Pencacai PR Kecut Telur… Sivaji The Boss Cool Jer… Apa Kes?

Tinggalkan komen

Pencacai Pakatan Anak Haram Jadah Serang Ceramah Zulkifli Noordin

Buletin Utama merupakan saluran berita yang paling digeruni oleh Pakatan Rakyat dek kerana banyak menelanjangkan kepincangan parti tersebut serta kecelaruan pemimpin mereka. Malam tadi Buletin Utama menyiarkan insiden serangan semasa Zulkifli Noordin sedang memberi ceramah mengenai pendedahan fitnah Anwar terhadap Najib…

Rupa-rupanya pencacai pakatan anak haram ni kecut telur, bila Zulkifli Noordin berterusan menelanjangkan sivaji the boss mereka iaitu Anwar dalam siri ceramahnya… Mengapa mereka harus kecut telur, sedangkan Sivaji The Boss pujaan mereka tetap cool…

eXception juga hairan yang teramat sangat. Mengapa Anwar tetap cool dan steady walaupun Zulkifli Noordin membogelkannya dalam ceramah? Setelah disiasat… Inilah rahsia Anwar yang tidak ‘KECUT TELUR’ apabila konspirasinya dalam merencanakan fitnah terhadap Datuk Seri Najib dibongkar…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Rahsia Anwar tidak kecut telur... telurnya panjang dan lambat mengecut...

Rahsia Anwar tidak mudah ‘KECUT TELUR’ adalah kerana ‘TELURNYA PANJANG’ dan lambat ‘MENGECUT’

Advertisements

Altantuya: Siapa Dalang Fitnah DS Najib dan DS Rosmah?

3 Komen

Isu Altantuya. Siapa Dalang Fitnah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah?

Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari… Belum pun reda dengan isu Datuk Zahrain Mohd Hashim mendedahkan perancangan Al-Juburi yang menggunakan cara kotor untuk merampas Malaysia.

Kini digemparkan lagi dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Beliau turut mendakwa, beliau telah ditawarkan sejumlah habuan yang besar untuk berbuat demikian.

“Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.

“Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

“Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut,” kata Zulkifli.

Malah beliau juga mendakwa, pernah menarik diri dari mewakili dua tertuduh dalam kes berkenaan iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan operal Sirul Azhar Umar oleh kerana ada ‘pihak ketiga’ cuba mengganggu usahanya mewakili tertuduh.

“Sebab itulah saya menarik diri daripada meneruskan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan saya mustahil untuk bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut,” katanya lagi.

Apapun terima kasih kepada YB Zulkifli Noordin kerana berani mendedahkan perkara yang sebenar. Kini sudah jelas di depan mata kebenaran yang dicari. Sememangnya Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah langsung tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam pembunuhan Altantuya.

Oleh itu siapakah dalang yang didakwa oleh YB Zulkifli Noordin ini, supaya menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah? Aku harap seperti kenyataan YB Zahrain yang mendakwa Al-Juburi menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong dalam melaksanakan misinya, Pemuda UMNO harus membuat laporan Polis bagi menyiasat dakwaan YB Zulkifli ini dan sekaligus mengheret pemfitnah yang mereka-reka cerita mengenai pembunuhan Altantuya ini ke muka pengadilan.

Lagi berita:

Zulkifli Noordin akan jumpa, minta maaf kepada PM
Kes Altantuya: Zul dakwa diminta kaitkan PM, Rosmah