Konsert K-Pop Di MTV Stage I-City Shah Alam. PAS Digesa Segera Bantah

SHAH ALAM: Konsert MTV World Stage di i-City, Seksyen 7 di sini pada 24 Julai ini akan dapat membantu dalam mempromosi bandar raya Shah Alam di peringkat antarabangsa, kata Datuk Bandar Datuk Mohd Jaafar Atan.

Beliau berkata, konsert yang akan membabitkan artis-artis antarabangsa itu dijangka mampu menarik tumpuan orang ramai di seluruh dunia kepada bandar raya Shah Alam.

“Kepercayaan yang diberikan membuktikan bahawa Shah Alam dan i-City khususnya diiktiraf sebagai lokasi yang dilengkapi dengan kemudahan kelas pertama untuk sebarang acara bertaraf antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis penerangan media berhubung penganjuran konsert itu di i-City di sini, Rabu.

Beliau berkata, penganjuran konsert bertaraf antarabangsa itu sejajar dengan impian untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar berpengetahuan dan impian antarabangsa.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, pemilihan i-City yang dikenali sebagai “Bandar Cahaya Digital” sangat bersesuaian dengan suasana lampu yang ceria dan menjadi tumpuan remaja.

“Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada konsert ini. Beberapa aktiviti membabitkan remaja dan belia juga akan dianjurkan bagi tujuan menyampaikan mesej yang berguna,” katanya lagi.

Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah ’30 Second To Mars’ iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.

Dalam edisi tahun lalu yang berlangsung di Sunway Lagoon Resort, antara yang mengambil bahagian ialah bintang pop Amerika Katy Perry, kumpulan rock dari Jerman, Tokio Hotel dan kumpulan sensasi Korea, Wonder Girls.

Sumber: Konsert MTV World Di I-City Shah Alam 24 Julai Depan


Pemimpin PAS Selangor digesa segera mengemukakan bantahan kepada Menteri Besar Selangor berkenaan dengan penganjuran konsert K-POP di MTV World I-City Shah Alam pada 24 Julai nanti.

Jika semasa Himpunan Jutaan Belia yang lepas PAS antara yang kuat menyalak apabila kumpulan K-POP Dal Shabet menjadi artis jemputan untuk membuat persembahan.

Kali ini eXception mahu lihat, adakah pemimpin PAS bersungguh-sungguh, ataupun hanya sekadar ‘RETORIK’ sahaja… Jangan bula bantah macam melepaskan batok di tangga pula…

Apapun… eXception cabar pemimpin PAS agar segera BANTAH KONSERT INI… Ataupun korang digelar sebagai BACHOL!!!

Advertisements