Kenapa Makcik Ini Menangis?? Apa Kaitan Dengan Bersih 3.0?

4 Komen

Terima Kasih Ambiga… Kamu Dah Hancurkan Harapan Bakal Haji Malaysia…

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi kini sedang menimbang untuk mengenakan sekatan atau mengantung kemasukan jemaah haji dan umrah dari negara ini berikutan tindakan segelintir penyokong Bersih 3.0 yang menggunakan kawasan Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk berkumpul bagi aktiviti berbau politik.

Layanan istimewa dan kuota tambahan kepada jemaah haji Malaysia dan individu yang melakukan umrah ke Tanah Suci Mekah juga mungkin berakhir gara-gara sikap penyokong Bersih 3.0 baru-baru ini.

Kebimbangan dan tindakan susulan yang dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi dalam isu itu telah disampaikan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Fahad A. H. Al-Rashid kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada pertemuan antara kedua mereka Jumaat lalu.

“Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia,” katanya selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam, Selasa.

Jamil Khir berkata, perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak “kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.

Beliau berkata, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Jamil Khir berkata, kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka.

Katanya, sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.

Perhimpunan untuk pelancaran Bersih 3.0 di Mekah diadakan di hadapan premis Restoran D’Saji, Hotel Al Safwa manakala di Madinah pula ia diadakan di perkarangan Masjid Nabawi.

Perhimpunan itu walaupun diadakan untuk tempoh masa yang singkat, tetap telah dikesan oleh pihak Istikhbarat Al-Fedaraliyah atau unit cawangan khas negara itu.

Bukti-bukti kukuh dimiliki pihak penyiasat negara itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Restoran D’Saji dan Masjid Nabawi.

Selain kebimbangan melibatkan jemaah haji, wujud maklumat mengatakan bahawa kemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh kerana pihak berwajib sedang mengumpul maklumat penyertaan mereka bedasarkan gambar-gambar yang dirakam dari CCTV yang berada di D’Saji dan Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa negara itu juga sedang mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (penaja) para pelajar dan profesional yang terbabit dalam perhimpunan tersebut bagi penjelasan lanjut.

Kerajaan Arab Saudi yang menerima kunjungan ratusan juta jemaah haji dan umrah setiap tahun dari segenap pelusuk dunia, mempunyai tahap sensitiviti yang amat tinggi terhadap aktiviti politik di kalangan jemaah.

Istikhbarat Al-Fedaraliyah sentiasa memantau aktiviti yang disifatkan kurang sihat sebagai mengelak berlaku sebarang insiden yang tidak baik dikalangan jemaah pelbagai mazhab dan fahaman politik.


eXception tak mampu nak kata apa-apa lagi… Hanya satu sahaja mahu eXception katakan…

TERIMA KASIH AMBIGA…
KAU DAH HANCURKAN HARAPAN BAKAL HAJI MALAYSIA DISEBABKAN AGENDA KAMU…
MAKA KEMUNGKINAN TAHUN INI TIADA JEMAAH HAJI MALAYSIA DAPAT MENUNAIKAN HAJI…
TERIMA KASIH SEKALI LAGI…

Kuota Umrah & Haji Malaysia Bakal Dikurangkan Akibat Bersih 3.0

Tinggalkan komen

Kuota Umrah & Haji Malaysia Bakal Terjejas Akibat Bersih 3.0


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai demonstrasi haram bersih di Masjid Nabawi di Madinah, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 1 Mei – Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram itu baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih di lokasi berkenaan.

Dakwa blog tersebut, kebanyakan mereka yang mengaku sebagai aktivis Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah itu terdiri daripada penuntut-penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian Islam tajaan kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.

‘‘Segala bukti-bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang disebar melalui Internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.

‘‘Berdasarkan perkembangan itu, kemungkinan besar semua penuntut Malaysia terbabit dan mereka yang mendapat tajaan kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya. Bagi yang bukan penuntut tajaan pula, mereka mungkin dikenakan tindakan lain termasuk diusir keluar dari Arab Saudi.

‘‘Kes itu bakal menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ia boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat,’’ dakwa blog itu.

Blog terbabit mendakwa, pihak kedutaan Malaysia di Arab Saudi juga difahamkan telah dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut selain para penaja penuntut tersebut.

‘‘Seperti yang kita semua maklum, dua pelancaran Bersih 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis perhimpunan itu di Mekah dan Madinah pada 26 April lalu.

‘‘Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan Bersih 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keprihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dalam pilihan raya tidak terhenti di Malaysia sahaja,’’ dakwanya.

Dakwa blog itu, pelancaran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah telah disempurnakan oleh beberapa pemimpin sebuah parti politik tanah air dengan peserta perhimpunan memakai baju berwarna kuning.

‘‘Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong Bersih 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya,’’ dakwanya.

Sumber Utusan Malaysia


Seperti dijangka, tindakan ‘bijaksana’ pemimimpin dalam PAS bakal menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi… Kemungkinan kuota umrah dan haji Malaysia samaada dikurangkan atau ditarik balik oleh Arab Saudi disebabkan insiden tersebut…

Terima kasih banyak-banyak atas ‘kebijaksanaan’ korang menganjurkan Bersih 3.0 di Arab Saudi… Kepada pelajar dan mereka yang berkerja di Arab Saudi dan terlibat dalam insiden ini, dipersilakan mengemas beg baju anda… Kerana anda bakal dihantar pulang secara paksa…

Apapun… SEMUA SALAH UMNO… TAKDIRRR…