Kementerian Belia & Sukan Minta Maaf… Apa Kes?

Tinggalkan komen


KBS Minta Maaf Atas Pengajuran Konsert K-Pop Semasa HBN2012

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.

Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.

Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan,” katanya.


Tahniah Datuk Seri… Kerana berani meminta maaf atas ketelanjuran KBS dalam melaksanakan program-program di dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya minggu yang lepas. eXception juga harap pada Himpunan Jutaan Belia yang akan datang, kurangkan pentas konsert… eXception lihat terlalu banyak pentas konsert…

Kemudian adakan lagi Maha Youth, ianya sangat bermanfaat bagi belia menceburkan diri dalam bidang pertanian. Malah sediakan khidmat nasihat dalam bidang pertanian untuk belia bagi memudahkan mereka mendapat maklumat dengan lebih jelas.

Pameran pasukan beruniform sepatutnya diperhebatkan lagi, bukan sahaja dengan demonstrasi menyelamat, malah adakan lebih banyak lagi aktiviti.

Apapun tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana berani mengaku kekhilafan KBS…

Jadi bagaimana pula dengan Nik Aziz?? Berani ke korang desak beliau meminta maaf atas kegagalan beliau mengekang budaya K-Pop (Kelate Pop) Di Kelantan??

Bagaimana pula dengan MB Selangor yang membawa masuk artis K-Pop untuk membuat persembahan di MTV World Stage?? Berani ke korang desak Khalid Gagap ni meminta maaf kerana membawa budaya yang tidak sihat?

Terima Kasih!! Jumpa Lagi Tahun Hadapan!!

Tinggalkan komen

Terima Kasih!! Jumpa Lagi Tahun Hadapan!!

Malam semalam berakhirnya Himpunan Jutaan Belia 2012 yang berlangsung di Putrajaya. Program yang berlangsung selama 5 hari itu akhirnya berjaya mencapai matlamat JUTAAN BELIA… Iaitu lebih kurang seramai…

2 JUTA BELIA YANG HADIR!!

Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek dan tahniah juga buat semua sukarelawan, petugas dan pengunjung yang hadir…

Walaupun program yang berlangsung sedikit tercalar dengan insiden kemalangan melibatkan cara drag race, tetapi keseluruhan acara berjalan dengan lancar. Alhamdulillah… Himpunan Jutaan Belia 2012 berakhir dengan meriah tanpa insiden menterbalikkan kereta peronda mahupun insiden memukul anggota Polis…

eXception berharap penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2013 nanti akan menjadi lebih meriah. eXception juga berharap penganjur program perlu mengutamakan keselamatan penonton agar tidak lagi berlaku insiden yang tidak diingini pada tahun hadapan.

Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang turut turun ke Putrajaya seperti Papa Gomo, Azmy Awang Klana Jaya (AAKJ), Shazuein Azmaini Azmil (I4TT) dan blogger-blogger lain yang turut serta…

Terima Kasih!! Jumpa Lagi Tahun Hadapan!!