Panas!! Pusat Maksiat Baru Di Buka Di Mergong??

Tinggalkan komen

Pusat Maksiat Baru Dibuka Di Mergong, Kedah… Semua Salah UMNO… Takdir…

MB Kedah tahu ke pasal pusat maksiat ni?

eXception mendapat info ini dari dalam FB… Responden memberitahu lokasi pusat maksiat ini di belakang Tesco Mergong…

eXception nak tanya korang… Mergong ni dalam negeri mana??

eXception nak tanya korang… Negeri ni siapa yang tadbir?? PAS ke UMNO??

eXception nak tanya korang… Pencacai PAS akan bising tak pasal pusat maksiat ni??

eXception nak tanya korang… Pork Nick akan tegur ke Ostad Jijan??

eXception tak nak tanya dah…

eXception tahu…

Ostad Jijan buat tak tahu…

Jawapan standard pencacai PAS…

SEMUA SALAH UMNO… TAKDIRRRRR….

Advertisements

Banjir Di Kedah: Antara Fakta Dan Auta

Tinggalkan komen

Banjir Di Kedah: Antara Fakta Dan Auta

Ramai kalangan totok pembangkang (PR) yang mempunyai mind set tahap longkang mengatakan banjir di Kedah berpunca dari projek landasan berkembar. Mereka sedaya upaya cuba menegakkan benang yang basah walaupun kita sudah menerangkannya banyak kali. Ok tak mengapalah, kita biarkanlah mereka membuat auta. Akan tetapi ingat, ‘auta’ takkan menang jika dilawan dengan ‘fakta’.

Di sini aku berikan fakta-fakta penting yang menyebabkan banjir di Kedah dan Perlis baru-baru ini. Fakta-fakta ini aku perolehi dari laman web Jabatan Pengairan & Saliran. Fakta-fakta yang aku perolehi adalah merupakan maklumat jumlah hujan yang turun dan maklumat paras air di sungai-sungai yang terlibat dengan banjir.

Di bawah ini adalah jadual sukatan hujan yang turun di Kedah sejak 1 November yang lepas. Anda boleh lihat bahagian yang dibulatkan merah itu adalah kadar hujan yang luar biasa yang turun pada hari tersebut. (Klik gambar untuk besarkan)

Di bawah ini pula adalah sukatan hujan bagi Perlis. Anda lihat bahagian yang dibulatkan juga adalah kadar luar biasa hujan yang turun pada hari tersebut.

Cuba anda bandingkan dengan sukatan hujan di Perak pula. Bandingkan sukatan di Perak dengan Kedah dan Perlis. Anda boleh lihat sukatan hujan di Perak adalah sukatan hujan yang normal. Jika dibandingkan dengan angka sukatan hujan di Kedah dan Perlis (yang dibulatkan) yang melepasi tahap merah.

Di sini aku terangkan apa yang membezakan tahap setiap hujan yang turun. Tahap hijau adalah hujan tahap biasa yang mana mempunyai sukatan sebanyak 1-10 milimeter sehari. Tahap ungu pula adalah tahap sederhana lebat yang mempunyai sukatan 20-30 milimeter sehari. Manakala hujan tahap jingga pula adalah hujan lebat yang mempunyai sukatan 30-60 milimeter sehari dan mempunyai potensi untuk berlakunya banjir kilat jika ianya turun dalam masa satu hari. Yang terakhir ialah hujan lebat tahap merah yang mempunyai sukatan melebihi 60 milimeter sehari. Sekiranya ianya turun tanpa henti selama satu hari. Potensi banjir berlaku di kawasan yang rendah amatlah tinggi.

Apa yang membezakan Perlis, Kedah dan Perak ialah, Perak tidak menerima kadar hujan seperti yang diterima oleh Perlis dan Kedah. Ini menyebabkan Perak ‘terselamat’ dalam bencana banjir kali ini, tidak seperti tahun-tahun yang lepas.

