Sewaktu perjuangan mereka dihina, UMNO bersama-sama mereka

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib (tengah, bersongkok) menyampaikan ucapan ringkas di hadapan jemaah Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai

Ijtimak perkukuhkan dakwah Islamiah – TPM

NILAI 11 Julai 2009 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa selama 45 minit bersama lebih 200,000 jemaah sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Talbigh Sedunia yang berlangsung di sini sejak 8 Julai lalu.

Beliau yang tiba di lokasi berkenaan pada pukul 1.25 petang terlebih dahulu mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin tabligh selain diberi taklimat oleh Ahli Syura’ Tabligh Malaysia, Sheikh Muhammad Sheikh Ali di khemah tetamu.

Muhyiddin kemudiannya bersama-sama pemimpin berkenaan dan ratusan ribu jemaah tabligh mengerjakan solat zuhur di pekarangan khemah yang disediakan sebelum bersalaman dengan mereka sebelum meninggalkan lokasi ijtimak berkenaan.

Ketika ditemui pemberita selepas itu Muhyiddin berkata, ia merupakan perhimpunan tabligh sedunia yang besar dan beliau hadir untuk melihat dan bersama-sama jemaah di sini.

”Saya sudah berjumpa dengan pemimpin mereka dan diberi penjelasan bahawa ijtimak ini dilangsungkan untuk membicarakan ilmu dan berkaitan agama.

”Ia juga bertujuan menzahirkan semangat perpaduan dan memperkukuhkan dakwah Islamiah. Mereka bersikap sederhana dalam banyak hal.

‘Saya bersyukur dapat bersama-sama jemaah talbigh, sembahyang berjemaah dan paling penting mereka juga berusaha menyatupadukan ummah,” katanya.

Tinjauan Mingguan Malaysia di lokasi ijtimak hari ini mendapati kehadiran jemaah terus meningkat dan kesemua khemah yang disediakan termasuklah untuk tujuan sembahyang dipenuhi ratusan ribu jemaah tabligh.

Sebahagian besar daripada mereka yang ditemui memberitahu, terpaksa menyewa hotel-hotel berdekatan kerana lokasi sedia ada tidak lagi mampu menampung kebanjiran ratusan ribu jemaah dari seluruh pelosok dunia.

PM rai 200,000 jemaah tabligh

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.

Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.

”Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini.

”Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya,” kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.

Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura’ Malaysia.

Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan.

Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.

Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.

Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah ‘berkampung’ di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.

Ijtimak yang berakhir esok turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.

Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.

Sumber: Utusan Malaysia

Sewaktu kepimpinan Ular-Mak PAS menyelar dan mencerca kumpulan dakwah tabligh ini, UMNO terus menyokong jemaah ini.

Tabligh bebas berdakwah di Malaysia

Tinggalkan komen

Peserta asing puji Malaysia aman

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

NILAI 12 Julai – Rakyat asing yang menyertai Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia atau Ijtimak 2009 yang berakhir hari ini gembira dan bersyukur perhimpunan itu berlangsung dengan jayanya.

Rata-rata mereka yang ditemui memuji keadaan negara yang aman, sekali gus membolehkan amal ibadat disempurnakan dalam suasana selesa dan tenang di sini.

Salah seorang jemaah yang ditemui, Mohamad Ibrahim, 60, dari Hebron, Palestin, gembira berada di negara yang aman damai dan dapat menunaikan amal ibadat tanpa ada sekatan.

“Saya gembira berada di sini, kami dapat menemui rakan-rakan daripada pelbagai negara bagi mengikuti program ijtimak.

“Saya berdoa agar Allah SWT memberi rahmat kepada negara ini agar sentiasa aman dan dilindungi setiap masa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebahagian daripada 200,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia beredar meninggalkan tempat perkhemahan Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan setelah perhimpunan itu berakhir semalam. Mereka gembira berada di negara ini kerana dapat menunaikan ibadat tanpa sekatan. – Utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Sementara itu, Abdul Ghani Naghorghani, 47, dari Myanmar juga gembira berada di negara yang membangun dan aman dengan rakyat pelbagai kaum.

‘‘Pembangunan di negara ini cukup membanggakan, walaupun terdapat perbezaan kaum ia tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti seperti ini.

“Saya berharap perhimpunan seperti ini yang diadakan setiap enam bulan dapat diadakan di negara ini lagi pada masa akan datang,” katanya.

Bagi Abdul Halim Thabit, 50, dari China pula, percaya kebebasan beragama di negara ini membolehkan rakyatnya menjalankan aktiviti keagamaan tanpa halangan.

“Ini merupakan negara terbaik yang pernah saya kunjungi kerana walaupun terdapat pelbagai kaum di sini, tidak ada halangan bagi umat Islam untuk melaksanakan tuntutan agama,” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat menyertai ijtimak tersebut.

Ketibaan baginda di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Turut menyambut baginda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Baginda kemudiannya menyertai solat Zuhur bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh dan mendengar tazkirah sebelum berangkat pulang.

Ijtimak yang menghimpunkan jemaah dari dalam dan luar negara itu kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun lalu.

Kali pertama ia diadakan di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Sumber: Utusan Malaysia