#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan satu peratus kadar cukai mulai tahun depan.

Penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.
Langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.

20 jenis pelepasan

Sebelum ini, kerajaan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.

Cukai koperasi turun

Kerajaan turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan pada semua kumpulan pendapatan bercukai.

Dengan itu, seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan.

-Berita Harian

Satu lagi kezaliman terbesar Kerajaan Barisan Nasional!! Ini dah menindas rakyat yang berpendapatan sederhana!! Dengan menafikan peluang 170,000 individu dari membayar cukai adalah satu kekejaman yang melampau. Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional perlu memberi peluang 170,000 individu ini membayar cukai pendapatan.

Tetapi Kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menafikan hak mereka dari membayar cukai pendapatan… eXception cukup marah dengan perkara sebegini… Sekiranya 170,000 individu ini dinafikan dari membayar cukai pendapatan, sudah pasti yang akan untung BUKAN Kerajaan Barisan Nasional… Sudah pasti yang TAKKAN rugi ialah 170,000 individu tersebut.

Sebagai tanda protes, PRU 13 nanti eXception tidak akan teragak-agak untuk TIDAK MEMANGKAH MANA-MANA PARTI SELAIN PARTI LOGO DI BAWAH INI…


Advertisements

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Bagi Bonus Tiga Kali Kat Kakitangan Awam!?

Satu lagi KEZALIMAN TERBESAR Kerajaan Barisan Nasional terpaksa eXception dedahkan. Sebagai kakitangan awam, eXception cukup marah dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap kakitangan awam. Mana tak marah… Dapat bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali pulak tu… Siapa tak hangin!! Ini dah membebankan kakitangan awam!!

Kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberikan bonus setengah bulan gaji sebanyak tiga kali, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan Disember depan dan bulan Januari tahun depan, ini sudah cukup menaikkan darah kakitangan awam.

Apakah ini balasan Kerajaan Barisan Nasional kepada segelintir kakitangan awam yang selama ini langsung TAK PERNAH MENYOKONG BN?? Bagi eXception balasan sebegini cukup zalim… Lagi zalim dari Firaun…

Apa yang pasti… Sebagai menunjukkan protes dan kemarahan eXception terhadap KEZALIMAN ini… eXception bersumpah… Pada PRU 13 nanti… eXception tidak sekali-kali akan memangkah… Logo BULAN… Logo MATA SATU… Logo ROKET… Ataupun logo-logo lain… Selain logo DACING…

eXception hanya akan memangkah LOGO DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… Jika kezaliman ini yang Kerajaan Barisan Nasional lakukan terhadap kakitangan kerajaan… Nanti sahajalah PRU 13 nanti… eXception akan menunjukkan kuasa sebagai pengundi…

eXception akan mempengaruhi keluarga dan saudara mara untuk tidak memangkah mana-mana logo selain logo DACING sahaja pada PRU 13 nanti… Kita tunggu!! PRU 13 kita akan pastikan parti selain yang ada logo DACING PUTIH BERLATAR BELAKANG WARNA BIRU… TUMBANG!!!

Ingat ya!! Kita pastikan TIDAK akan memangkah parti SELAIN dari parti yang mempunyai logo di bawah ini…

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim. Bagi Bonus. Naikkan Pencen Pesara.

Apa punya kerajaan la… Zalim sungguh!! Dah la pencen pesara dinaikkan… Pastu nak bagi bonus sebanyak RM 500… Sepatutnya pencen pesara tidak perlu dinaikan, ianya akan menambahkan lagi beban pesara. Bonus pun jangan bagi… Lagi tambah beban pesara… Kesian pesara…

eXception pasti, kenaikan pencen untuk pesara kerajaan, yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, daripada RM 720 kepada RM 820 dalam Belanjawan 2013, membuktikan kerajaan Barisan Nasional sememangnya zalim.

Malah pemberian bonus RM 500 kepada pesara juga adalah tidak wajar… Hanya kerajaan yang ‘ZALIM’ sahaja akan beri bonus… Sekiranya pencen tidak dinaikkan dan tidak diberikan bonus kepada pesara, sudah tentu kalangan pemimpin Pakatan Biawak akan memuji-muji keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap pesara.

