‘Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya’

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

“Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

“Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN,” katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.

Kah kah kah kah… Samy… Samy… Agaknya memang macam ni perangai dia, sukar putar-putar. Siang cakap lain malam cakap lain… Betul ke pengundi menyampah dengan BN atau pengundi menyampah dengan nko Samy?

Dey Samy lu sedarlah sket… Masa lu jadi menteri, lu berlagak. Lu ada jaga ke lu punya tempat? Lu sibuk dengan tol… tol… tol… Sikit-2 kasi naik tol… Sikit-2 kasi naik tol…

Ayoo yoo Samy… Ayoo yoo Samy… Apa yang lu sudah bikin… Tol sana… Tol sini… Mr Lee pun suda banyak bising…