Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Tinggalkan komen

Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Bila kes-kes jenayah meningkat, Pakatan Rakyat segera menuding jari kepada Barisan Nasional…

Mereka menuduh bahawa Barisan Nasional menjadi penyebab peningkatan kes-kes jenayah…

Pakatan Rakyat cuba ‘membasuh’ pemikiran rakyat untuk membenci Polis serta Barisan Nasional…

Tetapi pada masa yang sama… Mereka bersandiwara pula dengan bersimpati dan menyokong penjenayah…

Rakyat Malaysia tak perlu terpesona dengan sandiwara Pakatan Rakyat…

Sokongan mereka terhadap penjenayah tak pernah berubah…

Malah kalangan ahli dalam PR juga terdiri daripada PENJENAYAH!!

Lihatlah apabila melayu dibunuh oleh penjenayah dari kalangan ahli PR…

Adakah mereka akan bantu keluarga mangsa??

Adakah mereka bersimpati??

Adakah mereka mengutuk pembunuh tersebut??

Mereka di bawah juga adalah mangsa penjenayah…

Mahukah korang lihat ahli keluarga korang jadi begini??

Hanya polis yang mampu membenteras jenayah…

Tetapi Pakatan Rakyat juga membencikan pasukan Polis…

Malah ada yang mahu membunuh anggota Polis…

Bagaimana jenayah hendak kurang…

Pakatan Rakyat menyokong penjenayah…

Pakatan Rakyat juga memusuhi pasukan Polis…

Hanya penjenayah sahaja takut dan bencikan Polis…

Tak perlu terpedaya lagi dengan sandiwara demi sandiwara oleh Pakatan Rakyat…

Artikel Berkaitan: PDRM – Rakan Jenayah Si Mati Dakwa Polis Lepaskan Tembakan Ala Ala Filem Koboi.

Salah POLIS?? Salah MAK BAPAK?? Salah SIAPA??

1 Komen

Remaja cuba serang polis ditembak

Beginilah jadinya jika mak-bapak abaikan tanggungjawab masing-masing dan tak didik anak dengan sempurna

KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi, menerima padah apabila terserempak dengan dua anggota polis berpakaian preman di premis itu.

Akibatnya seorang daripada suspek itu yang berusia 17 tahun ditembak di paha kanan dan kirinya setelah cuba menyerang polis terbabit dengan gergaji.

Dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis tersebut ditugaskan meronda di kawasan berkenaan dan memasuki tandas di premis tersebut.

Namun sebaik sahaja keluar, kedua-dua mereka terkejut kerana premis itu bertukar kecoh apabila tujuh lelaki menjerit-jerit sambil menghunus dan melibas senjata tajam.

Kesemua mereka menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk pedang samurai, parang, pisau pemotong daging, kapak dan gergaji.

Semua suspek turut mengarahkan pelanggan di dalam kafe siber itu supaya bertenang sebelum tiga daripada mereka meluru ke kaunter dan mengarahkan penjaganya menyerahkan semua wang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, empat lagi suspek berdiri di pintu masuk premis manakala seorang lagi di dalam kereta.

“Kedua-dua anggota itu turut diarahkan oleh semua suspek supaya mendiamkan diri. Selepas beberapa minit, dua anggota itu memperkenalkan diri.

“Terkejut dengan tindakan dua anggota itu, seorang suspek menghampiri mereka lalu menghunus dan melibas gergaji ke arahnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zakaria berkata, berikutan itu, sebagai langkah mempertahankan diri dan pelanggan lain, anggota terbabit telah menembak paha kanan dan kiri suspek.

Katanya, ketujuh-tujuh rakan suspek yang panik bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta BMW dan motosikal.

Katanya, semua mereka yang berusia antara 17 dan 24 tahun itu berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM1,300.

Beliau memberitahu, suspek yang cedera itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

“Kita sedang memburu tujuh lagi rakan suspek termasuk yang berada di dalam kereta,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan dan orang ramai yang berada di kawasan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Bila anak dah terjebak kes jenayah kemudian ditembak Polis. Siapa harus dipersalahkan? Polis juga yang harus dipersalahkan?? Jika anak dah terjebak dengan kes ragut, ugut dan buli dan ditahan Polis. Siapa harus dipersalahkan? Polis jugak? Bila anak dah pandai membunuh dan merampas nyawa orang lain, kemudian ditahan Polis dan di dakwa. Siapa harus dipersalahkan? Polis jugak?? Bila anak dah pandai bikin dadah, lepas tu kaut keuntungan hasil jual dadah kat anak orang lain. Siapa harus dipersalahkan? Masihkah Polis perlu dipersalahkan??

Inilah sikap mak-bapak zaman sekarang… Salah diri sendiri tak nak mengaku. Salah sendiri silap didik anak, dibebankan kesalahan tersebut kepada pihak Polis. Tak kiralah korang tu artis ke, YB ke, Menteri ke atau Wali sekalipun… Jika anak korang dah bersalah, tetap bersalah. Jangan pertikaikan tugas Polis. Polis ada tanggungjawab mereka sendiri. Korang juga sebagai MAK BAPAK juga ada tanggungjawab sendiri. Jika sendiri abaikan tanggungjawab, jangan masuk campur hal tanggungjawab orang lain!!!

INGAT!! DIDIK ANAK-ANAK ANDA DENGAN BETUL!! SAYANGKAN ANAK ROTAN-ROTANKAN…

JANGAN MANSUHKAN COLA (ELAUN SARA HIDUP) KAMI!!

