Hanya Keturunan Syaitan, Iblis dan Jin Sahaja Bencikan Bacaan Ayat Suci Al-Quran

3 Komen

Syaitan, Iblis dan Jin Amat Bencikan Bacaan Ayat Suci Al-Quran

Baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan agar melarang bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara.

Malah… Ulamak Tersohor… Tok Garu juga bersetuju dengan tindakan tersebut yang dipercayai didalangi oleh khalifah tersohor, iaitu Khalifah Umar Lim…

eXception tak rasa hairan sangat… Sebab ianya pernah berlaku di Selangor di mana seorang Ahli Parlimen mengarahkan laungan azan diperlahankan…

eXception lagi tak heran… Sebab… Sudah menjadi kelaziman, syaitan, iblis, jin kafir dan keturunannya cukup bencikan ayat-ayat suci Al-Quran… Malah ada jin kafir yang berasa panas bila mendengar ayat Al-Quran… Malah syaitan juga akan bertempiaran lari apabila mendengar laungan azan…

Jadi tak perlu lagi kita persoalkan mengapa, kenapa mereka tidak sukakan bacaan ayat suci Al-Quran serta laungan azan… Sebab…

MEREKA ADALAH KALANGAN KERABAT SYAITAN, IBLIS DAN JIN KAFIR YANG DILAKNAT ALLAH

Advertisements

Letak Jawatan Atau Terima Bala Dari Tuhan – Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang

9 Komen

Ular-Mak PAS Menyalahgunakan Fungsi Solat Hajat Untuk Menjahanamkan Sesama Islam

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera. – Malaysiakini

Ular-Mak-Ular-Mak PAS tidak sudah-sudah menyalahgunakan kesucian Agama Islam. Kini mahu menyalahgunakan fungsi solat hajat yang pada zahirnya fungsi sebenar ialah memohon sebarang perkara yang diingini dan dihajati kepada Allah. Solat Hajat adalah untuk kita memohon perkara-perkara yang baik untuk diri kita serta orang lain. Tetapi bukan disalahguna bertujuan jahat untuk melaknat orang lain.

Andai ini berlaku, sudah jelas PAS memang tak memahami langsung Islam… PAS hanya bertopengkan Islam dan kopiah serta serban untuk berlagak alim, tetapi di sebalik kopiah serta serban, tersembunyi tanduk syaitan. Sifat dengki, iri hati, dendam dan marah adalah sifat syaitan. Maka tak hairanlah jika sekarang kita boleh gelarkan PAS adalah Parti Ajaran Syaitan…

Adakah dengan memohon kepada Allah melaknat sesama Islam ada dalam ajaran Islam? Rasulullah SAW juga tak pernah melaknat penduduk Thaif yang pernah menghalau Baginda serta merejam Baginda dengan batu. Malah Rasulullah SAW memaafkan mereka dan berdoa kepada Allah agar mereka akan mendapat hidayah dari Allah nanti. Tetapi tidak bagi Parti Ajaran Syaitan ini… Konsep menghalalkan cara mereka amat bertentangan dengan syariat dan ajaran Islam… Masih adakah juak-juak PAS yang mempertahankan tindakan ini yang jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam?

PAS nak bantu DAP fahami Islam, tapi pada masa yang sama tak kisah DAP hina Islam

17 Komen

PAS to help DAP understand Islam

KOTA BARU: PAS will organise forums and talks to help its ally DAP understand Islam better, said PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

He said as a partner in the Opposition pact, PAS was taking a better approach to explain to the DAP leaders so that they would understand the religion better.

On claims that DAP leaders had allegedly insulted Islam, Nik Aziz said DAP was not an Islamic party and would probably also have shallow understanding of the religion.

However, the PAS spiritual leader blamed Muslim leaders who rejected Islamic teachings to the extent of polluting the religion and causing non-Muslims to misinterpret its holy teachings.

“(If) DAP has insulted Islam (it is) because they (leaders) are not Muslims. What is more insulting is when the Muslims reject Islam,” he said.

“We will do this through forums, talks and discussions,” he said.

Nik Aziz also slammed certain quarters who labelled PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim as traitor.