Sekarang apabila Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan pencen serta pemberian bonus kepada pesara, para pemimpin Pakatan Biawak sudah mula menggelabah biawak… Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan ‘kezaliman’ Kerajaan Barisan Nasional yang mahu membebankan pesara dengan peruntukan Bajet 2013 itu.

Sebagai pengajaran atas ‘kezaliman’ tersebut. Pada PRU 13 nanti, eXception akan pangkah ‘Kerajaan Zalim’ ini lagi!! Tungguuuuu!! Taulah nanti!! eXception akan pastikan ‘Kerajaan Zalim’ ini MENANG BESAR dalam PRU 13… Allahuakbar!!

Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati

Tinggalkan komen

Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati

Berikut adalah antara intipati pembentangan belanjawan 2013 yang sedang berlangsung petang ini… Intipati belanjawan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tema belanjawan 2013 pada tahun ini ialah, ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’

Peruntukan untuk Bajet 2013 ialah RM 251.6 bilion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM 201.9 bilion & Peruntukan Pembangunan ialah RM 49.7 bilion.

Kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggar pada RM208.6 bilion untuk tahun 2013 berbanding RM 207.2 bilion pada tahun 2012.

Mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit kerajaan akan terus berkurangan kepada 4% bagi tahun 2013 berbanding 4.5% bagi tahun 2012 .

Bagi merangsang pelaburan, kerajaan akan perhebat pelaksanaan 12 Bidang Utama Negara (NKEA)

Kerajaan akan perkenalkan semula insentif pengambil alihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan.

Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM 1 bilion akan dikendalikan oleh SME Bank

RM30 juta diperuntuk bg Pelan Induk PKS (2012-2020), melibatkan 32 inisiatif termasuk 6 prgm berimpak tinggi.

Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta utk pembiayaan modal kerja PKS yg usahakan pengeluaran produk halal

Krjn cadang Skim Perlindungan Insurans Berkelompok utk penjaja & peniaga kecil yg berdaftar dengan Suruhanjaya Sykt Msia. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 & krjn akan biaya skim ini dgn peruntukan RM16 juta setahun

Perbadanan Nasional Bhd akan memperkenalkan prgm “Business In Transformation” menggunakan model “licensing” atau “franchising”. PNS akan beri pinjaman RM25,000 bg “licensee” & RM500,000 kpd “licensor” dlm usaha memodenkan perniagaan penjaja & peniaga kecil

Krjn perkenal insentif cukai bg menggalakkan pengusaha swasta dlm pembangunan industri minyak & gas termasuk:

1) pengecualian cukai pendapatan 100% utk 10 tahun
2) pengecualian cukai pegangan
3) pengecualian duti setem

Hasil insentif krjn tlh menampakkan pelbagai projek pelaburan minyak & gas bernilai US$20 bln dimulakan. Ini termasuk 4 projek iaitu Petronas Refinery & Petrochemical Integrated Development (RAPID); Terminal Simpanan Minyak & Gas di Johor, Loji Regasifikasi di Melaka; dan terminal minyak serta gas di Sipitang, Sabah.

Insentif cukai bg prgm Global Incentive for Trading (GIFT) utk jadikan Msia sbg hab dagangan komoditi antarabangsa. Sehubungan permintaan global gas asli cecair, GIFT ditambah baik dgn pengecualian cukai pndptn 100% utk 3 thn pertama operasi.

Dagangan komoditi yg diluluskan akan diperluaskan kpd lain-lain komoditi spt pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas & kimia

Bagi merancakkan sector pelancongan, Program Tahun Melawat Msia 2013/2014 mensasarkan 26.8 juta pelancong

4 kawasan jelapang padi baru akan ditambah dgn keluasan 19 ribu hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan. Jelapang baru ini ini dijangka akan menghasilkan 104 ribu tan metric & penyertaan 12,237 pesawah.

