Cuti Umum 31 Disember 2010

2 Komen

Hadiah Kepada Rakyat Sempena Meraikan Kemenangan Malaysia Dalam AFF Suzuki Cup

Sempena meraikan kemenangan pasukan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup semalam, Datuk Seri Najib telah mengumumkan untuk memberi cuti umum pada 31 Disember 2010…

Terima kasih banyak-banyak Datuk Seri Najib… Apapun ianya juga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada rakyat Malaysia amnya yang bersemangat untuk menyokong pasukan bola sepak negara terutama sekali sewaktu perlawanan di Bukit Jalil yang lepas…

Malaysia Menang Agregat 4 – 2

Tinggalkan komen

Tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya kerana menang secara agregat 4 – 2 kepada Indonesia walaupun kalah di pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno… Mata kemenangan 3 – 0 semasa di Bukit Jalil tempoh hari memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia…

Tahniah kepada Safee Salee kerana banyak menyumbangkan gol dan memastikan kemenangan Malaysia di Bukit Jalil tempoh hari… Walaupun aku agak kecewa dengan corak permainan yang agak hambar di Gelora Bung Karno, yang dipamerkan Malaysia sehingga dihukum oleh Indonesia dengan 2 gol menembusi gawang Malaysia…

Tahniah juga kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang berhempas-pulas untuk memastikan gawang Malaysia tidak ditembusi dengan mudah… Aksi yang dipamerkan oleh Khairul Fahmi Che Mat wajar dipuji kerana banyak menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi…

Bravo Harimau Malaya!! Bravo K. Rajagopal!! Bravo FAM!!

Ayuh Sokong Pasukan Malaysia!!

Tinggalkan komen

Ngauman Harimau Malaya Bakal Menggegar Gelora Bung Karno

Malam ini perlawanan akhir kedua antara Malaysia dan Indonesia bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno… Adakah Pasukan Harimau Malaya ini bakap mencipta magis seperti yang berlaku di Bukit Jalil beberapa hari yang lalu?

Aku harap Pasukan Harimau Malaysia tidak sesekali gentar dengan gelagat penyokong-penyokong Indonesia yang rata-ratanya berperangai seperti MONYET… Tak ubah perangai ahli politik pembangkang di Malaysia ni… Mungkin kalangan ahli politik pembangkang di Malaysia berasal dari Indonesia, maka tak hairanlah perangai monyet tersebut dibawa sampai ke parlimen…

Aku yakin, Pasukan Harimau Malaya mampu menunjukkan belang dan kuku yang sudah lama disimpan… Malaysia pasti akan mempertahankan kemenangan yang diperolehi di Bukit Jalil tempoh hari. Aku yakin Malaysia Boleh!!

Apapun bagi penyokong pasukan Malaysia yang sudah berada di Stadium Bung Karno, aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi turun ke Indonesia semata-mata mahu memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia… Bagi yang tak turun, ayuh kita berkumpul di hadapan kaca tv dan kita penuhkan kedai-kedai mamak dan warung-warung tepi simpang yang menyiarkan siaran langsung yang bakal dibawakan oleh RTM malam ini…

Mari kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi agar memberikan kemenangan kepada Pasukan Harimau Malaya… Amin… Semoga keberanian berada di pihak kita… Ciptakanlah magis sekali lagi supaya dapat menutup mulut pengkritik-pengkritik yang kerap mencemuh mutu pasukan negara…

Kepada Ultras Malaya… Aku harap perbincangan anda dengan Ultraman berjaya untuk menembak sinaran laser ke mata penjaga gol Indonesia… Kita pastikan dia tidak nampak bola… Ha ha ha ha… Bravo Ultras Malaya!!

Akhbar Indon Penipu Tahap Tak Ingat…

2 Komen

Wartawan Indon Yang Bodoh Berayun-Ayun

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana mempamerkan aksi perlawanan yang sangat hebat… Atas aksi tersebut maka wajarlah Malaysia dianugerahkan 3 gol berbalas 0… Tahniah kepada skuad K. Rajagopal… Buktikan kemampuan pasukan Malaysia di Bung Karno nanti…

Hari ini, kecoh dalam akhbar Indon, TribunNews.com yang menunjukkan gambar sinaran laser yang kononnya semasa perlawanan antara Malaysia dan Indonesia semalam (26 Disember 2010)… Sila tengok gambar di bawah.