27 Komen

URA-URA COLA AKAN DIMANSUHKAN DAN GAJI CUMA DINAIKKAN 10%

Khabar-khabar angin yang bertiup mula meresahkan jiwa kakitangan awam. Terutama bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur yang sudah ramai tahu kos sara hidup di sana amat tinggi. Khabar yang bermain di minda samaada benar atau tidak. Khabar yang membawa berita bahawa kemungkinan elaun sara hidup kakitangan awam dimansuhkan dan gaji cuma dinaikkan sebanyak 10%. Pada mulanya kami jangka ianya akan diumumkan dalam Bajet 2010, tetapi lega ianya tidak dibentangkan. Kemudian baru-baru ini mendapat lagi khabar yang sama. Tidak pasti betul atau tidak…

Mungkin bagi kakitangan awam gred 40 ke atas tak terasa sangat. Tetapi bagi kami yang bergred rendah bakal mengalami seksanya. Apa keperluannya elaun sara hidup kami dimansuhkan? Apa faedah yang akan kami dapat jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Kami tidak dapat sebarang faedah, malah hidup kami makin terbeban.

Ramai yang berkeinginan memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Malah ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga. Dari mana mereka dapat sumber kewangan tersebut? Sudah tentulah dari pinjaman bank. Bayangkan sekiranya gaji pokok hanya RM 800.00 kemudian dicampur dengan elaun tetap perumahan sebanyak RM 180.00 dan elaun sara hidup sebanyak RM 300.00. Maka gaji sebulan adalah RM 1280.00 sebulan. Kemudian terpaksa pula gaji dipotong untuk Tabung Haji, KWSP (bagi kakitangan yang baru), serta Angkasa. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM 40,000.00 dan perlu membayar melalui potongan gaji selama 10 tahun, maka setiap bulan Angkasa akan memotong sebanyak RM 600.00 . Berapa sangatkah yang tinggal? Itu belum lagi tolak sewa rumah, bil api dan air, bil telefon, bil internet serta minyak untuk kenderaan. Yang tinggal lebih kurang RM 300 sahaja. Bayangkan jika elaun sara hidup dimansuhkan. Apa yang tinggal? Habuk!! Habuk yang tinggal.

Maka selepas itu kes-kes rasuah akan terus meningkat. Kes-kes jenayah yang sebelum ini didominasi oleh warga asing sepeti rompakan, samun dan ragut akan didominasi oleh kakitangan-kakitangan awam. Apakah puncanya? Puncanya kerajaan sendiri yang tak mahu ambil tahu rintihan hati kami. Kerajaan hanya sibuk berpolitik siang dan malam. Mencari salah dan kesilapan pembangkang, tetapi tak mahu belajar kesilapan sendiri sewaktu pilihanraya umum yang lepas. Adakah kerajaan Barisan Nasional yang hampir tumbang dulu akan tumbang pada pilihanraya akan datang? Undi di tangan rakyat. Kebanyakan rakyat juga adalah kakitangan awam juga. Jika kerajaan sendiri silap membuat keputusan yang boleh membangkitkan kemarahan kakitangan awam. Jangan mengeluh atau melenting jika semua kakitangan awam seluruh Malaysia akan melakukan mogok. Kami bukan kuli! Kami bukan hamba abdi! Kami ada maruah! Kami ada kehidupan masing-masing! Semakin lama, harga barang dan minyak akan naik. Tetapi apa yang kakitangan awam dapat? Kenaikan gaji? Bila kenaikan yang kami dapat? Ini sahaja sudah cukup membuatkan kami terseksa. Apa lagi jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Hidup kakitangan awam bergred rendah makin tersepit. Jika sebelum ini kami makan mee segera sekali-sekala. Kali ini mungkin kami terpaksa menjadikan mee segera makanan asasi kami. Adakah menteri-menteri sekelian mahu lihat kami kakitangan awam mogok? Adakah kamu semua tahu apa akan terjadi jika semua mogok? Ekonomi Malaysia akan jatuh merudum. Pasaran saham terpaksa ditutup. Peristiwa Kemelesetan Ekonomi tahun 1997 bakal berlaku lagi, malah lebih teruk. Malah kes-kes perceraian akan berlaku apabila suami tidak lagi mampu menyara keluarga. Malah lebih teruk akan ada ramai kakitangan awam terjun bangunan dan membunuh diri kerana terseksa dengan kehidupan di dunia. Adakah para menteri sekelian mahukan itu? Para menteri sekelian tentu tidak kisah elaun sara hidup kami dimansuhkan, kerana para menteri sendiri menikmati berbagai jenis elaun. Hinggakan isi minyak pun boleh claim lagi. Kami kakitangan awam cuma mengharapkan pada gaji sahaja untuk menyara kehidupan kami. Kami kakitangan semua menuntut…

JANGAN MANSUHKAN ELAUN SARA HIDUP KAMI!! DAN KAMI JUGA MINTA GAJI KAMI DINAIKKAN!!

Kami kakitangan awam juga ingin mengingatkan kepada kerajaan…

KAMI BUKAN KULI!! KAMI JUGA BUKAN HAMBA ABDI!!

Dan pesanan terakhir…

JANGAN BUAT KAMI HILANG KESABARAN!! INGATLAH KAMI JUGA RAKYAT!! KAMI YANG MENENTUKAN KERAJAAN MANA YANG BERHAK KAMI PILIH!!