Menghargai sumbangan nelayan, krjn telah beri elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan & insentif 10-20 sen/kilo bg hasil tangkapan

DS Najib berkata pasaran modal negara kembang pesat walaupun ada ketidaktentuan dalam ekonomi global

Msia menerajui terbitan sukuk dgn menyumbang 71% drpd jumlah terbitan sukuk global bg 7 bulan pertama 2012

Terbitan sukuk tunggal terbesar di dunia ialah PLUS Bhd yg bernilai RM30.6 bln

SC akan perkenalkan Graduate Representative Program dgn kerjasama sektor swasta bg melatih graduan memenuhi keperluan industri

Krjn cadang amanah perniagaan (business trust) diberi layanan cukai sama seperti syarikat

Pengecualian duti setem & cukai keuntungan harta di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan

Bg merancakkan lagi akses syarikat ke pasaran modal, tambahan peruntukan modal Danajamin Nasional Bhd RM400 juta dlm 2 tahun

RM100 juta utk Yayasan Pasaran Modal bg pembangunan modal insan bg industri sekuriti di bawah kawal selia SC

Tun Razak Exchange (TRX) dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa & menawarkan 40,000 peluang pekerjaan.

Pengecualian cukai pendapatan bg tempoh 10 tahun kpd syarikat berstatus TRX.

Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee & pengecualian cukai bg pemaju hartanah.

Yayasan Wakaf Malaysia akan diberi tanggungjawab utk rangka pelan induk Wakaf Korporat

Pembiayaan dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bg usahawan kecil & sederhana

Bg Bajet 2013, krjn sediakan peruntukan RM350 juta dr TEKUN di mana RM50 juta utk masyarakat India

Bajet 2013 memperuntuk RM38.7 bln kpd Kementerian Pelajaran ataupun 15% drpd seluruh peruntukan.

Peruntukan tambahan RM500juta bg meningkatkan kemahiran guru dlm pengajaran subjek teras (Bahasa Melayu, Inggeris, Sains, Matermatik)

Pencen minimum dinaikkan kpd RM820 utk pesara kerajaann yg berkhidmat sekurang-kurangnya 25 thn, melibatkan 50,371 pesara

Kerajaan cadangkan pengurangan caj pemprosesan pasport utk warga emas. Juga diluaskan kpd kanak2 12 thn ke bawah

Tambahan RM1 bln kpd Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah

RM1.2 bln untuk pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN

Geran pelancaran RM10,000 kpd penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Swasta

Potongan cukai dua kali ke atas majikan yg sediakan elaun/subsidi kepada pekerja & penyelengaraan kemudahan taska

Peruntukan RM6 bln di bawah Insentif Pembiayaan Swasta (PFI2) utk laksana projek & prgm demi memastikan kesejahteraan rakyat

Utk mengurangkan kadar jenayah, tambahan perjawatan baru polis.

Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan

Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan

Penglibatan pihak swasta & komuniti dlm mewujudkan persekitaran selamat dan aman

Geran RM10,000 kpd persatuan penduduk berdaftar utk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan & mempertingkatkan peranan rukun negara

Galakkan Elaun Modal Dipercepatkan kpd syarikat yg membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan

JPA sedang menjalankan kajian komprehensif untuk menambahbaik laluan kerjaya warga PDRM

Utk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota. Selain itu, kedudukan kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah juga akan dilaksanakan.

Tambahan peruntukan RM20 juta kpd Yayasan Bantuan Guaman

Perluasan 6 UTC di seuruh negara bg sediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di satu pusat integrasi

Perluasan 5 RTC & mini RTC di seluruh negara bg sediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di satu pusat integrasi

Krjn akan laksanakan projek pembangunan luar bandar & mengurangkan jurang pembangunan

Peruntukan RM19.3 bilion untuk perkhidmatan kesihatan.

Peruntukan RM50 juta bagi menyokong dwi peranan wanita.

Peruntukan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, KAR1SMA.

Peruntukan RM738 juta bagi pembangunan belia dan sukan.

Pertandingan Lautan Biru 1M4U dilancar.

Pakej khas telefon pintar 3G untuk golongan belia. Rebat RM200 diberikan.

RM6 juta peruntukan untuk pentadbiran dan kegiatan karyawan Malaysia

Pemberian diskaun 50 peratus kadar tambang komuter diperluaskan kepada semua yang berpendapatan RM3,000 ringgit ke bawah.

Pembinaan 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa akan manfaatkan 220,000 penduduk

Melaksanakan projek bekalan air akan manfaatkan 24,000 rumah & penyambungan bekalan elektrik akan manfaatkan 19,000 rumah

Melaksanaan Prgm Desa Lestari akan melibatkan 29 kampung & manfaat 38,000 penduduk

Peruntukan RM1.9 bilion ringgit bagi membina rumah dibawah program PR1MA.

