Bob Lokman Dan Sandiwara Tak Sudah

1 Komen

Sandiwara Politik Bob Lokman

Ramai kalangan artis tanahair melenting dengan kenyataan Ostad Bob Lokman kononnya dunia hiburan tanahair yang dijilat, dipeluk dan diciumnya dulu adalah satu perkara yang jijik, hina, najis dan keji…

Jadi di sini eXception nak tanya kepada Bob Lokman, adakah selepas syok pegang-pegang Liza Abdullah dalam filem 4 Madu, Bob Lokman tak rasa jijik? Bob Lokman tak rasa najis??

Di bawah ini merupakan video ceramah Ostad Bob Lokman yang menghentam rakan-rakan artis yang sama-sama berlumur dengan lumpur dunia hiburan dulu…

Di bawah ini pula screenshot adegan pegang-pegang antara Bob Lokman dengan Liza Abdullah… Ada sesiapa kalangan pencacai Bob Lokman ni nak katakan gambar ni super impose? Korang saksikan sendiri filem 4 Madu… Bersepah dvd dia dijual kat kedai video…

Kepada Ostad Bob Lokman, di sini sekali lagi eXception beri cabaran supaya segala wang hasil dari dunia hiburan dulu, Ostad Bob Lokman sedekahkan sahaja ke ruah-rumah anak yatim. Segala harta benda yang Ostad Bob Lokman miliki sepanjang hidup sebagai artis dulu, jualkan sahaja… Lepas tu hasilnya disedekahkan ke rumah anak yatim…

PKR Bakal Diharamkan RoS?

Tinggalkan komen

PKR Bakal Menghadapi Tindakan Dari Pendaftar Pertubuhan (RoS)

PKR hadapi risiko diharam, sidang media tengah hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) – komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.

Dalam pada itu, satu lagi sumber berkata, RoS mengeluarkan surat amaran itu pada 9 Mei lalu dengan merujuk kepada satu kes pemecatan membabitkan bekas ahlinya yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah awal 2009.

Difahamkan RoS bertindak atas aduan berkaitan dengan pemecatan A. Rajagopal di mana PKR didakwa telah melanggar Fasal 32.2.1 perlembagaannya.

Aduan itu mendakwa Rajagopal dipecat tanpa siasatan yang sewajarnya.

Penganalisis dan pemerharti melihat tindakan ini sesuatu mengejutkan kerana diambil ketika desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu diperintah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Selain itu beliau juga kini berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks yang dibawa “Datuk T” Mac lalu.

Bagaimanapun Anwar telah menafikan dengan keras dakwaan menerusi pendedahan itu.

Sumber: Malaysia Insider


Nafi je laa Nuar oiii… Lepas ni jika RoS melakukan tindakan membatalkan pendaftaran PKR, maka Nuar akan bikin cerita lain pulak dengan mendakwa UMNO menjadi dalang mempengaruhi RoS untuk menghancurkan PKR…

Sedangkan tindakan diri sendiri mengendalikan PKR sesuka hati dengan memecat orang yang tidak mengikut kata-katanya tanpa mengikut prosedur dan alasan yang jelas menjadi punca…

Bikin la wayang lagi Nuar oiii…

Stadium Mampu Dibina, Tidak Pula Rumah Kos Rendah.

1 Komen

PAS Kelantan Mampu Membina Stadium Tapi Tak Mampu Membina Rumah Kos Rendah


Gambar: Stadium Sultan Mohammed Ke IV

KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh,” kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

“Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah,” katanya.

Sumber: Haramjadah Daily


Haii?? Bina stadium mampu pulak? Kenapa nak bina rumah kos rendah tak mampu Tok Garu? Bukankah kenyataan Tok Garu dalam Bernama: Nik Aziz Akui Pas Kelantan Tidak Mampu Sedia Rumah Kos Rendah Untuk Rakyatnya

Kenapa hari ini boleh mampu pula nak bina stadium yang boleh muat 40 ribu orang? Pelik? Mana PAS Kelantan dapat peruntukan yang besar untuk membina stadium sebegitu besar? Mengapakah rumah-rumah kos rendah serta masjid-masjid PAS tidak utamakan? Adakah Stadium Sultan Mohammed Ke IV sudah tidak mampu memuatkan lagi penonton? Mengapa PAS mengutamakan stadium dari membina masjid?

Di manakah anjing-anjing kurap (blogger-blogger PR) yang lantang menyalak sebarang projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dianggap pembaziran tetapi diam menikus dengan projek stadium baru Kelantan? Mengapa harus bersikap double standard? Mengapa jika cela di sebelah pihak BN atau UMNO terus dikeji dan diumpat, tetapi cela di sebelah pihak sendiri didiamkan? Mengapa wahai anjing-anjing kurap sekelian??

Gempar! Al-Juburi Terima Ugutan Bunuh?

