Rakyat Malaysia @ Bazar Ramadhan

5 Komen

Gelagat Rakyat Malaysia Di Bazar Ramadhan : Selera VS Nafsu

Sebagai dijanjikan eXception dalam komentar artikel yang disiarkan dalam blog House PK: PANAS BERAPI! BENARKAH KUASA MEMBELI RAKYAT MALAYSIA BEGITU TERUK SEKALI?, di sini eXception siarkan gambar-gambar gelagat rakyat Malaysia di bazar Ramadhan di lokasi Presint 2, Putrajaya…

eXception tiba di sana dalam jam 16.45 PM, bagi mengelakkan sesak, memandangkan semalam (1 Ogos 2011) dalam jam 6 petang, bazar Ramadhan di sana sudah mulai sesak… Lihatlah gelagat rakyat Malaysia di bazar Ramadhan ini… Bebas membeli apa yang berkenan dengan tekak… Janji dalam dompet, duit mesti ada… Ada juga yang datang cuci mata…

Kita boleh lihat di sini adakah ‘KUASA MEMBELI’ rakyat Malaysia begitu teruk seperti yang didakwa saudara House PK? Apa yang saudara House PK dakwa ada kebenarannya… Ramai kalangan rakyat Malaysia yang membeli melampaui selera mereka… Nafsu sahaja lebih, lepas berbuka mungkin banyak kuih-muih yang tidak terhabis sebab terlalu kenyang… Maka akibat terlalu kenyang, sampai rasa malas pula hendak terawih… Hai macam-macam…

Apapun, jika kita lihat di sini jelas menunjukkan bahawa keadaan ekonomi kita sangat stabil berbanding dengan dakwaan sesetengah pihak yang baru jadi bidan terjun dalam hal ehwal ekonomi mendakwa kononnya ekonomi Malaysia sangat teruk… Jika ekonomi Malaysia teruk, maka tidak terlihat keadaan seperti dalam gambar ini…

Jika di negara-negara Somalia, Rwanda… Ramai yang mati sebab tak cukup makan, tetapi di Malaysia ramai yang mati sebab terlebih makan… Maka ramailah yang meninggal dunia akibat kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan macam-macam jenis penyakit lagi yang berpunca dari makan…

Suka di sini eXception ingin memetik satu komen dalam blog House PK yang amat kena dengan sikap rakyat Malaysia ketika ini…


Bila difikirkan,orang yg mengeluh sana- sini menentang demo bagai nak rak, kalau ditelek dan diteliti, orang2 ni juga:

1. Yang tiap2 hari sibuk beli juadah berbuka kat Pasar Ramadhan (tak masak kat rumah)

2. Yang genggam handphone Blackberry, iPhone,tapi kalau barang naik gula naik spluh sen dua posen menjerit terpekik sana-sini.

3. Yang pakai keta besar2 tapi bila minyak naik sploh sen dua posen pun dah macam org gila meroyan.

3. Yang ada TV besar (LCD 42 inci, 32 inci) tapi bila letrik naik, marahnya sampai nak melompat ke siling.

4. Yang ada rumah besar tapi sibuk nak air free (yang rumah kecik macam flat pakai meter pukal takde pulak dapat)

5. Yang belajar pakai duit kerajaan, loan biasiswa tapi bazir duit beli handphone mahal/ beli motor.

6.Yang sibuk nak kerja kerajaan (jadi cikgu ke dan sebagainya) tapi kutuk kerajaan kejam, zalim…

Banyak manusia kufur nikmat tapi tak sedar2.

Semoga di bulan Ramadhan datanglah hidayah dan keberkatan kepada mereka2 yang disebutkan diatas..

