Cuti Sekolah Berganti Pada 17 Ogos 2012

Tinggalkan komen

Cuti Sekolah Berganti Pada 17 Ogos 2012

Memandangkan Aidilfitri akan menemui umat Islam seluruh Malaysia pada 19 Ogos nanti, Kementerian Pelajaran telah mempertimbangkan rayuan ibu-bapa dengan memberi cuti sekolah berganti 1 hari pada 17 Ogos 2012, bersamaan dengan hari Jumaat bagi memudahkan ibu-bapa membuat persiapan awal untuk menyambut aidilfitri serta pulang ke kampung lebih awal untuk mengelak kesesakan.

Kementerian Pelajaran mencadangkan agar sekolah menggantikan hari persekolahan pada Sabtu, 22 September 2012.

Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran terutama sekali kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendengar rayuan ibu-bapa 1 Malaysia… Inilah sebenar-benarnya kerajaan yang menepati janji… Janji Ditepati!!

Advertisements

Cuti Umum 31 Disember 2010

2 Komen

Hadiah Kepada Rakyat Sempena Meraikan Kemenangan Malaysia Dalam AFF Suzuki Cup

Sempena meraikan kemenangan pasukan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup semalam, Datuk Seri Najib telah mengumumkan untuk memberi cuti umum pada 31 Disember 2010…

Terima kasih banyak-banyak Datuk Seri Najib… Apapun ianya juga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada rakyat Malaysia amnya yang bersemangat untuk menyokong pasukan bola sepak negara terutama sekali sewaktu perlawanan di Bukit Jalil yang lepas…