Terkini: SBPA Dibatalkan. SSM Dikekalkan. Gaji & Elaun Naik.

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Umum SBPA Dibatalkan Dan Kekalkan SSM

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sumber – Bernama

JANGAN MANSUHKAN COLA (ELAUN SARA HIDUP) KAMI!!

27 Komen


URA-URA COLA AKAN DIMANSUHKAN DAN GAJI CUMA DINAIKKAN 10%

Khabar-khabar angin yang bertiup mula meresahkan jiwa kakitangan awam. Terutama bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur yang sudah ramai tahu kos sara hidup di sana amat tinggi. Khabar yang bermain di minda samaada benar atau tidak. Khabar yang membawa berita bahawa kemungkinan elaun sara hidup kakitangan awam dimansuhkan dan gaji cuma dinaikkan sebanyak 10%. Pada mulanya kami jangka ianya akan diumumkan dalam Bajet 2010, tetapi lega ianya tidak dibentangkan. Kemudian baru-baru ini mendapat lagi khabar yang sama. Tidak pasti betul atau tidak…

Mungkin bagi kakitangan awam gred 40 ke atas tak terasa sangat. Tetapi bagi kami yang bergred rendah bakal mengalami seksanya. Apa keperluannya elaun sara hidup kami dimansuhkan? Apa faedah yang akan kami dapat jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Kami tidak dapat sebarang faedah, malah hidup kami makin terbeban.

Ramai yang berkeinginan memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Malah ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga. Dari mana mereka dapat sumber kewangan tersebut? Sudah tentulah dari pinjaman bank. Bayangkan sekiranya gaji pokok hanya RM 800.00 kemudian dicampur dengan elaun tetap perumahan sebanyak RM 180.00 dan elaun sara hidup sebanyak RM 300.00. Maka gaji sebulan adalah RM 1280.00 sebulan. Kemudian terpaksa pula gaji dipotong untuk Tabung Haji, KWSP (bagi kakitangan yang baru), serta Angkasa. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM 40,000.00 dan perlu membayar melalui potongan gaji selama 10 tahun, maka setiap bulan Angkasa akan memotong sebanyak RM 600.00 . Berapa sangatkah yang tinggal? Itu belum lagi tolak sewa rumah, bil api dan air, bil telefon, bil internet serta minyak untuk kenderaan. Yang tinggal lebih kurang RM 300 sahaja. Bayangkan jika elaun sara hidup dimansuhkan. Apa yang tinggal? Habuk!! Habuk yang tinggal.

Maka selepas itu kes-kes rasuah akan terus meningkat. Kes-kes jenayah yang sebelum ini didominasi oleh warga asing sepeti rompakan, samun dan ragut akan didominasi oleh kakitangan-kakitangan awam. Apakah puncanya? Puncanya kerajaan sendiri yang tak mahu ambil tahu rintihan hati kami. Kerajaan hanya sibuk berpolitik siang dan malam. Mencari salah dan kesilapan pembangkang, tetapi tak mahu belajar kesilapan sendiri sewaktu pilihanraya umum yang lepas. Adakah kerajaan Barisan Nasional yang hampir tumbang dulu akan tumbang pada pilihanraya akan datang? Undi di tangan rakyat. Kebanyakan rakyat juga adalah kakitangan awam juga. Jika kerajaan sendiri silap membuat keputusan yang boleh membangkitkan kemarahan kakitangan awam. Jangan mengeluh atau melenting jika semua kakitangan awam seluruh Malaysia akan melakukan mogok. Kami bukan kuli! Kami bukan hamba abdi! Kami ada maruah! Kami ada kehidupan masing-masing! Semakin lama, harga barang dan minyak akan naik. Tetapi apa yang kakitangan awam dapat? Kenaikan gaji? Bila kenaikan yang kami dapat? Ini sahaja sudah cukup membuatkan kami terseksa. Apa lagi jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Hidup kakitangan awam bergred rendah makin tersepit. Jika sebelum ini kami makan mee segera sekali-sekala. Kali ini mungkin kami terpaksa menjadikan mee segera makanan asasi kami. Adakah menteri-menteri sekelian mahu lihat kami kakitangan awam mogok? Adakah kamu semua tahu apa akan terjadi jika semua mogok? Ekonomi Malaysia akan jatuh merudum. Pasaran saham terpaksa ditutup. Peristiwa Kemelesetan Ekonomi tahun 1997 bakal berlaku lagi, malah lebih teruk. Malah kes-kes perceraian akan berlaku apabila suami tidak lagi mampu menyara keluarga. Malah lebih teruk akan ada ramai kakitangan awam terjun bangunan dan membunuh diri kerana terseksa dengan kehidupan di dunia. Adakah para menteri sekelian mahukan itu? Para menteri sekelian tentu tidak kisah elaun sara hidup kami dimansuhkan, kerana para menteri sendiri menikmati berbagai jenis elaun. Hinggakan isi minyak pun boleh claim lagi. Kami kakitangan awam cuma mengharapkan pada gaji sahaja untuk menyara kehidupan kami. Kami kakitangan semua menuntut…

JANGAN MANSUHKAN ELAUN SARA HIDUP KAMI!! DAN KAMI JUGA MINTA GAJI KAMI DINAIKKAN!!

Kami kakitangan awam juga ingin mengingatkan kepada kerajaan…

KAMI BUKAN KULI!! KAMI JUGA BUKAN HAMBA ABDI!!

Dan pesanan terakhir…

JANGAN BUAT KAMI HILANG KESABARAN!! INGATLAH KAMI JUGA RAKYAT!! KAMI YANG MENENTUKAN KERAJAAN MANA YANG BERHAK KAMI PILIH!!