Tinggalkan komen

Al-Juburi Buat Laporan Polis, Kucing Siam Peliharaannya Di Ugut Bunuh

Satu laporan Polis telah dibuat jam 8 malam tadi di Balai Polis Wayang Pacak oleh Al-Juburi apabila kucing siam peliharaannya telah diugut bunuh. Laporan dibuat sebagai langkah keselamatan kerana bimbang kucing siamnya akan menjadi mangsa seterusnya selepas kereta Mercedesnya dikatakan telah disabotaj.

Menurut Al-Juburi, kucing siamnya yang tidak bersalah itu dikatakan menerima ugutan bunuh dari beberapa ekor anjing yang diketuai oleh seekor anjing gila yang digelar sebagai Mad Dog, dikatakan Mad Dog ini adik-beradik Big Dog yang suka menyalak tak tentu pasal yang akhirnya mati akibat dipepah dengan batang kayu oleh penduduk setempat kerana kegemarannya suka menyalak tak mengira waktu hingga menggugat ketenteraman awam…

Menurut Al-Juburi lagi, beliau percaya ugutan tersebut adalah kerana ada kalangan pihak dalam UMNO yang iri hati dan dengki dengan kejayaan beliau mengongkek jantan jambu dan amoi China… Malah beliau juga yakin, bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat risau akan kedudukan goyahnya di kerusi Perdana Menteri kerana mendapat tahu ramai ahli parlimen Barisan Nasional akan melompat parti 16 Mei 2011 nanti…

eXception telah mengerahkan wartawan Karim Singh untuk menemubual Al-Juburi di dalam sebuah wad gila di sebuah hospital bahagia, di Colombia Utara dekat dengan Gombak Setia, apabila mendapat tahu akan berita tersebut…

Pendedahan Eksklusif: Benarkah Dinar Emas Kelantan Tak Laku??

46 Komen

Pendedahan Eksklusif: Benarkah Dinar Emas Kelantan Tak Laku??

Ini bukan telahan yang dibuat oleh eXception sendiri tetapi pendedahan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman di dalam Nadi Rakyat. Beliau mendakwa pernah cuba membawa dinar emas ke sebuah pajak di Kuala Lumpur, tetapi taukeh pajak gadai mendakwa dinar emas itu tidak laku, kerana ianya bukan emas tulen tetapi hanyalah campuran besi dan tembaga kemudian disadur dengan emas.

Dakwaan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman itu perlu disiasat dengan teliti kebenarannya, jika ianya ternyata benar, maka rakyat Kelantan yang membeli dinar emas ini telah ditipu hidup-hidup oleh seorang Ulamak kerana menjual dinar emas yang hakikatnya nilainya jauh lebih rendah dari nilai semasa membelinya.

Setelah diselidik dengan saudara Rahim Rahman, barulah eXception faham bahawa Dinar Emas Kelantan ini hanyalah propa sahaja, ianya sama sahaja dengan wang syiling kita, yang mana wang syiling kita hanya laku dalam Malaysia, manakala Dinar Emas Kelantan ini hanya laku dalam Negeri Kelantan sahaja, kerana nilainya bergantung kepada sijil perakuan nilainya sahaja. Bermakna jika ada sijil perakuan tersebut, maka lakulah Dinar Emas Kelantan ini, tetapi hanya dalam Kelantan sahaja.

Ianya bukanlah emas 917 seperti yang tercetak pada Dinar Emas di atas. Kerana seperti didakwa oleh saudara Rahim Rahman, dinar emas tersebut bukanlah 100% emas, tetapi campuran besi dan tembaga yang disadur emas sahaja. Ianya tidak sama dengan syiling Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara yang mana syiling Kijang Emas adalah diperbuat dari emas dan ianya laku di mana sahaja di serata dunia, kerana ianya adalah emas tulen. Saudara Rahim Rahman dakwa lagi kandungan 917 emas pada Dinar Emas Kelantan hanyalah kandungan saduran emas sahaja.

Andai satu hari nanti Kerajaan PAS Kelantan tumbang dalam PRU, maka Dinar Emas Kelantan yang disimpan oleh rakyat Kelantan sudah tidak sah diperlakukan lagi kerana kerajaan negeri yang baru tidak akan memperakui nilainya kerana ianya bukanlah diperbuat oleh emas seperti didakwa saudara Rahim Rahman. Maka rakyat Kelantan tidak akan dapat menjual atau menggadai Dinar Emas Kelantan ini kerana nilainya hanya ditentukan oleh Kerajaan sekarang, walaupun ianya bukan emas tulen. Itupun selagi ada rizab simpanan emas sebagai jaminan dinar, jika kerajaan terdahulu tidak menggelapkannya, Itu yang dikatakan saudara Rahim Rahman.

Malah saudara Rahim Rahman juga mendakwa nilai Dinar Emas Kelantan ini tidak sah diperlakukan di mana-mana bank di Kelantan, kecuali di premis-premis perniagaan yang mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan supaya menerima dinar emas ini seperti Ringgit Malaysia. Malah dakwa saudara Rahim Rahman lagi, Husam Musa juga telah mengumumkan beberapa pajak gadai di Kelantan (kawasan bandar sahaja) supaya boleh menerima dan memperakui sah nilai Dinar Emas Kelantan ini setaraf nilai yang tercatat dalam sijil. Pajak-pajak gadai yang tidak mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan tidak memperakui dinar emas ini.

