Desak Nik Aziz Segerakan Perlaksanaan Hudud!

Tinggalkan komen

Ayuh Kita Desak Nik Aziz Segerakan Perlaksanaan Hudud Di Kelantan

MB Kelantan dengan nada yang lantang lagi tegas membangkitkan kembali niatnya untuk melaksanakan hudud yang telah terkubur sejak sekian lama sejak berpeluk dengan kafir harbi DAP… Mungkin Nik Aziz merasakan hudud PAS diperlukan untuk membenteras kes jenayah yang berleluasa atau sekadar retorik untuk menarik semula undi orang melayu kepada PAS…

Apapun alasannya, eXception di sini ingin mengajak semua rakan-rakan sekelian untuk menyokong dan sekaligus mendesak agar Nik Aziz menyegerakan perlaksanaan hudud mengikut acuan PAS di Kelantan… Kami mahu Kelantan menjadi role model negeri yang berjaya melaksanakan hudud… Jika terbukti hudud yang dilaksanakan mengikut acuan PAS, BERJAYA MEMBENTERAS 99.99 % kes-kes jenayah di Kelantan serta mengurangkan kadar penagihan dadah dan bilangan pesakit HIV di sana… Satu petisyen untuk mendesak YAB Perdana Menteri Malaysia supaya segera menukar undang-undang sedia ada kepada undang-undang hudud mengikut acuan PAS…

eXception juga mahu Kerajaan Barisan Nasional memberikan lampu hijau kepada MB Kelantan untuk melaksanakan hudud mengikut acuan PAS di Kelantan. Kerajaan Barisan Nasional boleh jadikan Kelantan sebagai medan ujian keberkesanan undang-undang hudud ala PAS ini…

Jika hudud ala PAS ini berjaya dilaksanakan di Kelantan, eXception mahu orang pertama yang bakal didakwa mengikut undang-undang hudud ialah Mat Sabu. Jika dulu dia terlepas kerana kesilapan teknikal, maka kali ini tidak akan ada kesilapan teknikal lagi, jika kesemua saksi yang membuat serbuan di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu tampil semula. Tuduhan Mat Sabu berzina dengan Normah akan didengari semula mengikut undang-undang hudud.

Kemudian dakwaan terhadap ADUN Selising yang didakwa berzina di dalam koc keretapi juga akan didengari semula… Maka akan dipanggil semula semua saksi yang membuat serbuan… Dan kedua-dua pesalah ini bakal dikenakan hukuman REJAM SAMPAI MATI…

Bagi orang yang menyonglap duit rakyat pula dan orang yang memungut derma untuk poket sendiri hukuman potong tangan perlu dilaksanakan…

eXception juga mahu semua pusat judi di Kelantan ditutup dan diharamkan terus. Kedai menjual arak juga ditutup terus dan lesen dibatalkan. Pusat pelacuran di Kota Bharu terutamanya di Jalan Hamzah dan Kg Limau Manis hendaklah diserbu dan semua pesalah hendaklah didakwa tanpa pilih kasih.

Jika hukum hudud yang mahu dilaksanakan mengikut acuan PAS ini benar-benar telus tanpa memilih kasih atau sebarang pengecualian hukuman pada orang-orang tertentu, maka wajarlah ianya diperluaskan di seluruh Malaysia…

Jika anda mahu Nik Aziz melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dahulu, sila tandatangan petisyen ini: Petisyen Mendesak MB Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Segera Melaksanakan Hukum Hudud Di Kelantan.

Artikel Lama: Benarkah Tun Dr Mahathir Menghalang PAS Dari Melaksanakan Hudud Di Kelantan?

Advertisements

Wajib menghukum ikut hukum Allah

1 Komen

Soalan:

Saya keliru dengan keadaan sekarang. Sebagai umat islam adalah wajib menjalankan hukuman berlandaskan hukum Allah. Contohnya hukuman mencuri dipotong tangannya dan ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia perintah Allah. Tetapi kenapa ada yang mengatakan kalau mencuri kita tak payah memotong tangan tetapi lebih baik kita berikan kerja.

Seolah-olah pendapat ini menyangkal perintah Allah. Apa komen Datuk? Adakah pandangan supaya pencuri diberi kerja lebih baik daripada apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran? Tidakkah kenyataan itu seolah-olah kita menidakkan perintah Allah? Apakah hukum mereka yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah, sedangkan semua tahu adalah wajib menghukum dengan hukum Allah?

RYN
Seberang Prai

Jawapan Dari Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Tidak ada seorang Islam pun yang akan menyangkal apalagi mempertikaikan bahawa semua hukum yang diturunkan Allah itu wajib dipatuhi. Hukum tetap diterima hukum, cuma yang menjadi perbezaan pendapat ialah cara kita melaksanakan hukum berkenaan supaya menepati tuntutan agama.

Orang Islam perlu faham roh, hikmah dan matlamat dalam setiap perlaksanaan perintah Allah supaya Islam tidak menjadi fitnah. Justeru, Saidina Umar pernah memberhentikan hukuman hukuman potong tangan kerana menyesuaikan dengan keadaan ketika itu.

Roh disebalik setiap undang-undang ialah memastikan berlaku keadilan pada semua pihak, perlu cukup bukti saksi sebelum pendakwaan. Hikmah dan tujuannya pula ialah membendung gejala buruk dalam masyarakat. Disyariatkan pula taubat supaya ada ruang untuk pesalah menginsafi diri dan tidak semata-mata terus dihukum.

Bahkan hadis Rasulullah SAW daripada Aisyah RA jelas menyebut: “elakkan hudud daripada orang Islam selama mana termampu, jika ada ruang untuknya lepaskanlah, bagi seorang hakim tersalah memaafkan adalah lebih baik daripada tersalah menghukum.” (riwayat Hakim)

Begitulah besar dan luas pandangan Islam daripada pandangan manusia yang ghairah mahu menghukum, walhal banyak lagi mengenai rahmat dan keindahan Islam yang perlu kita bongkar.

Sumber: Metro Ahad 12 Julai 2009 (Ruangan anda Musykil oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim)

Penerangan Datuk Dr Mashitah Ibrahim ini amat-amat bermakna. Tetapi aku pasti kalangan penyokong PAS akan mengatakan Datuk Dr Mashitah Ibrahim ini bukan ulama PAS, tetapi ulama UMNO. Aku juga pasti ramai kalangan penyokong PAS enggan menerima penerangan ini dan terus berdolak-dalik da mencerca Datuk Dr Mashitah. Apapun aku akan berusaha mencari hadis ini. Diharap kalangan bloggers BPN yang membaca artikel ini dapat membantu aku mencari hadis ini di Internet. Ianya penting untuk menyangkal dakwaan PAS yang mengatakan UMNO kafir sebab tidak laksanakan hudud. Jika anda menjumpainya, sila berikan link tersebut melalui ruangan komentar artikel ini. Terima kasih.