Apapun, bagi eXception tak salah membeli, tetapi biarlah kena pada tempat dan masa. Takut nanti jadi pembaziran pula… Selain sikap pembeli, sikap peniaga juga eXception ingin sentuh… Ramai kalangan peniaga mengambil kesempatan dengan meletakkan harga sesuka hati semata-mata mengejar untung berganda… Malah ada juga yang sanggup menipu seperti menjual makanan yang telah basi dan rosak dan menjual makanan lebihan jualan semalam. Sikap ini yang eXception tidak gemar, kerana mencemarkan kesucian Ramadhan…

Apapun, sebelum membeli ingin eXception pesan di sini… Tepuk Dada, Tanyalah Selera… Bukan tanya nafsu yaa??

Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Mengerjakan Ibadah Terawih…

Assalamualaikum…

Stadium Mampu Dibina, Tidak Pula Rumah Kos Rendah.

1 Komen

PAS Kelantan Mampu Membina Stadium Tapi Tak Mampu Membina Rumah Kos Rendah


Gambar: Stadium Sultan Mohammed Ke IV

KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh,” kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

“Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah,” katanya.

Sumber: Haramjadah Daily


Haii?? Bina stadium mampu pulak? Kenapa nak bina rumah kos rendah tak mampu Tok Garu? Bukankah kenyataan Tok Garu dalam Bernama: Nik Aziz Akui Pas Kelantan Tidak Mampu Sedia Rumah Kos Rendah Untuk Rakyatnya

Kenapa hari ini boleh mampu pula nak bina stadium yang boleh muat 40 ribu orang? Pelik? Mana PAS Kelantan dapat peruntukan yang besar untuk membina stadium sebegitu besar? Mengapakah rumah-rumah kos rendah serta masjid-masjid PAS tidak utamakan? Adakah Stadium Sultan Mohammed Ke IV sudah tidak mampu memuatkan lagi penonton? Mengapa PAS mengutamakan stadium dari membina masjid?

Di manakah anjing-anjing kurap (blogger-blogger PR) yang lantang menyalak sebarang projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dianggap pembaziran tetapi diam menikus dengan projek stadium baru Kelantan? Mengapa harus bersikap double standard? Mengapa jika cela di sebelah pihak BN atau UMNO terus dikeji dan diumpat, tetapi cela di sebelah pihak sendiri didiamkan? Mengapa wahai anjing-anjing kurap sekelian??

Penyelewengan & Kronisme Pakatan Rosak Selangor

9 Komen


Selangor akan mendapat kerajaan baru, kerajaan pakatan haram yang berusia 16 bulan dilihat rakyat terlalu korup, rakus, gagal dan gila kuasa sekarang ini. itu lah kata-kata seorang pegawai tinggi pejabat daerah, yang daerah tu ada banyak kilang ketika det temui pagi tadi.

Menurut kawan det tu, cerita yang det keluarkan semalam mengenai pengambilalihan tanah wakaf di selangor ni benar-benar berlaku dan sekarang ini proses itu sedang dan sudah pun berjalan, yang menjadi batu penghalang untuk mereka ialah Baitumal dan Pusat Zakat dan juga Jabatan Agama Islam, sekiranya mereka-mereka yang rakus ini berjaya mempengaruhi pegawai-pegawai di tiga agensi itu, maka selepas ini tidak ada lagi tanah wakaf untuk kubur, untuk masjid dan surau di selangor.

Pembaziran juga berlaku di kesemua Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya di seluruh selangor, det tanya pembaziran apa yang dia maksudkan, menurut kawan det tu, dulu semasa BN/UMNO memerintah Ahli-ahli majlis dilantik empat ke lima tahun sekali, bila mereka ni di lantik untuk satu tempoh masa yang lama, maka kerberkesanan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat lebih berkesan. tetapi sekarang ni semasa pemerintahan khalid, ahli-ahli majlis di lantik setahun sekali, maka setiap kali lantikan di buat sudah tentu berberapa perkara perlu di tukar, kita ambil contong paling kecil ialah kad nama (name card) seorang ahli majlis mendapat sekuarang-kurangnya 10 kotak, emblem (logo kereta) latter head dan rubber stamp. itu kita tak kira lagi tentang elaun-elaun mereka, kalau ahli majlis tu mewakili parti politik maka elaun mereka ni berbeza dengan dengan ahli-ahli majlis yang mewakili ngo.