Rumah mesra rakyat, SPNB akan bina 21,000 buah rumah.

Skim Rumah Pertamaku, had pendapatan dinaikkan kepada RM 5 ribu.

Peruntukan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

BR1M 2.0, bantuan tunai RM500 kpd isirumah berpendapatan kurang drpd RM3,000 dan sebanyak RM 250 diberi kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2 ribu sebulan kebawah

Kerajaan kurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen. Kerajaan masih tanggung subsidi sebanyak 34 sen dgn perbelanjaan RM278 juta

Peruntukan RM1.5 bilion untuk stabilkan harga minyak di pasaran.

57 buah kedai KR1M ditambah di Sabah dan Sarawak.

Pencarum KWSP boleh mengeluarkan Akaun 2, untuk menampung kekurangan kos tambang haji.

RM88 juta prgm pembangunan ekonomi masyarakat orang asli

Pembekalan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak

Penurunan 1 mata peratusan, bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi 2,500 hingga 50 ribu ringgit.

Rebat tunai RM10 ribu kepada pengusaha bas sekolah. Juga kadar faedah pinjaman 2 peratus.

Mengurangkan kos pembelajaran pelajar, RM2.6 bilion diperuntukkan.

Pemberian RM100 ringgit sebagai bantuan persekolahan diteruskan, baucer buku juga diteruskan, meningkat RM250 ringgit.

Penubuhan 100 Pusat Internet 1Malaysia.

Pemberian bonus satu bulan setengah gaji untuk kakitangan awam. Dibayar tiga kali. Setengah bulan sudah diberi sebelum Hari Raya, setengah bulan akan diberi pada bulan Disember dan setengah bulan lagi pada bulan Januari 2013.

Pemberian insentif RM 500 untuk pesara.

Felda akan bangun 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, baiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran

Kadar cukai pendapatan diturun satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000

Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau ditambah RM2.0 bln lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjut sehingga 31 Dis 2015

Sebanyak RM50 juta diperuntuk bagi tempoh empat tahun bagi persiapan program ‘Road to Rio’ menjelang Sukan Olimpik di Brazil pada 2016

Kerajaan sekali lagi beri RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah untuk ringan beban keluarga berpendapatan rendah dan sederhana

Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah

RM1.2 bilion diperuntuk bagi pendidikan prasekolah

Bakal2 haji yang mencarum dalam KWSP boleh keluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 untuk tampung kos kerja haji

Kerajaan akan terus menyediakan subsidi bersasar iaitu diberikan kepada mereka yang layak sahaja

Elaun bertugas anggota biasa dan pegawai pasukan simpanan angkatan tentera dinaik RM6 dan RM7.80 sejam dari RM4 dan RM5.80 sejam sebelum ini

Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan terima bayaran insentif khas RM200 sebulan bermula 1 Januari depan

Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek

Diskaun 50% ke atas tambang penumpang & kenderaan komersil angkut barang feri Sarawak-Labuan-Sabah

Nota: Tidak semua intipati belanjawan yang dibentangkan sempat eXception masukkan… Kita nantikan akhbar perdana pagi esok… Yang pasti… esok akhbar Utusan Malaysia paling laku dan cepat habis… Ha ha ha ha ha!! Apapun… Terima kasih Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Hj Najib Razak…

Intipati Belanjawan Yang Pakatan Rakyat Tak Berani Bentangkan

Tinggalkan komen

Intipati Belanjawan Yang Pakatan Rakyat Tak Berani Bentangkan

Berikut adalah antara intipati belanjawan (bajet) 2013 yang TIDAK dibentangkan oleh Pakatan Rakyat. Intipati belanjawan ini yang dikatakan mesra rakyat ini sepatutnya dibentangkan semalam oleh Ketua Punaisihat Selangor, tetapi entah kenapa ianya tidak dibentangkan… Hairan ya?

