Bajet: ‘Rosmah’ dapat RM111 juta, SAR RM95 juta

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet ‘istemewa’.

Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Petikan: Harakah Daily

Inilah dia kebodohan dan kejumudan puak-puak PAS yang tak reti berfikir asyik dok bangkang-bangkang 24 jam tanpa kira kebaikan program Permata ini.

Puak-puak jumud ni seolah-olah tak mahu anak-anak kita menjadi bijak. Mereka mahu anak-anak kita mewarisi kebodohan PAS sejak turun temurun.

Program Permata ini bukan di bawah Datin Seri Rosmah, tetapi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Datin Seri Rosmah mungkin cuma Penaung Permata. Tidak ada keuntungan yang diperolehi beliau dari program ini.

Di bawah adalah maklumat berkaitan program ini:

1. Apakah itu PERMATA? PERMATA merupakan satu program pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kerajaan Malaysia. Program ini menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mengeksperimen dan mengalami melalui permainan.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan anak ke Pusat Anak PERMATA Negara? Orang ramai perlu mengisi borang permohonan kemasukan anak ke PAPN yang boleh didapati di semua PAPN tersebut dan menghantar ke pejabat Sekretariat PERMATA atau ke PAPN yang terdekat. Borang ini juga boleh dimuat turun dari laman web PERMATA dari sub menu muat turun.

3. Apakah syarat-syarat untuk melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara? Syarat-syarat yang melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara adalah seperti berikut:-
a) Jarak rumah ke PAPN adalah berdekatan,
b) Berumur di antara 1 hingga 5 tahun,
c) Pendapatan ibu bapa tidak melebih RM 1,500.00,
d) Merupakan warganegara Malaysia, dan
e) Sihat fizikal dan mental

4. Saya berminat dengan kanak-kanak. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di Pusat Anak PERMATA Negara? Calon yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar resume mereka ke pejabat Sekretariat PERMATA setelah iklan mengenai kekosongan jawatan diiklankan.

5. Bagaimanakah sistem pembelajaran di PERMATA? Kurikulum PERMATA menekankan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi 6 aspek perkembangan iaitu:-
• sosio-emosi dan kerohanian,
• bahasa dan literasi awal,
• pra-matematik dan logik,
• sensori dan pemahaman dunia persekitaran,
• estetika dan kreativiti, dan
• motor kasar dan halus

6. Apakah kelayakan guru-guru Pusat Anak PERMATA Negara? Guru di PAPN dikenali sebagai Pendidik PERMATA. Mereka terdiri daripada lepasan ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang tetapi diutamakan kepada mereka yang mempunyai latar belakang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia selain daripada STPM dan SPM. Mereka kemudiaannya wajib mengikuti Kursus Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA).

7. Siapakah yang mengendalikankan kursus tersebut? Kursus tersebut dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak dengan usahasama Bahagian PERMATA.

8. Apakah tujuan Program PERMATA diwujudkan? Program PERMATA diwujudkan bertujuan untuk menyediakan Malaysia dengan modal insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
• holistik dan seimbang,
• mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia,
• berintelektual tinggi,
• mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,
• bijak bergaul,
• sihat jasmani, dan
• suci rohani.

9. Apakah keistimewaan Program PERMATA? Antara keistimewaan Program PERMATA adalah seperti berikut:-

• Program PERMATA dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling.

• Ibu bapa memainkan peranan penting di dalam program PERMATA kerana mereka perlu terilbat secara aktif di dalam aktiviti anak-anak di PAPN sekurang-kurangnya 4 jam sebulan seperti yang dipersetujui dalam surat akujanji.

• Kaedah meneroka, mengeksperiman dan mengalami melalui permainan yang ditekankan di dalam kurikulum pembelajaran PERMATA adalah amat bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak.

10. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk kemasukan anak ke Pusat PERMATA? Buat masa ini tiada bayaran dikenakan kerana program ini adalah bertaraf projek perintis.

11. Agensi manakah yang menggubal struktur Kurikulum PERMATA? Jawatankuasa Teknikal dan Kurikulum dan Penyelidikan PERMATA bertanggungjawab menggubal dan menambahbaik kurikulum PERMATA Negara serta membuat penilaian atas hasil pembelajaran di Pusat Anak PERMATA Negara melalui penyelidikan dan kajian penilaian. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Aminah Ayob, Naib Censelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dibantu oleh Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC), UPSI.

12. Mengapakah kebanyakan Pusat Anak PERMATA Negara diwujudkan di kawasan luar bandar? Antara sebab kebanyakan PAPN ini diwujudkan di kawasan berikut adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di kawasan luar dan pinggir bandar mendapatkan pengasuhan dan pendidikan awal yang bermutu dan baik.

13. Mengapa PERMATA menekankan konsep penglibatan ibu bapa? Penglibatan ibu bapa adalah amat penting dalam membantu dan menggalakkan proses pembelajaran anak serta menjamin kelangsungan penerapan ilmu yang diterapkan di PAPN untuk dipraktikkan di rumah pula.

14. Adakah Pusat Anak PERMATA Negara terbuka kepada semua kaum? Ya. PAPN terbuka kepada semua kaum di Malaysia.

15. Apakah perbezaan Pusat PERMATA dengan pusat asuhan kanak-kanak yang lain? PERMATA menekankan konsep asuhan dan didikan secara integrasi kepada kanak-kanak manakala kebanyakan pusat asuhan biasa hanya memberikan perkhidmatan asuhan semata-mata. Selain itu, penglibatan aktif ibu bapa dititikberatkan di dalam program PERMATA.

16. Bilakah waktu operasi bagi Pusat Anak PERMATA Negara? Waktu operasi bagi PAPN adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sekiranya ibu bapa terlewat mengambil anak di pusat PERMATA melebihi jam 5.30ptg, bayaran sebanyak RM 3.00 akan dikenakan.

17. Adakah kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara akan memperoleh sijil apabila tamat pembelajaran? Kanak-kanak PERMATA akan dianugerahkan sijil tamat program PERMATA sekiranya mereka berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka di Pusat Anak PERMATA Negara

Maklumat lanjut: PERMATA


Di sini aku nak jelaskan, peruntukan yang diberi kepada Permata bukan untuk kantung Datin Seri Rosmah, beliau hanya Penaung, bukan Presiden, Pengerusi, Bendahari dan lain-lain jawatan… Penaung hanya bertindak sebagai penasihat dan guidance di dalam sesebuah pertubuhan.

Janganlah kita biarkan anak-anak kita mewarisi kejumudan dan kebangangan puak PAS ni, yang tak reti nak berfikir dan hanya tahu dok bangkang 24 jam.

Kenapa PAS perlu mempertikaikan bantuan terhadap SAR (Sekolah Agama Rakyat) sebanyak RM 95 juta? Dah kira nasib baik la kerajaan bagi. Apa yang PAS buat terhadap SAR? Apa sumbangan PAS terhadap SAR? Berapa jutakah peruntukan yang PAS pernah salur kepada SAR?

Kepada pemimpin PAS, cermin muka sendiri sebelum nak mempertikaikan sesuatu. Jangan berterusan mendedahkan topeng kebodohan anda di hadapan rakyat. Lama-kelamaan rakyat pasti akan muak dengan pandangan jumud PAS.