Mesti Baca!! Kisah Lucu Penganjuran Konvensyen Belia Negeri Selangor

Tinggalkan komen

Mesti Baca!! Kisah Lucu Penganjuran Konvensyen Belia Negeri Selangor

Mendapat perkhabaran dari seorang rakan PeBT (Penggerak Belia Tempatan) yang turut terlibat secara langsung dalam penganjuran Himpunan & Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012 pada 26 Mei 2012 yang lepas.

Perancangan untuk mengadakan Himpunan Belia ini dikatakan telah lama dirancang namun kerana timbul masalah yang tidak diduga seperti peruntukan dan sebagainya maka tarikh 26 Mei di ambil sebagai final date. Ia juga untuk menarik belia Selangor supaya jangan datang ke Hari Belia Negara 2012 yang dianjurkan pada hari yang sama.

Maka persiapan semua telah disiapkan dalam masa sebulan sahaja. Lebih RM100,000 telah diperuntukkan untuk konvensyen ini kerana penyertaan dijangka lebih 2,000 orang belia seluruh Selangor akan berhimpun di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Penganjur menarik nafas lega pada pagi pukul 9 kerana dua buah bas yang membawa pemuda PAS Kuala Langat iaitu kawasan YB Dr. Yunus Khairi telah menghantar wakil bagi memeriahkan acara. Manakala selebihnya yang lain adalah dari pemimpin PeBT kawasan yang juga bertindak sebagai urusetia majlis. Maka jika dicampur semua bolehlah kita kira penyertaaan dalam 150orang sahaja.

Memang banyak makanan yang berlebihan kerana kurang peserta. Di dalam dewan semasa sesi dialog yang Adam Adli sebagai panel hanya sekitar 15 orang sahaja. Kemana yang 150 orang tadi pergi?? Rupanya 1 bas telah pergi ke Putrajaya untuk bersama-sama belia Malaysia lain dalam sambutan Hari Belia Negara. Mereka yang seramai 40 orang telah turun di perkarangan Kompleks Belia Shah Alam hanya untuk mengambil sijil kemudian mereka naik balik ke atas bas dan terus menghala ke Putrajaya. Kelakar pun ada. hehehe…

Akibat kegagalan pihak penganjur menarik peserta, Khalid Gagap dan Anwar Juburi agaknya malu hendak hadir kerana peserta ketika ucapan perasmian hanya sekitar 50 orang sahaja. MC telah mengumumkan kehadiran Anwar Juburi tapi terpaksa ditarik balik kerana dikatakan silap informasi. Akhirnya YB Dr. Yunus, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Selangor dengan rasa tersipu-sipu merasmikan juga konvensyen tersebut.

Hingga malam tiba pula giliran penganjur bersama iaitu Frinjan yang glamour dengan Pekan Frinjan yang menampilkan kumpulan-kumpulan pemuzik underground untuk beraksi di pentas Dataran Karyawan. Masa ini barulah meriah sedikit dengan kehadiran penuntut UiTM dan Unisel yang memang mengikuti Pekan Frinjan sejak dari penganjuran pertamanya satu masa dahulu.

Apa-apa pun, penganjuran event ini boleh dikatakan fiasco atau gagal totally dengan tiada mendapat sambutan dari belia Selangor dan PeBT yang lain. Belia Selangor bersama siapa??? Fikirkan.

Sumber: JAWA BERNAM: HOT!! KISAH BENAR PENGANJURAN KONVENSYEN BELIA NEGERI SELANGOR!! BERANI KERANA BENAR!!!

Advertisements

Sambutan Hari Belia Disifatkan Sebagai GAGAL!!

3 Komen

Kegagalan Sambutan Hari Belia… Semua Salah UMNO… Takdir!!

eXception ingin berterus-terang…

Tak mahu pusing-pusing keliling…

Tak mahu kelentong korang…

eXception dengan sejujurnya mengakui bahawa sambutan Hari Belia 2012 boleh disifatkan sebagai GAGAL…

eXception tak mahu membuat pujian melangit kononnya jutaan belia hadir ke sambutan tersebut…

eXception tak mahu tipu angka sebenar kehadiran belia ke sambutan tersebut…

Angka jutaan hanyalah satu angan-angan KOSONG…

Hakikatnya… Bilangan yang hadir boleh dibilang dengan bulu hidung…

Apa boleh buat… Pasti korang akan berkata… Ini semua salah UMNO…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Melihat gambar-gambar di atas… Maka sejujurnya… eXception akui….

HIMPUNAN & KONVENSYEN BELIA NEGERI SELANGOR 2012 DISIFATKAN SEBAGAI GAGAL!!