Sekarang kita lihat pula paras air di Sungai Kedah yang dicatat pada 1 November 2010 sehingga hari ini, 7 November 2010. Kita boleh lihat peningkatan paras air mula terjadi pada 1 November sewaktu hujan lebat tahap merah melanda Kedah. (klik gambar untuk besarkan)

Ingatkah rakyat Kedah dengan banjir yang melanda pada September 2008 di kawasan Yan dan Kuala Muda? Pada masa itu projek landasan berkembar belum sampai ke Kedah. Mengapa pada masa itu Azizan Razak tidak menyalahkan lebuhraya utara selatan sebagi punca banjir?

Sebenarnya isu banjir ini juga berkait dengan isu politik. Di dalam PAS kalangan pemimpinnya mempunyai satu penyakit yang sukar diubati, iaitu sindrom penafian… Mereka sedaya upaya cuba lari dari tanggungjawab kemudian menyalahkan orang lain. Ini sebagai langkah untuk mengelak dari menanggung beban tanggungjawab. Atau boleh dikatakan sebenarnya Azizan mahu rakyat Kedah berpaling dari isu pembalakan di Kedah sejak pentadbiran PAS.

Azizan boleh melarikan pandangan rakyat, tetapi rakyat bukan bodoh… Azizan spin la banyak mana, rakyat Kedah dah masak dengan perangai MB mereka yang sorang ni… Rakyat Kedah semakin lama semakin jelak dengan sikap ‘tak tahu’ dan sikap ‘menyalahkan orang lain’ yang diamalkan oleh Azizan… Dari isu babi hingga ke isu banjir kilat dan berhenti sebentar di isu banjir besar… Aku jangka PRU 13 nanti Kedah akan kembali ke tangan BN dan pada masa itu BN terpaksa mengeluarkan duit rakyat untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh PAS di Kedah.

Apapun, segala penjelasan isu banjir ini sudah aku ketengahkan, pandailah korang menilainya… Untuk rujukan lanjut mengenai paras air sungai dan sukatan hujan sila layari laman web Infobanjir JPS

Sekian, Wassalam…

Gempar!!! Ustaz Azizan Dah Jadi Taukeh Arak!!?

1 Komen

TakeBeer!! Ustaz Azizan Jadi Tokey Arak!!

Sediakan GPS anda agar tidak tersalah tempat. Kami bagi bukti tepat dan jitu.

Lokasi anak syarikat kerajaan PAS yang menjual arak sebagai salah satu punca pendapatan adalah di:

5*24’17” Utara
100*35’00” Timur

Hanya ada satu tempat saja dengan koordinat tersebut di atas muka bumi ini, tak boleh silap.

Syarikat ini kemudian menyalurkan keuntungan kepada Ustaz Azizan melalui parent company syarikat ini, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Jadi jangan hairan jika elaun raya saja, Ustaz Azizan Rangkul RM20,000.

Tukang salur ialah CEO syarikat ini, iaitu Muhammad Sobri Osman (Cucu Saudara Ustaz Azizan).

Tukang mengarah ialah Pegawai Khas Kepada MB (Hal Ehwal GLC) iaitu Yusrain Zakri Adnan (Menantu MB yang juga AJK Pemuda PAS Kedah).

Oh ya, sebelum kami terlupa, dibawah ini, kami petik kenyataan Setiausaha Agung PAS pada 20 April 2010 untuk memberi sedikit cabaran kepada pembelit hukum:

“Umno, yang menerajui kerajaan pusat, yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding Datuk Zaid Ibrahim yang sudah bertaubat atas perbuatannya” Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Dan disini juga boleh kita rujuk pendirian PAS tentang arak dan hasil arak. Itu tentang cukai dari hasil arak, kalau sendiri jadi tauke arak, faham-faham sendiri la noo.

Terima Kasih: Kedah Times

Aku tak pasti samaada kenyataan Kedah Times ini betul atau tak. Tapi memang mengejutkan… Pemimpin PAS yang juga Menteri Besar Kedah mempunyai keuntungan dengan kilang arak? Ini merupakan satu berita yang menarik… Jika sebelum ini mereka cukup marah apabila mengetahui anak Tun Dr Mahathir mempunyai pegangan saham dalam syarikat yang mempunyai link dengan kilang arak.

P/S: Setelah dirisk-risik, rupa-rupanya lokasi gambar di atas adalah: Kulim Golf & Country Resort, terletak di Kulim, Kedah…