Perkara Yang Cuba Juak PR Sembunyikan Dari Kita Selama Ini…

2 Komen

Apa Yang Cuba Juak PR Sembunyikan Dari Kita Selama Ini…

Juak-juak Pakatan Rakyat cuba mengelirukan kita kononnya penganjur menjemput kumpulan K-Pop Dal Shabet membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia 2012 adalah satu maksiat… Seolah-olah mereka mengata diri mereka lebih BERSIH dari Barisan Nasional…

Tetapi mereka mungkin cuba sembunyikan bahawa Kerajaan Selangor pernah menjemput kumpulan K-Pop Wonder Girls membuat persembahan di MTV World Stage di Selangor…

Perlu diketahui bahawa MTV World Stage di Selangor adalah pentas di mana artis-artis Antarabangsa dan Tempatan membuat persembahan… Yang mula-mula mencetuskan idea MTV World Stage ni tak lain tak bukan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri… Inilah yang cuba disembunyikan oleh juak-juak Pakatan Rakyat… Kalau boleh perkara ini biar tertutup rapat tak dimasuki angin…

Berikut adalah senarai artis jemputan sepanjang penganjuran MTV World Stage di Selangor…

Artist lineups MTV World Stage 2010: Live In Malaysia

Katy Perry
Tokio Hotel
Bunkface (Malaysian band)
Wonder Girls (South Korean girl band)

Artist lineups MTV World Stage 2011: Live In Malaysia

30 Seconds to Mars
Neon Trees
Pop Shuvit (Malaysian band)
BEAST (South Korean boy band)

Artist lineups MTV World Stage 2012: Live In Malaysia

Justin Bieber
Mizz Nina (Malaysian singer)
Jay Park (South Korean singer)
KARA (South Korean girl band)

Berikut adalah penerangan mengenai MTV World Stage…

MTV World Stage is a global series that brings multi-genre talents with global relevance to an audience in over 550 million households. Recorded “live” at the most exclusive gigs, world renowned music festivals and unique concert locations from around the world, MTV World Stage is the “front row seat” for music lovers to experience the biggest artists on the globe without leaving the comfort of their sofas.

On August 15, 2009, MTV Asia staged the first ever outdoor MTV World Stage Live In Malaysia at Sunway Lagoon Resort in Kuala Lumpur. The event was attended by over 15, 000 fans. The 2011 event took place in I-City.

Terdapat percanggahan fakta dalam wikipedia ini yang mengatakan Sunway Lagoon Resort terletak di Kuala Lumpur, hakikatnya Sunway Lagoon Resort di dalam Selangor…

Itu baru di Selangor… Malah Kelantan juga tak kurang hebat dengan artis-artis K-Pop (Kelate Pop)…

Sebut sahaja nama Rosalinda, Wani, Elyana… Semua rakyat Kelantan mesti kenal… Klip-klip video mereka bersepah dalam You Tube…

Tapi macam biasalah… Apabila dipersoalkan pasal K-POP kat Kelantan ni… Juak-juak PR dok berdolak-dalik… Mereka memusing cerita dengan mengatakan bukan semua rakyat Kelantan orang PAS… Yang eXception dok pertikaikan, kenapa Nik Aziz, sebagai MB Kelantan buat tak tahu wujudnya video ni? Dah bertahun video-video ni wujud…

Kepada juak-juak PR… Korang toksah la nak pusing cerita banyak-banyak… Terimalah hakikat seadanya yang korang bahawa serban di atas kepala sekadar lakonan untuk menutup tanduk yang tumbuh… Korang jangan le anggap diri korang tu sempurna sangat… Kitaorang pun tak pernah anggap pemimpin kitaorang ni sempurna segalanya… Yang paling sempurna, ialah Rasulullah SAW…

Nota: Err… Berapa juta pula ya Kerajaan Selangor bayar artis-artis di atas untuk membuat persembahan ya, Anak Sungai Derhaka?? Nantikan jam 3 petang nanti, artikel eXception yang bakal melibas artikel Anak Sungai Derhaka…

Advertisements

Konsert K-Pop Wonder Girls Di I-City Shah Alam??