Untuk rujukan pengunjung sekelian berkenaan kenyataan saudara Rahim Rahman, anda boleh melihat ke dalam page ini: Rahim Rahman’s Photos – Wall Photos

Nota: Segala kenyataan adalah berdasarkan dakwaan saudara Rahim Rahman, eXception hanya mendedahkan untuk mencari kebenaran.

65 Tahun Usia UMNO, Tapi Pemimpin Masih Belum Matang

Tinggalkan komen

Selamat Ulang Tahun Ke-65 UMNO

Selamat menyambut ulangtahun ke 65 eXception ucapkan buat UMNO, nampaknya usia UMNO menunjukkan kematangan, akan tetapi paling menyedihkan kebanyakan pemimpin UMNO masih belum menunjukkan kematangan dalam memimpin…

eXception ambil satu contoh sorang menteri yang taunya dok beri amaran… Takde tindakan langsung… Sia-sia sahaja tanggungjawab yang diberikan oleh Yang Di Pertuan Agong dan rakyat… Pemimpin sorang ni suka bermain cara selamat, bak kata orang Jawa, ‘Play Safe’… Dia lebih rela menyelamatkan batang tengkoknya dari menyelamatkan maruah orang melayu… Durjana sungguh menteri ini… Bila atas pentas… Ucapan berapi-api… Membakar semangat… Tapi hakikatnya… Ucapan sahaja yang berapi… Tapi tindakan… Hancurrr…!!

Sorang lagi ialah pemimpin angkatan Pemuda UMNO… Org panggil dia KJ… eXception tak pasti apa maksud KJ tu… Samaada Khalid Jamlus, atau Kera Jantan atau Kerry Jamban… Tak taulah… Dia mempunyai cita-cita tinggi… Iaitu nak jadi menteri, tetapi harapan dia punah sebab timbalan lak dapat jadi menteri… Apa kes? Bermacam-macam wayang dibuat, termasuk membuat terjunan payung terjun demi meraih populariti… Tapi malang… popularitinya semakin menyusut… Puas dok arah anak buahnya mintak desak bagi jawatan menteri kat dia, tapi tak dapat sambutan dari Perdana Menteri… Kesian… Apa perjuangan dia yang sebenar dalam UMNO? Nak jadi menteri ke atau nak memimpin Pemuda UMNO??

Malah terdapat juga pemimpin-pemimpin UMNO yang sukakan populariti… Adakan sidang akhbar itu, adakan sidang akhbar ini… Nak bina reban ayam belakang rumah pun nak buat sidang akhbar… Pemimpin macam ni ke kita harapkan? Taunya syok sendiri…

Ada juga kalangan menteri dikatakan bersifat talam dua muka… Yang ni jenis sangat berbahaya… Sebab banyak kenyataannya akan bersikap menyebelahi musuh… Menteri jenis macam ni patut digugurkan sahaja…. Selain talam dua muka, ada juga menteri yang jenis bermuka-muka… Dulu dengan PM lama siap merayu-rayu lagi tak bagi hamba Allah tu letak jawatan… Lepas dapat boss baru, hamba Allah tu dihina dan dikejinya… Jenis ni lagi lah tak boleh pakai, sebab tak reti nak hormat bekas boss…

Harapan eXception agar 65 tahun usia UMNO semakin mematangkan pemimpin, walaupun masih ada lagi yang belum matang… Harap Datuk Seri Najib, gugurkan sahaja mereka yang memberikan liabiliti kepada UMNO… Mereka inilah bakal merosakkan UMNO dari dalam…

Tanya Sama Mekanik Apa Sebab Kereta Anwar Rosak…

2 Komen

Kereta Anwar Omega Disabotaj? Apa kata Mekanik?

Lagu: Itulah Wayang

Tanya sama Anwar apa sebab kereta banyak goyang…
Nanti cakap Anwar, UMNO yang kasi goncang…
Tanya sama mekanik…
Apa sebab goyang…
Nanti jawab mekanik…
Tanyalah driver nko…

Driver nanti kata kereta 4 tahun tak pernah servis…
Sampai tengah jalan rosak pulak brake…
Tengok dalam enjin, dah serupa macam hutan…
Driver bikin cerita UMNO punya kerja…
Tengok dalam enjin, dah serupa macam hutan…
Driver bikin cerita UMNO punya kerja…

Driver nanti kata kereta 4 tahun tak pernah servis…
Sampai tengah jalan rosak pulak brake…
Tengok dalam enjin, dah serupa macam hutan…
Driver bikin cerita UMNO punya kerja…
Tengok dalam enjin, dah serupa macam hutan…
Driver bikin cerita UMNO punya kerja…

Sambungan lagu… (klimaks…)

Tanya sama UMNO apa pasal kereta Anwar goyang…
Nanti cakap UMNO…
Itulah Wayang…
Itulah Wayang…

Older Entries