Kemudian sila baca berita dari akhbar bebal Indon ini pulak: Ini Dia Foto Laser yang Menghebohkan Itu?

Dari gambar ni korang boleh lihat kebanyakan penonton memakai baju warna putih berbanding penyokong Malaysia yang memakai baju warna kuning…

Korang baca pulak berita ni: Fifa 2010: Spectators target coach Maradona, Messi & other players with laser

Jelas sekali wartawan Indon sengaja mahu mencetuskan api kemarahan kalangan penyokong Indonesia dan mengapi-apikan permusuhan antara Malaysia dan Indonesia dengan harapan agar berlakunya huru-hara dan pergaduhan besar melibatkan antara penyokong Malaysia dan penyokong Indonesia… Niat wartawan TribunNews jelas mempunyai agenda tersembunyi…

Apapun dah nama wartawan Indon, macam tu lah perangainya… Penipu besar dan tak boleh dipercayai langsung…

Begitu juga dengan dakwaan penjaga gol Indon semalam… Kononnya ada sinaran laser menyuluh matanya… Dakwaan hanyalah dakwaan untuk melengah-lengahkan perlawanan dan membakar api kemarahan penonton Indonesia sekaligus memburukkan nama penyokong Malaysia…

Adakah penyokong Indonesia tak suluh laser kat muka penjaga gol Malaysia? Korang tengok video ni yang dirakam semasa perlawanan Malaysia dan Indonesia yang mana Malaysia kalah 1 – 5 kepada Indonesia… Ada kitaorang bising satu dunia pasal laser ni?? Korang tengok rakaman minit 4.06 dan seterusnya… Korang akan lihat laser hijau dihalakan ke muka penjaga gol Malaysia…

Terima kasih:

[ GAMBAR ] Penyokong Malaysia Menyuluh Goal Keeper Indon Dengan Laser

Gambar Sinar Laser di Bukit Jalil PALSU

Nik Aziz, Undur Diri Je Lah….

3 Komen

Minta Nik Aziz Letak Jawatan Sebagai MB Kelantan

Semalam eXception agak terkejut apabila mendapat maklumat mengatakan Nik Aziz dimasukkan ke hospital dan dikatakan tenat… Tak tahulah eXception jika maklumat tu sahih atau tak…

Apapun aku berharap Pok Nik segera sembuh… Walaupun berbeza pandangan politik, tetapi sebagai orang Islam, eXception WAJIB mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saudara se Islam yang lain, walaupun BERBEZA pandangan dan haluan politik… Walaupun banyak kontroversi yang dicipta oleh Pok Nik, itu adalah urusan beliau dengan ALLAH SWT…

Memandangkan Pok Nik ni dah uzur, bak kata orang… Rumah Kata Pergi… Kubur Kata Mari… Seeloknya meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan. Berilah laluan kepada kepada orang lain… Sedangkan Samy Vellu pun nak letak jawatan sebagai Presiden MIC… Sebab Samy Vellu tahu, lagi lama dia dok atas, makin ramai yang ‘menyampah’… Oleh itu sebelum orang ‘menyumpah’ seranah, maka Samy Vellu mengambil keputusan bijak dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC… Pok Nik bila lagi??

Berilah peluang kepada orang yang lebih muda untuk menerajui Kelantan… eXception tengok, Kelantan masih lagi mundur… Bekalan air pun nak kena tunggu 17 tahun lagi baru dapat bekalan air bersih… Kesian rakyat Kelantan… Terpaksa minum air yang berkeladak… Sedangkan negeri-negeri lain sudah menikmati bekalan air bersih selama berdekad lamanya di bawah Kerajaan Persekutuan…

Ingatlah Pok Nik, kita ni usia bukan makin lama makin muda, tapi bertambah tua… Pangkat dan jawatan tak menjamin kita di akhirat kelak… Melainkan amal dan ibadah kita… Jadi kesempatan yang ada ni, ambillah peluang untuk merenung semula diri… Takde manusia yang maksum di muka bumi sekarang… Seorang pun tak terlepas dari melakukan dosa tanpa sedar atau secara sedar…

P/S: Maaf pembaca blog sekelian, lama eXception tak update… Seminggu bercuti pulang ke kampung…