah kenyataannya di bawah ini berkenaan gambar di atas…

Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy… kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.

Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?
Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Mungkin Mohd Sayuti Omar dilahirkan untuk memperbodohkan dirinya atau memperbodohkan orang lain… Kenderaan di atas bukan Perodua MyVi… Berdasarkan design belakang, ianya jelas ialah Daihatsu Boon…



Di bawah ini barulah MyVi…





Nak fitnah tu beragak la sikit… Lain kali selidik dulu sebelum sebar fitnah…

Satu lagi nak beritahu… Perodua TIDAK PERNAH MENCIPLAK DESIGN dari pengeluar lain seperti Daihatsu dan Toyota… CIPLAK bermaksud menggunakan design kereta tanpa kebenaran… Tetapi Perodua sudah mempunyai perjanjian dengan Daihatsu dan Toyota untuk menggunakan design kedua-dua pengeluar itu untuk produk keluaran Perodua. Jika tidak, sudah lama Perodua sudah diheret ke Mahkamah kerana melanggar Akta Hakcipta…

Kepada Mohd Sayuti Omar… Len kali nak fitnah tu, biarlah nampak REAL…

Sumber Fitnah: Mohd Sayuti Omar Wall Photos

Permohonan Maaf Blogger Milo Suam Tak Ikhlas??

Tinggalkan komen

Permohonan Maaf Blogger Milo Suam Tak Ikhlas??

Selepas kantoi dengan isu lambang salib terbesar di Putrajaya semalam, blogger Milo Suam telah membuat permohonan maaf…

Tapi permohonan maaf macam ni, seolah-olah tidak ikhlas… Permohonan maaf paling sambil-lewa yang pernah eXception baca… Sudah la mengelirukan pembaca blog dengan artikel tahap sampahnya itu… Itulah lain kali jangan main hentam sahaja… Siasat dulu… Selidik dulu… Tapi bila dah kemaruk sangat nak menghentam kerajaan, sampai membelakangkan fakta… Maka ibarat terlajak perahu… kita boleh undur lagi… Tapi terlajak kata, lu pikir la sendiri…

Jadi sempena Ramadhan ni, sebaiknya Milo Suam kurangkan le artikel berunsur fitnah dalam blog tu… Jangan dek kerana mengejar berita sensasi, sampai diri kita tersadung kaki sendiri, jatuh terjelepuk atas tahik lembu…


Milo Suam Tersembam?? (Gambar Hiasan)

Artikel berkaitan: Lambang Salib Terbesar Di Putrajaya??

Pak Lebai Mencuri?? Semua Salah UMNO… Takdir…

Tinggalkan komen

Pak Lebai Mencuri… Pak Lebai PAS Kah??

Video di atas menunjukkan aksi seorang pakcik yang memakai kopiah yang sedan asyik mencuri…

Dia tak sedar aksinya sedang dirakam oleh CCTV…

Akhirnya kantoi…

Adakah ini lebai PAS?? Tengok dari kopiahnya kaler hijau…

Biasalah… Jika benar ahli PAS yang mencuri sudah pasti UMNO jugak disalahkan…

Segala apa yang berlaku pada pemimpin atau ahli PAS, pasti UMNO jadi kambing hitam…

Isk isk isk… Semua salah UMNO… Takdir…

Kekantoian Fitnah Pencacai Pakatan Haram Jadah

Tinggalkan komen

Kekantoian Fitnah Pencacai Pakatan Haram Jadah

Pencacai Pakatan Haram Jadah kelihatan sudah terdesak dalam mencipta fitnah… Terbaru… Gambar di bawah dijadikan modal politik mereka dengan harapan pengguna Facebook di Malaysia tidak mengetahui ianya berlaku di Indonesia…

Nampaknya Jom Lawan Umno sudah terdesak untuk memastikan Al-Juburi menawan Putrajaya… Tanpa segan-silu dia menyebar gambar di atas dan tag ramai kalangan cybertrooper BN… Tapi sayang… Dia melakukan satu kesilapan besar… Cybertrooper BN semuanya bijak… eXception dah jangka gambar ini akan digunakan oleh pencacai PR sejak dulu lagi… Akhirnya telahan itu tepat…

Korang boleh tengok gambar tersebut sementara Jom Lawan Umno masih tak padam lagi… Jom Lawan’s photos

Untuk pencerahan… Sila layari laman web ini: Think the school run is bad? Children face Indiana Jones-style river crossing EVERY day after floods cut off their community dan di sini Serius Indo – Gigih Ke Sekolah Walaupun Jambatan Runtuh

Apa nak buat… Bila dah kantoi senyap je la… Ha ha ha ha ha ha… Pastu esok tabut fitnah baru plak…

Permainan Kotor Portal Pembangkang Fitnah DS @NajibRazak…

Tinggalkan komen

Malaysiakini Sebar Fitnah Tentang Kenyataan Najib Dalam Portalnya

Malaysiakini tak habis-habis buat fitnah… Hari ini seluruh blog pencacai Pakatan Rakyat menyiarkan artikel di bawah ini… Sila lihat bahagian bertanda kotak merah. Inilah bahagian sengaja ditokok tambah wartawan Malaysiakini… eXception pasti setiap sidang akhbar Datuk Seri Najib, kenyataan tersebut boleh diperolehi di portal media lain, seperti Bernama, Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online atau Sinar Harian Online…

Akan tetapi artikel di bahagian bertanda kotak merah tidak ada langsung dalam mana-mana portal online yang eXception sebutkan tadi… Kecuali di bahagian perenggan bawah, di bawah tajuk Pinda Perlembagaan.

Jika tak percaya, klik hasil carian Google yang eXception lakukan berdasarkan keyword: ‘Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.’, Google Search

Jika dicari keyword pada perenggan bawah pula… Iaitu: ‘Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.’, Google Search

Hasil carian akan menjumpai artikel di dalam portal Sinar Harian dan Berita Harian Online… Jelas sekali Malaysiakini sudah kantoi memfitnah… Ini demi mewujudkan kemarahan rakyat terhadap Datuk Seri Najib… Memandangkan Datuk Seri Najib tidak pernah menyaman mana-mana media milik pembangkang dalam memfitnahnya… Maka Malaysiakini begitu berani melakukan fitnah ini kerana jelas DS Najib takkan menyaman mereka…

Sumber fitnah: Najib pertahan p’raya di musim haji

Sumber benar:
Najib: ‘Tiada apa-apa sekat kerajaan adakan PRU lebih awal’

Wajib buat pindaan

Older Entries