Anwar yang cakapnya tak serupa bikin

3 Komen


PETALING JAYA – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja.

“Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin). Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Anwar berkata, Muhyiddin semestinya mengetahui bahawa terdapat di kalangan mereka yang tidak selesa seterusnya menimbulkan perasaan marah sekiranya isu tersebut dimainkan.

Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin tersebut, Anwar berkata, pimpinan UMNO sengaja mencipta propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur.

“Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

“Kita mempunyai hujah-hujah yang jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolokkan simbol-simbol bangsa, agama dan raja semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat lain iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (PR) bersetuju menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu ketika ditanya mengapa isu tersebut digunakan ketika ini, Anwar berkata, UMNO sedang mengalami krisis sokongan rakyat selain mahu sokongan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Sehubungan itu katanya, kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu terus-menerus melabelkannya pengkhianat bangsa Melayu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu desakan supaya Pas keluar dari PR tidak menjadi satu perkara yang besar kerana kenyataan tersebut dikeluar daripada Pemuda UMNO yang mahukan PR berpecah.

Anwar turut menafikan bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu semasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog.

Sumber: Sinar Harian

Aku menyampah betul dengan anak gampang sorang ni, kalau dia dengan geng-geng dia menyerang keperibadian pemimpin seperti memfitnah Datuk Seri Najib dengan mengatakan beliau pembunuh Altantuya serta memfitnah Dati Seri Rosmah Mansor… Ada dia ingat? Pergi mampus lah lu… Cakap tak serupa bikin. Lidah bercabang tiga… Setiap ceramah nko sedap-sedap nko bantai orang, ko fitnah orang ada ko sedar semua tu? Bila dah kena batang pungkok sendiri baru nak menggelupur?

Advertisements

Pengkhianat Bangsa sudah terkencing…

3 Komen


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

“Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya,” kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini sebentar tadi.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut “perkaumman.”

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Semalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Muhyiddin itu.

Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.

Kumpulan itu berhimpun kirakira sejam setengah dengan membawa beberapa sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin serta menyelar Anwar.

Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.

Yang Dipertua DPMP, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, angkara Anwar sejak kebelakangan ini menghakis perpaduan orang Melayu dan kaum di negara ini.

Nampaknya Anwar sudah menggigil-gigil ketakutan apabila seluruh negara bergema suara mengatakan Anwar pengkhianat. Bagi Anwar ini perkara yang paling tak disangka-sangka setelah tersedar dari mimpi. Mimpi yang kononnya dia mendapat sokongan rakyat… Kini rakyat sudah bangkit bersama-sama UMNO. Anwar sudah terkencing…

Bekas ahli PKR sanggup jadi saksi – Reformis

Tinggalkan komen


PUTRAJAYA 10 Ogos – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dianggotai ramai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, ahli-ahlinya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an dulu mengenali watak sebenar Anwar dan motif perjuangannya yang lebih terarah kepada kepentingan politik peribadi.

“Walaupun kami yang paling dekat, paling awal kenali dia (Anwar) dulu, tapi sekarang kami tidak lagi setuju dan tidak mahu berkompromi langsung dengan perjuangannya

“Kami sanggup jadi saksi perkara-perkara berkaitan Anwar yang sememangnya merupakan pemimpin hipokrit, hanya mengejar kepentingan politik peribadi.

“Malah kami berpendapat Anwar juga pengkhianat kepada negara kerana menimbulkan ketidaktentuan politik dan ekonomi, rakyat patut difahamkan perkara sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mengalu-alukan tindakan beberapa pihak termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu sepatutnya bersedia menjadi saksi di mahkamah jika Anwar meneruskan samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ramlan memberitahu, pihaknya sanggup mendedahkan penyelewengan Anwar bukan sahaja terhadap orang Melayu tetapi juga negara selama ini.

Ini kerana, jelas beliau, tindakan- tindakan negatif sedemikian menjadi punca awal kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara

“Cukuplah, bukan saja kelembapan ekonomi, penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) sekarang juga dia (Anwar) tak ambil kira.

“Kita tidak mahu dia jadi seperti virus penyakit kanser yang menular dan membunuh secara senyap dalam masyarakat dan negara,” katanya.

Sumber – Utusan Malaysia

Laungan ‘Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’ bergema di Johor Baharu

5 Komen


JOHOR BAHRU 9 Ogos – Anggota perwakilan UMNO Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua UMNO bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

“Mari kita bangun melaungkan ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’, supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, UMNO Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu,” katanya di sini hari ini.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan UMNO Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’.

Shahrir berkata UMNO Johor Bahru bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua anggota UMNO Johor Bahru selama ini. – Bernama

Maka aku bersama-sama UMNO Johor Baharu akan turut melaungkan kata-kata tersebut…

Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa!!