1 Komen

Konsert K-Pop Di MTV Stage I-City Shah Alam. PAS Digesa Segera Bantah

SHAH ALAM: Konsert MTV World Stage di i-City, Seksyen 7 di sini pada 24 Julai ini akan dapat membantu dalam mempromosi bandar raya Shah Alam di peringkat antarabangsa, kata Datuk Bandar Datuk Mohd Jaafar Atan.

Beliau berkata, konsert yang akan membabitkan artis-artis antarabangsa itu dijangka mampu menarik tumpuan orang ramai di seluruh dunia kepada bandar raya Shah Alam.

“Kepercayaan yang diberikan membuktikan bahawa Shah Alam dan i-City khususnya diiktiraf sebagai lokasi yang dilengkapi dengan kemudahan kelas pertama untuk sebarang acara bertaraf antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis penerangan media berhubung penganjuran konsert itu di i-City di sini, Rabu.

Beliau berkata, penganjuran konsert bertaraf antarabangsa itu sejajar dengan impian untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar berpengetahuan dan impian antarabangsa.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, pemilihan i-City yang dikenali sebagai “Bandar Cahaya Digital” sangat bersesuaian dengan suasana lampu yang ceria dan menjadi tumpuan remaja.

“Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada konsert ini. Beberapa aktiviti membabitkan remaja dan belia juga akan dianjurkan bagi tujuan menyampaikan mesej yang berguna,” katanya lagi.

Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah ’30 Second To Mars’ iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.

Dalam edisi tahun lalu yang berlangsung di Sunway Lagoon Resort, antara yang mengambil bahagian ialah bintang pop Amerika Katy Perry, kumpulan rock dari Jerman, Tokio Hotel dan kumpulan sensasi Korea, Wonder Girls.

Sumber: Konsert MTV World Di I-City Shah Alam 24 Julai Depan


Pemimpin PAS Selangor digesa segera mengemukakan bantahan kepada Menteri Besar Selangor berkenaan dengan penganjuran konsert K-POP di MTV World I-City Shah Alam pada 24 Julai nanti.

Jika semasa Himpunan Jutaan Belia yang lepas PAS antara yang kuat menyalak apabila kumpulan K-POP Dal Shabet menjadi artis jemputan untuk membuat persembahan.

Kali ini eXception mahu lihat, adakah pemimpin PAS bersungguh-sungguh, ataupun hanya sekadar ‘RETORIK’ sahaja… Jangan bula bantah macam melepaskan batok di tangga pula…

Apapun… eXception cabar pemimpin PAS agar segera BANTAH KONSERT INI… Ataupun korang digelar sebagai BACHOL!!!

Wasotiyah Najib VS Wasotiyah Nik Aziz

21 Komen

Wasotiyah Najib VS Wasotiyah Nik Aziz

Gambar di atas tersebar di dalam Facebook yang menunjukkan aksi penyanyi K-POP dari Korea iaitu Dal Shabet yang memakai pakaian agak menjolok mata dan ketat… Mereka beraksi sebagai artis jemputan semasa Himpunan Sejuta Belia 2012 baru-baru ini… Sepatutnya Putrajaya sebagai tuan rumah, perlu menasihati Dal Shabet supaya memakai baju kurung dan bertudung semasa melakukan persembahan…

Putrajaya perlu mencontohi artis-artis Kelantan yang penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan… Artis-artis Kelantan tersangat sopan berbanding dengan Dal Shabet yang kita sedia maklum yang mereka ini semua bukan Islam… eXception harap pada sambutan Hari Belia tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan perlu menjemput artis-artis Kelantan pula beraksi di atas pentas… Nama-nama mereka memang tak asing lagi… Sebut sahaja Rosalinda, Elyana, Wanie, Erna, Erma serta Ain… Semua orang pakat kenal belaka… Dibandingkan dengan Dal Shabet yang bukan Islam, mereka lebih bersopan dan melambangkan budaya sebenar Islam PAS…

Lihatlah gambar-gambar dari video klip artis-artis ni… Cukup hebat… Inilah artis Kelantan hasil asuhan Tok Guru Nik Aziz sejak dari PASTI lagi… Maka lahirlah artis yang ‘cukup bersopan’ ini…