BR1M: Talian Hotline Sentiasa Sibuk. Emel Tidak Berjawab. Apa Sudah Jadi?

Ramai yang dok bising sebab tak dapat nak ketahui status permohonan BR1M mereka samaada berjaya atau tidak.

Seolah-olah susah sangat nak tahu status diorang…

Dail talian hotline BR1M, sentiasa sibuk… Ramai yang merungut…

Malah emel juga langsung tidak berjawab…

Apa punya mekanisma BR1M ni?? Macam ni ke cara nak bantu rakyat??

Perdana Menteri lantik korang uruskan BR1M bukan untuk suka-suka…

Spesis macam ni la yang banyak merosakkan nama baik kakitangan kerajaan…

Mengapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil inisiatif membuat sistem semakan online?

Semakan terus di dalam talian boleh dikatakan langsung tidak membantu…

Hanya talian 1-800-222-500 sahaja berjawab… Manakala talian 1-300-88-3010 langsung tak berfungsi…

Talian 1-800-222-500 yang jawab pun hanya mesin sahaja… Jawapan tetap sama dari jam 9.00 pagi sampai jam 5.00 petang…

All line are busy… Please try later…

Ini zaman IT… Bukan zaman batu… Ambil la inisiatif sikit buat sistem semakan online…

JPN boleh buat sistem semakan permohonan kad pengenalan online…

SPR boleh buat sistem semakan daftar pemilih online…

JPJ boleh buat sistem semakan saman online…

Mengapa Kementerian Kewangan tak boleh??

Apa guna lantik begitu ramai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di dalam Kementerian jika tak mampu membina sistem sebegitu??

Bagi yang gagal dalam permohonan BR1M, anda masih boleh membuat rayuan…

Sila muat turun borang ini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Advertisements