Parti tidak tentukan kedudukan akidah: Hadi

KUALA KRAI: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengaku parti itu tidak boleh menentukan kedudukan akidah mana-mana pihak termasuk Umno, walaupun sesetengah pemimpinnya menganggap lawan mereka itu sebagai tidak Islam.

“Kita tidak boleh menentukan akidah seseorang, yang penting sikap dan tindakan mereka mestilah bersifat Islam. Kita adalah satu bangsa dan satu agama.

“Kita berharap saudara kita daripada Umno kembali ke pangkal jalan. Kita mestilah melaksanakan Islam seperti diperintahkan dalam al-Quran dan hadis,” katanya kepada media selepas berceramah di Cuchoh Puteri A, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran BN terhadap Pas supaya pemimpin parti itu membuktikan di mana tidak Islamnya Umno berbanding Pas ekoran sikap pemimpin Pas sering menuduh Umno sebagai tidak Islam.

Berikutan itu, Abdul Hadi berkata, Pas akan sentiasa membuka pintu untuk berbincang dengan Umno selaras tuntutan Islam dan hadis.

“Walaupun mempunyai kerjasama dan ikatan dalam Pakatan Rakyat, Pas dibenarkan untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk Umno. Berikutan itu, kita mahu ruang ini dibuka dan pada masa sama, media memberi laporan adil serta ikut sama menjelaskan Islam itu sendiri daripada perspektif kami,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Hadi Awang pada mulanya mengakui PAS tidak boleh menentukan kedudukan akidah mana-mana pihak, terutamanya UMNO. Tapi pada masa yang sama beliau cuba menyatakan bahawa UMNO sesat dan lari dari tuntutan Islam serta hadis. Cakap berbelit-belit. Macam ular… Maka memang layak pun digelar sebagai ular-mak… Apapun jika Hadi mahu media menjelaskan Islam dari segi perspektif PAS. Maka akan ramailah umat Islam di Malaysia terus disesatkan geng-geng ajaran sesat PAS ini…