Sotong ‘Khurafat’ Paul Mati

Akhirnya sotong kurita yang bernama Paul yang membawa kepada kepercayaan khurafat tentang pasukan pemenang dalam perlawanan Piala Dunia telah mati.

Sotong tersebut mati di dalam akuariumnya berkemungkinan kerana stress dengan tugasnya yang selalu dipergunakan untuk melakukan perkara khurafat iaitu menilik pasukan mana yang akan menang dalam satu-satu perlawanan di dalam Piala Dunia.

Walaubagaimanapun kepercayaan khurafat terhadap sotong Paul ni telah berjangkit kepada PR terutamanya totok-totok PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi mempercayai perkara khurafat… Lihat sahaja gambar di bawah ini…

Ketaksuban melampau terhadap ‘kuasa’ sotong Paul melampaui kepercayaan terhadap kuasa Allah… Dek kerana terlalu taksub dengan sotong khurafat ini, maka direkanya gambar di atas kononnya sotong khurafat ini memilih PR… Keh keh keh keh… Ramai kalangan totok-totok PAS memuji ‘kebijaksanaan’ sotong tersebut memilih PR… Nama sahaja Islam, tetapi percaya kepada perkara khurafat…

Apapun, Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mengenangkan jasa sotong Paul ini. Di sini aku ingin bagi satu idea yang bernas kepada Pusat Hidupan Laut Oberhausen cara untuk mengenang sotong khurafat ini, sila lihat gambar di bawah….

Di atas adalah cadangan paling bernas dari aku… ‘Kebumikan’ sahaja sotong ini di dalam kuali, jadikannya sambal sotong. Dek keenakan sambal sotong ini aku percaya ramai yang akan ‘mengingati’ keenakan sambal Paul, si sotong khurafat, jika di makan bersama nasi lemak dan kopi o…

Advertisements