Sekitar Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Hari ini eXception telah menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mana baucar tersebut di sampaikan oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya…

Seawal jam 10 pagi keadaan Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya sudah mula dipenuhi oleh penerima bantuan berserta keluarga masing-masing. Lihat sahaja gambar di bawah… (Maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana eXception cuma menggunakan kamera pada telefon bimbit)

Setelah selesai ucapan perasmian dari Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, maka bermulalah majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia…

Mereka yang menerima baucar ada yang sanggup beratur panjang untuk menebusnya dengan wang tunai… Malah ada yang bersabar dan menanti keesokan hari untuk menebusnya di bank.

Menurut Encik Amir Onn Bin Hj Mustapha, yang merupakan wakil dari Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, baucar ini boleh ditebus di mana-mana 3 bank di dalam Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank dan Maybank… Tarikh tamat tempoh penebusan baucar BR1M ini ialah pada 15 April 2012…

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya meringankan sedikit beban rakyat Malaysia walaupun pemberian ini cuma sekali…

Bagi mereka yang gagal, peluang masih terbuka untuk anda membuat rayuan… Tarikh tamat rayuan BR1M ialah pada 15 Mac 2012… Anda boleh muat turun borang asli BR1M di sini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Kredit: Terima kasih kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang sudi menjemput eXception ke majlis tersebut.

Advertisements