Membenarkan Guru Berpolitik Satu Idea Yang Bangang!!

Keputusan untuk membenarkan guru-guru berpolitik merupakan satu idea yang paling bodoh pernah aku dengari di alam ini. Kerana idea itu sepatutnya tak boleh diketengahkan langsung dan ianya bakal menggelapkan masa depan anak-anak kita kelak…

Bayangkan jika di sekolah majoriti guru adalah mempunyai haluan kiri iaitu dari spesis anjing kurap yang taunya memburuk-burukkan kerajaan dan pada masa yang sama makan gaji dengan kerajaan yang dikutuknya… Yang jadi mangsa adalah anak-anak kita yang terpaksa dihidangkan dengan ceramah politik dari cikgu dari seawal jam 8 pagi sehinggalah tamat sesi persekolahan.

Dengan ini maka masa depan anak-anak kita bakal digelapkan oleh guru sendiri yang sepatutnya mendidik dan membimbing mereka. Maka apabila tamat persekolahan, anak-anak kita tidak lagi bakal menjadi jurutera, doktor, eksekutif… tetapi akan menjadi extremist, terrorist dan chauvinist yang mana akan dikerahkan seluruh kudrat mereka dijalanan semasa diadakan perhimpunan haram…

Otak anak-anak kita yang sepatutnya diisi dengan ilmu matematik, kimia, sains dan biologi, kini akan diisi dengan idealogi serta agenda membenci kerajaan. Maka makin gelaplah masa depan anak-anak kita apabila tiada seorang pun bakal perwaris Malaysia ini menjadi orang yang berguna…

Idea-idea yang keluar dari otak manusia yang berlagak pandai tapi bodoh dan bebal, bukan mencerahkan lagi masa depan anak kita, tetapi tambah menyesatkan… Jadi aku harap cadangan sebegini sepatutnya difikirkan masak-masak sebelum dibuat keputusan terburu-buru. Bukan semua tenaga pengajar di sekolah-sekolah adalah penyokong setia kerajaan, ramai yang merupakan talam dua muka… gunting dalam lipatan… Oleh itu diharap kerajaan terutamanya Datuk Seri Najib jangan terpedaya dengan khabar-khabar indah kononnya semua guru menyokong Barisan Nasional… Fikirkan masa depan perwaris negara Malaysia ini jika didedahkan terlalu banyak unsur politik termasuklah unsur politik yang sempit serta bersifat ekstremis…

Baca sini:

Guru dibenar berpolitik
Aktif berpolitik: Guru boleh beri idea

Advertisements