Antara Royalti Minyak Dan Air Bersih. Mana Pilihan Rakyat Kelantan??

Tinggalkan komen

Antara Royalti Minyak Dan Air Bersih. Mana Pilihan Rakyat Kelantan??

Isu royalti minyak sentiasa dibangkitkan PAS walaupun mereka sedar hakikatnya mereka tidak layak menuntutnya dari segi perundangan.

Malah PAS telah menjaja kononnya royalti minyak ini adalah hak rakyat…

Bukan sahaja PAS, malah Ku Li pun turut tumpang sekaki seronok mengencing rakyat Kelantan…

Tapi hakikatnya yang naaaakkkk sangat royalti tu bukan rakyat Kelantan…

Tetapi yang naaakkkk sangat ialah pemimpin PAS Kelantan umumnya…

Mereka sudah tidak boleh mengharapkan duit hasil balak lagi sebagai dana menampung kempen PRU 13 nanti…

Malah duit dari hasil tabung derma pun banyak disonglap oleh pemimpin-pemimpin PAS…

Lihat sahaja pemimpin PAS semuanya mewah… Ada yang mampu memandu kereta Mercedes, Alphard dan BMW…

Yang kemaruk duit royalti minyak tu diorang sahaja…

Tetapi sungguh menghairankan PERKARA YANG PALING PENTING SEPATUTNYA MEREKA LAKUKAN…

Iaitu menyediakan bekalan air bersih yang secukupnya kepada rakyat Kelantan…

Mereka gagal melakukannya… Tetapi mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada royalit minyak…

Bijak bukan??

Bagi mereka isu air bersih perlu diketepikan… Mereka mahukan duit royalti minyak…

Duit tu nanti bukan disalurkan terus kepada rakyat, tetapi akan melalui kerajaan PAS Kelantan jugak…

Derma untuk pembinaan lebuhraya sudah mencapai jutaan ringgit…

Tapi bayang jentera untuk membina lebuhraya rakyat tak kelihatan langsung…

Yang boleh kedengaran nun dalam hutan ialah bunyi gergaji berantai yang rakus membaham batang kayu…

Semua hasil balak masuk ke dalam poket pemimpin PAS…

Ada ke kerajaan PAS Kelantan agih-agihkan duit balak tu kat rakyat??

Sorry naik lori la kalau nak diberi kat rakyat…

Jadi kepada rakyat Kelantan… Pilihan di tangan anda…

PRU 13 nanti pakat undi Barisan Nasional…

Biar Barisan Nasional kembali mentadbir Kelantan…

Jangankan air bersih… Royalti minyak pun kerajaan boleh bagi terus kepada rakyat…

Tak perlu risau ianya disonglap oleh pemimpin PAS lagi…

InsyaAllah!!

Advertisements

Taubat Lahom GAMBAQ ni HARAKAH nak siarkan…

4 Komen

Taubat Lahom GAMBAQ ni HARAKAH nak siarkan…

Inilah antara gambar-gambar yang semestinya Harakah takkan siarkan…

Percayalah… Mana Harakah berani… Mereka mendewa-dewakan Nik Aziz melebihi segalanya…

Malah ada yang mengangkat Nik Aziz setaraf Nabi…

Ada jugak yang mengatakan Nik Aziz zuhud…

Ha ha ha ha ha ha… Zuhud ke??

Kerajaan Berkebajikan Atau Kerajaan Berkebanjingan??

Tinggalkan komen

Kerajaan Berkebajikan Atau Kerajaan Berkebanjingan??

Untuk melihat poster di atas dengan lebih jelas, sila klik imej di atas untuk memaparkan poster yang lebih besar…

Poster ini bertujuan untuk menjawa retorik poster Kerajaan Berkebajikan yang PAS tawarkan…

Hakikatnya… Apa yang PAS tawarkan… Hanyalah satu benda yang PAS langsung TAK PERNAH BUAT!!

Percaya atau tidak…

Jika PAS menawarkan Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, PAS sepatutnya menjawab isu ke mana hilangnya duit KOHILAL dan Tabung Memali. Adakah ini contoh AMANAH?? Adakah ini contoh BERSIH?? Mengapa PAS menyingkirkan Datuk Hassan Ali semata-mata kerana beliau mengetuai pemeriksaan terhadap program yang dianjurkan oleh gereja. ADILKAH PAS??

