Nak Sertai Solat Hajat Pun Kena Bayar Yuran!?

Tinggalkan komen

Nak Sertai Solat Hajat Pun Kena Bayar Yuran!?

Macam-macam cara ostad-ostad PAS ni nak cari duit… Antaranya termasuklah mengenakan bayaran kepada mereka yang hendak menyertai solat hajat menjelang peperiksaan untuk para pelajar sekolah dan IPT. Selama ni, tak pernah pulak eXception dengar solat hajat dikenakan yuran…

Lepas tu dapat pulak sebotol air penerang hati, yang hakikatnya cuma air mineral biasa sahaja dengan alat-tulis yang budgetnya tak sampai RM 10 pun…

Memang bijak ostad-ostad PAS ni mencari duit ya? Ye lah… Duit dalan KOHILAL pun dah hilang… Apa lagi duit tabung Memali pun kena songlap… Tu belum kira duit peruntukan dari kerajaan persekutuan yang disalurkan kepada kerajaan negeri, entah banyak mana agaknya di pulun… Campur pulak dengan hasil balak… Lagi bertambah kata ostad-ostad PAS…

Manakan tidak, ada yang mampu bergaya dengan kereta mahal seperti Mercedes, Toyota Alphard dan lain-lain lagi… Lepas tu dalam ceramah dok kecing kat rakyat kononnya kerajaan persekutuan ZALIM sebab sekat peruntukan untuk kerajaan PR… Yang bodoh pakat bercaya bulat-bulat… Main ikut telan je taik kambing bulat-bulat yang disuap oleh ostad-ostad PAS…

Advertisements

Kesian Nik Aziz… Kesian Kelantan… Semua Salah UMNO… Takdir!!

Tinggalkan komen

Kesian Nik Aziz… Kesian Kelantan… Semua Salah UMNO… Takdir…

Sedih eXception melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terpaksa bersolat di atas rumput dek kerana bilangan masjid-masjid Kelantan kurang dan ada yang sudah mulai uzur dimamah usia… Menitis air mata melihat betapa khusyuk dan tawaduk (bukan dibuat-buat ya!!) Tuan Guru bersolat seorang diri hanya dipayungi pokok-pokok dan beralaskan sejadah yang kusam dan kelihatan buruk, membayangkan kedaifan Tuan Guru…

Segala kemewahan yang dicanang seperti kononnya memiliki kereta rasmi yang mahal adalah tidak tepat dan berunsur… Fitnah… Kereta ini bukan kereta Tuan Guru… Malah gambar orang tua tak sedar diri di bawah juga bukan gambar Tuan Guru… Itu adalah penyamar dari UMNO yang menyerupai Tuan Guru…

Hakikatnya kereta Tuan Guru sangat daif… Malah lebih daif dari kereta di bawah ini…

Malah… UMNO sebenarnya menjadi punca Kelantan tidak mempunyai masjid… Ini kerana UMNO telah memberikan peruntukan kepada Kelantan tanpa memikirkan peruntukan tersebut BUKAN DISALURKAN UNTUK MEMBINA MASJID… Akan tetapi peruntukan itu disalurkan bagi membina BERHALA-BERHALA!! UMNO tidak langsung bertanya adakah peruntukan yang diberi disalurkan untuk membina masjid atau tidak… Malah UMNO juga mendiamkan diri apabila dipersoal pembaziran dengan membina banyak masjid-masjid berbanding Kelantan yang membina banyak berhala-berhala…

Malah UMNO juga langsung tidak bertanya kemanakah peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Kerajaan Kelantan untuk menaik taraf bekalan air, tetapi sehingga kini tahap air di Kelantan amat menyedihkan… Mengapa UMNO membiarkan wang rakyat dibazirkan macam tu sahaja?? Itu wang pembayar cukai negara!! Sepatutnya UMNO perlu bertegas dengan Kelantan dengan mengenakan syarat yang sangat ketat sebelum menyalurkan peruntukan…

Kesian Nik Aziz… Kesian Kelantan… Semua Salah UMNO… Takdir!!

Beza Antara Manusia Jiwa Kacau & Jiwa Merdeka

Tinggalkan komen

Beza Antara Manusia Jiwa Kacau & Jiwa Merdeka

Di sini eXception ingin mengajak pembaca semua mengenali dua golongan ini… Iaitu golongan Jiwa Kacau dan golongan Jiwa Merdeka… Kedua-dua golongan ini mempunyai sikap dan hati yang berbeza-beza… Ayuh kita lihat…

Manusia Jiwa Kacau

Ciri-Ciri

– Hatinya tidak tenang dan bersih
– Sentiasa bersangka buruk
– Suka berdalih
– Suka menabur fitnah
– Suka melakukan perkara yang di larang oleh Agama
– Sentiasa anggap diri lebih sempurna dari segi iman dan taqwa berbanding orang lain
– Perasaan sentiasa dikongkong oleh kebencian
– Apabila berkumpul suka melakukan keganasan

Manusia Jiwa Merdeka

Ciri-Ciri

– Hatinya sentiasa tenang dan bersih
– Sentiasa bersangka baik
– Suka merendah diri
– Suka berkata sesuatu yang benar
– Menjauhi melakukan perkara yang di larang oleh Agama
– Sentiasa anggap diri masih belum sempurna dan berusaha untuk memperbaiki diri
– Perasaan sentiasa tawaduk dan berserah sepenuhnya kepada Allah
– Apabila berkumpul suka melakukan ibadah