Antara intipati belanjawan yang sepatutnya dibentangkan, tetapi tak dibentangkan…

1) Mengurangkan permit-permit untuk pusat hiburan, pusat pelacuran dan rumah urut.
2) Menutup pusat hiburan, pusat pelacuran dan rumah urut.
3) Mengurangkan bebanan hutang anak syarikat kerajaan negeri.
5) Mengurangkan gaji Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri sebanyak 80% untuk menjimatkan kantung kerajaan negeri.
6) Mengambil alih projek bekalan air terawat dan membina lagi lima buah loji pembersihan air.
7) Mengagihkan projek-projek milik kerajaan negeri secara telus dan memberi keutamaan kepada bumiputera.
8) Menggunakan khidmat kutipan sampah dari syarikat Alam Flora dari membeli sendiri lori compactor bagi mengurangkan perbelanjaan kantung kerajaan negeri.
9) Menggunakan penerbangan tambang murah berbanding menyewa jet mewah bagi mengurangkan perbelanjaan kantung kerajaan negeri.
10) Mengurangkan pengambilan pasir bagi mengelakkan hakisan dan pencemaran alam sekitar.
11) Memberikan royalti hasil bumi negeri seperti balak, emas dan pasir kepada rakyat.
12) Menghapuskan kutipan tol di lebuhraya-lebuhraya di bawah negeri Pakatan Rakyat.
13) Mengurangkan cukai, sewa premis sebanyak 50% bagi mengurangkan beban rakyat.
14) Menutup terus kilang Guiness Anchor dan Carlsberg di Selangor.
15) Menghapuskan penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di dalam negeri Pakatan Rakyat.
16) Memberi peruntukan besar dalam membaik-pulih jalan-jalan yang rosak.
17) Mengambil alih fungsi PTPTN dengan memberikan bantuan pelajaran 100% percuma kepada pelajar.
18) Memberikan baucar pembelian kereta baru sebanyak RM 10,000.00 kepada setiap rakyat negeri yang mahu membeli kereta baru.
19) Mengurangkan penebangan balak bagi mengelakkan banjir dan tanah runtuh.
20) Mengurangkan kekerapan Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri keluar negara atas urusan yang tiada kena mengena dengan kerja.

eXception berani kerat jari laa… Jika Nuar bentang belanjawan di atas, gerenti PRU 13 nanti eXception pangkah Pakatan Rakyat… Tapi hakikatnya belanjawan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat semalam, tak lebih sekadar mengulangi janji tahun lepas yang gagal ditepati.

eXception lebih teruja dengan pembentangan belanjawan oleh Datuk Seri Hj Najib Razak pada petang ini. Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita lebih bersifat realistik berbanding yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang lebih kepada bersifat plastik…. ha ha ha ha ha ha!!

Panas!! Ringkasan Intipati Belanjawan 2012

4 Komen

Ringkasan Intipati Belanjawan 2012

Berikut adalah ringkasan pembentangan belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib semalam… Apa yang eXception boleh kata… Syukur alhamdulillah… Ada kenaikan gaji kakitangan awam serta bonus setengah bulan gaji…

1. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam ditingkatkan mengikut gred antara RM 80 – RM 320.

2. Tambahan bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam minimum RM 500. Akan dibayar bulan Disember 2011.

3. Pelarasan pencen pesara sebanyak 2 peratus bermula 2013 serta bayaran khas sebanyak RM 500.

4. Melanjutkan usia persaraan kakitangan awam kepada 60 tahun.

5. Pemansuhan yuran tambahan sekolah bermula tahun 2012, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.

6. Peruntukan RM1 bilion yang diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan juga boleh membantu sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman untuk membaiki infrastruktur yang sedia ada.

7. Pemberian sumbangan RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis khas, polis tambahan, duda dan balu mereka yang semuanya berjumlah 62,000 orang.

8. Pengecualian golongan warga emas daripada membayar caj pendaftaran pesakit luar di hospital atau klinik kerajaan.

9. Pemberian suntikan Human Papilloma Virus (HPV) percuma kepada kaum wanita.

10. Melanjutkan pengecualian duti import dan duti eksais bagi kenderaan hibrid/elektrik.

11. Skim Amanah Rakyat Malaysia untuk isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.

12. Peruntukkan RM400 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan Felda yang terpilih.

13. Bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

14. Peruntukan khas sebanyak RM 200j dan RM 442j untuk menaik taraf perkhidmatan dan perbelanjaan pembangunan PDRM.

15. Peruntukkan RM500 juta di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

16. Insentif sebanyak RM 50j untuk pesara tentera menceburi bidang perniagaan.

17. Meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

18. Langkah mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barang, kerajaan akan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara, membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia, memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara dan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM 2 bagi sarapan pagi dan RM 4 bagi makan tengah hari.