Jika PAS menawarkan Masyarakat Penyayang Aman dan Bersatu, PAS sepatutnya merenung balik insiden semasa Demonstrasi Bershit 3.0 yang mana ahli PAS membelasah anggota Polis. Penyayangkah ini? PAS sendiri menolak penyatuan semula PAS dan UMNO… Walaupun idea tersebut datangnya dari pemimpin PAS sendiri dan disambut baik oleh pemimpin UMNO.

Jika PAS menawarkan Ekonomi Yang Mampan Adil dan Saksama, PAS sepatutnya menyokong program KR1M, program TUKAR yang dilaksanakan kerajaan. PAS sepatutnya menyokong perniagaan milik orang Islam bukan mengambil kesempatan menjahanamkan perniagaan mereka semata-mata mahu membodek kaum cina. Malah PAS juga membantah penyenaraian Felda ke Bursa Saham akibat telunjuk DAP yang tidak mahu melayu lebih kaya dari mereka.

Jika PAS menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Cekap dan Berkualiti, PAS sepatutnya sudah membina sebuah hospital tanpa bantuan kerajaan di Kelantan. Yang menghairankan, mengapa Bob Lokman sakit dihantar ke hospital kerajaan? Mana hospital PAS?

Jika PAS menawarkan Kebajikan Langsung Menyeluruh dan Mesra Rakyat, PAS sepatutnya sudah berkaya menghapuskan kadar kemiskinan di Kelantan. Tetapi tahap kemiskinan di Kelantan masih di tahap yang sama, tidak ada peningkatan. Yang meningkat cuma harta milik pemimpin PAS.

Jika PAS menawarkan Belia, Pekerja Yang Produktif Berdaya Saing dan Terbela, PAS sepatutnya berjaya menghapuskan penagihan dadah di Kelantan. PAS juga sepatutnya berjaya mengurangkan kadar penghidap HIV di Kelantan. PAS sepatutnya membela keluarga-keluarga miskin di Kelantan dan memberi bantuan persekolahan kepada remaja yang tidak berkemampuan.

Jika PAS menawarkan Kemudahan Prasarana Berkualiti Cekap dan Bertaraf Dunia, PAS sepatutnya sudah lama menaik taraf Stesen Bas Kota Bharu setaraf KL Sentral ataupun setaraf Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan. PAS sepatutnya mampu menaik taraf Lapangan Terbang Pengkalan Chepa setaraf KLIA. Tapi yang menaik taraf lapangan terbang tersebut adalah kerajaan persekutuan.

Jika PAS menawarkan Alam Sekitar Segar Terpelihara dan Harmoni, PAS sepatutnya mengurangkan aktiviti pembalakan di Kelantan dan Kedah. Akan tetapi pembalakan di Kelantan dan Kedah semakin lama semakin tidak terkawal. Malah ada bencana alam yang berlaku seperti tanah runtuh, banjir lumpur disebabkan kerakusan PAS melakukan pembalakan.

Jika PAS menawarkan Keluarga Bahagia, Harmoni dan Bermoral, PAS sepatutnya meneropong kalangan pemimpin PAS sendiri yang terdiri dari kalangan mereka yang tidak bermoral kerana terlibat dengan zina. Malah PAS juga menyokong Anwar Ibrahim yang juga terlibat dalam salah laku moral iaitu kes liwat dan skandal dengan China Doll. Malah keluarga Anwar juga berantakan apabila skandal lamanya dengan isteri Azmin Ali semakin hangat diperkatakan.

Jika PAS menawarkan Pendidikan Berkualiti dan Berdaya Saing, PAS sepatutnya menyokong pembinaan SAR di Perak. Tetapi PAS membantahnya pula. Malah SAR kendalian PAS mempunyai banyak masalah dan ada yang ditutup.

PAS tidak perlu menabur seribu satu janji jika apa yang ada dalam Kerajaan Negeri sendiri PAS tak mampu nak laksanakan… Jika PAS memberi alasan faktor kewangan menjadi punca, PAS sepatutnya renung kembali berapa banyakkah bantuan Kerajaan Persekutuan salurkan. Berapa banyakkah hutang lapuk Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan, malah Kerajaan Persekutuan sedikit pun tidak mengungkit perihal hutang tersebut. Kini PAS sibuk meminta-minta royalti minyak dari Kerajaan Persekutuan sedangkan hutang pun tak mahu bayar. Apa kes?

Nota: Di mana hukum hudud?? Kenapa tidak ada dalam agenda PAS ni?? Mana tawaran untuk Agama Islam?? Kenapa ianya hilang?? Mampukah PAS mempertahankan Islam sebagai Agama rasmi Malaysia?? Atau sanggup menggugurkannya demi DAP??

