Gempar!! Pendatang Asing Memiliki Rumah Agam Mewah!?

Tinggalkan komen

Pendatang Asing Mampu Memiliki Banglo Mewah Hasil Menyonglap Wang Rakyat?

Bila korang terbaca tajuk kat atas ni sahaja mesti korang akan salahkan BN… Tapi kali ni tuduhan korang silap, pasal pendatang asing ni bukan dari BN hatta UMNO sekalipun… Pendatang asing ini merupakan catur di dalam PKR yang kuat mengampu Anwar dan kuat juga membuat fitnah…


Dalam dok buat fitnah terhadap Sharizat, dia tak sedar bahawa cybertrooper BN sentiasa memerhatikan gerak langkahnya… Dan… Gerak langkah pendatang asing ni akhirnya berjaya membongkar satu rahsia… Rupa-rupanya pendatang asing ni kaya… Mampu memiliki sebuah rumah agam yang besar…


Mereka dok menyalak macam anjing nampak setan semasa isu NFC hangat diperkatakan… Jadi bagaimana dengan rumah agam ni? Milik siapakah? Siapakah pendatang asing itu?

Selanjutnya:

Antara dua darjat:-Saifudin kaya melata,rakyatnya miskin hina!
CILI KASI TARUK! WAHAI SAIFUDDIN NASUTION, KENAPA KAU NI JENIS DOUBLE STANDARD EK?
GEMPARRR..!!! MAHLIGAI EKSKLUSIF SAIFUDDIN MUKA BERLUBANG TERBONGKARRR..!!!

Nota: Inilah hasil Kerajaan Berkebajikan yang mana kkebajikan tembolok sendiri dijaga tetapi kebajikan rakyat tak terbela… Kerajaan Berkebajikan ini sebaiknya ditukar kepada Kerajaan Berkebanjingan… Kerana mereka dalam dok seronok songlap duit rakyat, boleh mendendangkan fitnah kepada BN dan UMNO songlap duit rakyat…

Advertisements

Dr. Xavier Jayakumar Kerugian RM 70,000

Tinggalkan komen

Rumah dipecah masuk, Exco Selangor rugi RM70,000

KLANG 8 Nov. – Seorang exco kerajaan negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di rumah.

“Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

“Beliau kemudian menghubungi isteri yang memaklumkan kejadian ini kepada saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu,” katanya. – Bernama


Hairan bin ajaib… Seorang Exco boleh simpan RM 70 ribu di dalam rumahnya. Kenapa duit tersebut tidak disimpan di dalam bank? Adakah duit RM 70 ribu itu hasil dari rompakan wang rakyat Selangor yang dilakukan dengan cara terhormat?

Adakah wang tersebut telah diisytiharkan? RM 70 ribu bukan sedikit, banyak… Wajarkah seorang Exco mempunyai wang sebanyak itu? Dari mana datangnya wang itu?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) WAJIB menyiasat perkara ini. SPRM perlu siasat mana datangnya wang tersebut. Adakah pendapatan seorang Exco boleh mencecah RM 70 ribu?? Adakah Dr Xavier sudah mengisytiharkan wang tersebut?

Andaikata perkara ini terjadi pada Exco BN, sudah pasti kalangan totok PR mengatakan duit hasil rasuah, duit hasil rompakan wang rakyat… Sekarang ini berlaku pada Exco Pakatan Rakyat… Dari sumber manakah datangnya duit tersebut? Turun dari langitkah? Harta karunkah?

MINDA ANAK MERDEKA TAK NAK MENGAKU PAS PUN KUAT RASUAH??

Tinggalkan komen

Sumber: Videos from MINDA ANAK MERDEKA: UMNO PARTI RASUAH

MINDA ANAK MERDEKA TAK NAK MENGAKU PAS PUN KUAT RASUAH

Kalo korang tengok video kat atas, mesti korang tergelak sampai berguling-guling pat lima nam kali… Betapa dangkalnya pemikiran group yang menggelarkan diri mereka Minda Anak Merdeka… Hakikatnya, minda mereka tak merdeka mana pun… Masih diselubungi kejumudan dan kebodohan turun temurun…

Korang tentu tahu bahawa wang di dalam kantung kerajaan adalah milik rakyat, maka salahkah wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan pembangunan? Aku berasa pelik dengan minda jumud budak-budak ni. Adakah ini dikatakan rasuah?

Bagi aku tak salah jika rakyat memilih calon BN, maka pembangunan akan disalurkan segera. Jika tidak, maka pembangunan akan berjalan perlahan. Takkan kerajaan BN nak salurkan pembangunan kepada orang yang tak mahu menyokong calon BN? Dah korang sokong calon pembangkang, mintak la pembangunan dari pembangkang…

Apa akan terjadi jika perkara ini kena pada batang hidung mereka? Mereka mulalah dengan lidah yang tidak bertulang mengatakan itu sudah tanggungjawab kerajaan… Piiiraaahhh!!

Sebagai contoh, korang baca artikel aku sebelum ni pasal kerajaan Kelantan nak bagi geran kepada peneroka di Gua Musang. Bila nak dekat pilihanraya kecil baru sibuk nak bagi geran… Bukan rasuah ke nama ni? Atau ada lidah-lidah tak bertulang kalangan pembangkang mengatakan ini tanggungjawab kerajaan… Piiiraaahhh!!

Kos pengebumian mendiang Teoh RM 20 Ribu!?!?

4 Komen

WHAAAATTTT!!!?? ARE YOU KIDDING ME KHALID!!??

Gile hape kos pengebumian mendiang Teoh mencecah RM 20 ribu. Gile ke hape membazirkan wang rakyat dengan kos sebanyak tu. Adakah mayat mendiang akan dimasukkan ke dalam keranda emas seperti ini?

Ataupun keluarga mendiang perlu menempah batu nisan yang mahal seperti ini?

Wah… Bijak sungguh Khalid mempergunakan wang rakyat untuk seorang Setiausaha Sulit Exco… Kos perbelanjaan mengalahkan kos pengebumian orang-orang besar… Untuk apakah duit sebanyak itu, mungkin untuk dibakar sebagai sogokan kepada mendiang Teoh supaya tidak menjadi hantu, lalu mengejar Ronnie Liu dan Yong Hian Wah kerana ingin mebalas dendam? So rakyat Selangor, apa pendapat anda tentang maklumat ini? Palsu? Rekaan? Fitnah? Fikir-fikirkanlah sendiri…