Itu kalau kita kira satu PBT, di selangor ni ada berapa banyak PBT? sekarang ni menurut kawan det, kalau kerajaan pakatan haram ni bubar dun pun percayalah kemenangan akan berpihak semula kepada BN/UMNO, menurut dia pegawai-pegawai kerajaan negeri semuanya sudah fedup dengan perangai daripada MB, Exco, Ahli Majlis sampai la ke machai-machai politik ni, mereka ni semuanya berlagak, dulu pernah det tulis yang seorang ADO dibaling file ke mukanya dan perkara ini tidak pernah berlaku dulu.

Dia menambah lagi, ada berberapa kontraktor pembersihan milik orang-orang PAS mengadu pada dia yang sejak pakatan haram ni menang mereka langsung tak dapat projek dari PBT, kontraktor PAS tu kata segala projek pembersihan (maintenance dan landscape) semua nya di sapu oleh puak-puak PKR, kalau ada pun orang PAS yang dapat projek tu maka mereka ni memang kroni adun atau ahli majlis. ini amat jauh berbeza sekali sewaktu pemerintahan UMNO dulu, mereka ni boleh di katakan hidup senang kerana walau pun UMNO dikatakan mengamalkan kronisma dalam pengagihan projek (kerja-kerja inden) tapi mereka pun turut menikmati juga, det tanya macam mane tu? ye la, UMNO bagi projek untuk kroni dia supaya kalau ada ape-ape program kecil parti, kroni dia boleh fund balik kepada parti, takan la dalam satu PBT ada 60 kerja umno nak tibai semua, kalau umno ambik pun hanya 20-30 peratus je kerja-kerja tu, yang lain PBT open tender la, lagi satu walau pun ada puak-puak umno ni yang dapat projek tapi dia orang ni sub kan balik kepada kontraktor yang kecil-kecilan ni, contoh kontraktor kecil-kecilan ni ialah kontraktor yang tak ada lesen atau modal tak cukup, so kira sama dapat sama rasa, lagi satu puak-puak umno ni dia bukan kira sangat kontraktor tu parti ape janji yang dia tahu kau tu melayu.

Rasuah yang melibatkan Exco-exco selangor semakin membarah, menurut kawan det tu, kalau makin banyak pendedahan yang dibuat oleh blogger dan pihak-pihak tertentu mengenai perlakuan rasuah mereka ni kawan det tu cukup yakin kerajan khalid akan tumbang dalam masa seratus hari dari sekarang. rakyat sudah tahu temberang mereka dan rakyat menunggu masa sahaja sekarang ini untuk menghukum mereka.

Pertemuan det dengan kawan tu di akhiri pada jam 10 pagi, kawan det sempat berpesan, “korang buat la ape yang patut, makin lama korang biarkan orang melayu akan hilang tanah, orang islam dah tak de kubur, nak harapkan PAS ? khaaa…thuiiii…

Kawan det juga sampaikan salam kepada berberapa orang blogger seperti GAP, Medan Info dan berberapa blogger lain di selangor ni. dengan ucapan Terima Kasih dan teruskan usaha anda…

Petikan dari blog: Darul Ehsan Today

Siapa kata UMNO je amal kroni? PKR pun dua kali lima jugak. Tapi kroni PKR mana yang menjilat jubur Khalid je la yang dapat. Mana yang tak jilat, tak dapat la. Bukan sedap pun jubur Khalid. Kurap banyak la… Tu pun ntah basuh berak, istinjak pakai batu jer… Ha ha ha ha ha… Oh ya… Khalid kan banyak duit, dah semstinya istinjak pakai duit kertas RM 50… Apa yang pasti, Pakatan rakyat Selangor bakal ditumbangkan. Mungkin sebelum PRU nanti. Siapa tahu?