He said, if there was something wrong with the implementation of PKR’s policy, then that should be the topic of argument, not make personal attacks on Anwar.

“Why do they have to launch personal attacks? They should go and attack the policy. I am ashamed of the Malays who launched the personal attacks,” he added. — Bernama

PAS nak bantu DAP fahami Islam, tetapi pada masa yang sama PAS langsung tidak kisah DAP menghina dan mencerca Islam. Apa kes ni? Adakah PAS benar-benar ikhlas nak bantu DAP memahami dan menghayati Islam? Tapi Islamkah PAS? PAS hanya Islam pada nama partinya, lambang Islam PAS hanya pada serban dan jubah yang menyelubungi kepura-puraan pemimpin PAS. Islam PAS hanya berceramah dan mencerca orang yang tidak disukainya secara terbuka setiap malam. Islam PAS tidak kisah berkerjasama dengan kafir harbi DAP yang jelas menentang Islam dan menolak negara Islam. Islam PAS sanggup berkerjasama dengan syaitan yang direjam semata-mata jika syaitan menyokong apa yang dilakukan oleh PAS. Itulah Islam PAS. Layakkan PAS hendak bantu DAP yang keras hatinya menerima Islam?

Ulamak jenis apakah ini?

Tinggalkan komen


Sumber: http://kedahtertipu.blogspot.com
Terima Kasih Kepada: Pak Ngah Santan

Pak Ngah nak kongsi sikit penulisan seorang hamba Allah yang Pak Ngah jumpa di satu forum di internet.

Rasulullah SAW di dalam beberapa hadisnya ada menyebut bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-Hadis sanggup mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil. Mereka itu adalah ulamak yang sesat dan menyeleweng.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat, “apakah amal perbuatan yang paling utama?” Baginda menjawab, “Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan.” Sahabat berkenaan bertanya lagi, “manusia yang bagaimana yang paling buruk?” Baginda menjawab, “ulama yang selalu membuat kerosakan.” (Hadis Riwayat Jamaah).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad.” (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: “mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?” Dia menjawab: “Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beberapa peringatan berkenaan menunjukkan wujudnya ulama yang tidak menepati ciri-ciri ulama. Apa yang penting ialah ilmu dan penghayatannya serta niat seseorang. Ulama yang berhati bersih, jujur, teguh pendiriannya dan mengutamakan Allah serta RasulNya tetap berpegang teguh pada prinsip dan amanah. Mereka memahami bahawa Allah melaknat mereka jika taraf ulama yang ada pada diri mereka diselewengkan.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka.” (al-Baqarah-159)

Ulama yang menunjukkan sikap jujur, bersih dan ikhlas demi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam, mereka inilah yang termasuk dalam golongan yang disebut sebagai “Ulama warasatul anbiyaa”.

Bagaimanapun, ulama yang mengingkari perjanjian dengan Allah serta mempunyai niat untuk kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ilmunya yang tinggi perlulah kembali ke pangkal jalan. Mereka perlu menghayati sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya.” (Hadis Riwayat Dailami )

Pak Ngah harap mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulamak kenalah sentiasa menginsafi diri bagi mengelakkan mereka tergolong di kalangan Ulamak Jahat. Lebih-lebih lagi bagi ulamak yang terlibat dengan politik dan menjadi pemimpin sesebuah negeri. Jangan dok ingat nak himpun kekayaan sewaktu ada kuasa menjadi pemimpin sesuatu negeri kot nanti tersilap langkah. Biasalah bila dah jadi ahli politik ni kenalah bohong sikit-sikit walaupun tak banyak, kekadang tu terpengatruh juga dengan hasutan hawa nafsu yang ingin menjadi kaya. Jadikan lah Rasulullah SAW sebagai idola jangan kita terpedaya dengan hasutan iblis, syaitan dan hawa nafsu.

Allah hu’alam bissawab.

eXception: So membaca artikel di atas, kita dah dapat bayangkan Rasulullah dah tahu terdapat golongan ulamak seperti ini di dunia nanti. So fikirlah sendiri. Para penyokong PAS janganlah terlalu taksub dengan kewarakan yang pura-pura pemimpin anda.