19 Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM 1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan, bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RNM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM 150 hingga RM 300 sebulan.

20. Penambah baikkan Skim Rumah Pertamaku, kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM 220,000 kepada RM 400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.

21. Kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.

22. Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan membina lebih 75,000 unit rumah mampu milik di bawah RMK10. Bagi tahun 2012, RM 443 juta diperuntukan bagi membina hampir 8,000 unit PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki.

23. Peruntukkan RM15 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM 1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, melibatkan pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital Putrajaya. Kerajaan juga akan menambah baik 81 klinik kesihatan luar bandar di seluruh negara dan membuka 50 klinik 1Malaysia.

24. Peruntukan sebanyak RM 350j untuk menaiktaraf perkhidmatan dan penambahan bangunan baru untuk Hospitak Kuala Lumpur.

25. Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak RM 600 sebulan berkuat kuasa 1 September 2011 serta kenaikan elaun on-call semalaman antara RM 30 hingga RM 80 berkuat kuasa pada tarikh yang sama, khusus untuk pegawai perubatan dan doktor.

26. Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

27. Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik, pemansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian, pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012. Pemberian bantuan RM 3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM 1,000 akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.

Itu sahaja yang termampu eXception catatkan, selebihnya korang boleh rujuk dalam akhbar Harakah atau Suara Keadilan… Ha ha ha ha ha… Ye lah… Takkan nak baca Utusan kot? Korang jugak kata Utusan ni fitnah… Jadi carilah paper yang eXception sebutkan tu… Kalo ada…

– Sumber: Utusan Malaysia (Paper yang korang kata banyak buat fitnah tu)

P/S: Kepada rakan-rakan kakitangan awam yang lebih cenderung kepada pembangkang, anda diminta meletakkan jawatan anda seberapa segera dan sila isi borang untuk jawatan kosong kerajaan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang… Itupun kalo ada… Selagi korang masih berada dalam kerajaan dan pada masa yang sama menyokong pembangkang… Anda layak digelar…. ANJING!!! Sebab kebiasaan perangai ANJING yang akan menggigit tangan tuannya yang memberikannya makan… Jika korang tak nak digelar sebegitu, elok letak la jawatan ya?

Datuk Seri, Batalkan Sahaja Projek Warisan Merdeka

10 Komen

Projek Warisan Merdeka Tiada Manfaat Kepada Rakyat

eXception cukup tidak bersetuju dengan pengumuman projek Warisan Merdeka dengan pembinaan menara setinggi 100 tingkat yang bernilai RM 5 bilion, seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2011 semalam.

eXception bukan anti-pembangunan dan bukan anti-pemodenan, tetapi eXception tak nampak faedah projek tersebut kepada rakyat.

Ada baiknya jika RM 5 bilion yang dibazirkan untuk projek tersebut digunakan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam. Tetapi Datuk Seri Najib mengatakan pemberian bonus tersebut memberi implikasi kewangan besar sebanyak 3.1 bilion.

Tidakkah Datuk Seri sedar dengan pemberian bonus dapat meningkatkan lagi produktiviti kakitangan awam. Sekurang-kurangnya mereka dihargai. Akan tetapi kerajaan hanya memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM 1000 (RM 500 dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, RM 500 sebelum sekolah dibuka)… Kami berterima kasih atas pemberian bantuan khas tersebut, akan tetapi kami lebih mengharapkan pemberian bonus sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan awam.

eXception harap blogger-blogger lain turut mempunyai pandangan yang sama. Untuk apa nak banyak-banyakkan menara? Tidak cukupkah lagi dengan Menara Kuala Lumpur, Twin Tower KLCC, Menara Taming Sari dan Menara Alor Setar? Oleh itu eXception harap blogger-blogger lain turut sama mendesak Datuk Seri Najib membatalkan sahaja projek bernilai RM 5 bilion tersebut yang boleh dianggap tidak perlu.

Rujuk: Pemberian bonus beri implikasi kewangan besar – PM

Older Entries