Pork Nick Mahu Memimpin PAS Sampai Mati…

Tinggalkan komen

Pork Nick Mahu Memimpin PAS Sampai Mati??

Pemimpin politik boleh pimpin sampai mati – Tuan YM Musyidul Am Pas, Yang Amat Berbahagia Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim, dan Seluruh Jajahan Takluknya, termasuk lautan Cina Selatan didalam garis sempadan antarabangsa diantara sempadan Thailand dan Malaysia (Luasnya). Sumber berita @ Sinar 30 Januari 2012 Edisi Selangor dan Wilayah.

Satu pendapat yang tidak unik malahan pemikiran dan telahan seperti itu telah pun merupakan “action plan” para pemimpin di zaman dahulu kala dari semenjak beribu ribu tahun lagi seperti yang diceritakan didalam Al Quran mengenai Nabi Musa dan Firaun.

Para pemimpin yang mempunyai pendapat yang sama atau sedemikian dizaman ini adalah terdiri dari:-

Muamar Gaddafi – Merebut kuasa pada tahun 1969 dan memerintah Libya sehingga 1977, dan melantik diri sebagai Musyidul Am Revolutionary Council of Libya. Dia di bunuh selepas 41 tahun memerintah apabila NTC menjadi pemberontak di Libya. Jikalau tidak terbunuh masih menjadi pemimpin Libya sampai mati.

Adolf Hitler – Lahir 20 April 1889, di Austria, Adolf Hitler menjadi ketua musyidul am Parti Nazi dalam tahun 1920 dan di lantik menjadi Fuehrer (Pemimpin German dan Ketua Musyidul Am Parti Nazi) German dalam tahun 1933 sehingga mati pada tahun 1945.

Gamal Abdel Nasser – Presiden kedua Mesir, memerintah Mesir setelah bersama dengan Muhammad Naguib memberontak dan menjatuhkan sebuah kerajaan beraja di Mesir dalam tahun 1952. Beliau juga memerintah Mesir sampai mati.

Banyak lagi pemimpin zaman ini yang mempunyai semangat untuk memimpin sampai mati. Anda perlu melihat dan membuat kaji selidik sendiri.


PRU 12

Manakala pemimpin dizaman dahulu kala banyak nya terdiri dari kalangan keluarga Firaun (Pharoah)

Thutmose 111 – Firaun ke 6 semasa Dynasti 21. Memerintah selama 54 tahun dari 24 April 1479 sehingga 11 Mac 1425.

Apa pendapat umum pada zaman ini:-


PRU 13

Manusia mengalami perubahan dari segi sudut umur dan pemikiran, dari zaman bayi , remaja, dewasa, tua dan amat tua. Sekiranya beliau itu boleh mengenal diri serta telah membawa perkembagan lahiriah serta akal yang tinggi kepada umat, seperti para Nabi, maka diharuskan dan dibenarkan ALLAH memerintah sampai mati.

Walaupun demikian telah ada perubahan atau bangkangan kepada sistem memerintah sampai mati kerana pada zaman ini kita melihat manusia telah kehilangan jati diri didalam keagamaan dan telah kembali kepada tabiat buruk semasa zaman jahiliah seperti di zaman Firaun, maka memimpin sampai mati tidak akan membawa kebaikan tetapi akan memburukkan lagi sebuah tamadun manusia yang senantiasa berubah.

Malahan Tun Mahathir, yang memerintah dengan membawa pembangunan, perubahan fizikal dan mental kepada masayarakat di Malaysia pun menyerlah dengan berhenti. Walhal beliau diharuskan untuk memerintah sehingga ke tahap maximum kerana beliau boleh membawa kejayaan umum masyarakat ke tahap yang lebih tinggi.

Saya syorkan, Haji Hadi tidak payah lah ikut nasihat dari Datuk Nik Aziz tentang undur diri dari bertanding. Berfikirlah dengan sebaik nya kerana, pemikiran yang bersih itu jauh dari nur atau tabiat jahat dari semasa zaman jahiliah seperti dizaman zaman Firaun, atau pada zaman Adof Hitler.


PRU 14

Mana lah tahu nanti ada manusia disini membina kotak lempar (drop box) ahli politik di tepi bangunan seperti kotak lempar bayi yang terbina di Rusia!!!.

WASALAM.

Sumber: Pimpin sampai mati – Nik Aziz